Pudding yang cukup mudah disediakan, apa yang saya suka tentang pudding ini bahannya mudah dan cara menyediakannya juga mudah, cuma kacau di atas api kecil sehingga pekat. Inilah pudding yang kita boleh buat jika keinginan benda-benda manis datang mendadak.
Sedap dihidang bersama krim putar dan chocolate parut.
Chocolate Pudding
- 5 sudu besar tepung kastard
- 1/4 cawan gula pasir
- 2 1/2 cawan susu segar
- 1 cawan coklat chip
- 1/2 sudu besar butter
- 1 sudu teh esen vanilla
Cara
1.Cairkan coklat dan ketepikan.
2.Campurkan tepung,gula dan susu dalam
periuk.
3.Masak dengan api kecil hingga gula
larut.
4.Kemudian masukkan esen vanilla,coklat
dan butter,gaul sebati dan hingga likat.
5. Masukkan dalam mangkok dan sejukkan
6. Hias dengan krim segar dan hirisan chocolate
Notes
No comments:
Post a Comment