Susah dapat kulat sisir ini, kalau rajin mencari dan kalau nasib baik bolehlah dapat di Pasar Tani. Memang dah lama berhajat cuma baru ini terjumpa. Penting memasak kulat ini ialah cara membersihkanya dan kulat ini paling sedap dimasak lomak cili padi. Saya masukkan sedikit keledek kerana itu yang pernah saya maka ketika arwah umi masih ada.
Sedap makan bersama nasi dan merupakan selera kampung yang digemari.
Lomak Kulat Sisir
- 2 cawan kulat sisir kering
- 2 biji keledek dipotong kecil
- 15 biji cili padi
- 1 biji bawang besar
- 2" kunyit hidup
- sejemput ikan bilis ~ direndam sekejap
- 2 cawan santan pekat
- 2 cawan santan sederhana pekat
- garam & serbuk perasa secukupnya
Cara menyediakan.
Kulat sisir dibersihkan segala kotoran, kerat
kakinya jika terlekat kulit kayu kemudian direndam. Sauk kulat sisir menggunakan tangan buangkan
air serta kekotorannya. Rendam sekali
lagi & buatlah seperti tadi sekali lagi supaya semua kekotoran yang melekat
pada kulat terpisah. Cucurkan kulat di
bawah air paip & tos sebentar.
Tumbuk kulat menggunakan lesung batu tetapi jangan sampai hancur. Tumbuk manja2 je ye.
2. Tumbuk pula ramuan seperti cili padi, ikan
bilis, bawang besar & kunyit hingga lumat.
3. Dalam periuk, masukkan santan, bahan tumbuk, serai, keledek.
4. Masak hingga keledek agak empuk kemudian masukkan kulat yang ditumbuk, garam & serbuk perasa secukupnya. Masak dengan api sederhana sambil sentiasa
dikacau. Jika suka boleh masukkan 1
keping asam gelugur.
RECIPE SOURCE: PATYSKITCHEN
1 comment:
Nampak sgt sedap. Rasanya lama benar tak makan kulat sisir ni...kecik2 dulu pernah makan.
Post a Comment