Pages

Sunday, August 30, 2015

BROWNIE KEDUTS


Ramai dah cuba brownies ni..cukup famous dan menjadi kegilaan masa kini, Saya memang lama teringin untuk mencuba tetapi tidak mempunyai resipinya sehinggalah terjumpa di FB...terus copy, paste dan simpan tunggu waktu tepat membuatnya. Dik kerana terlalu ghairah bila terjumpa resipi ini terlupa hendak dapatkan nama penyumbang..apa pun saya minta halalkan resipinya dan ternyata memang keeper...fudgy dan sedap.

Brownie Keduts

  • 400 gm coklat kompound - potong kasar
  • 150 gm mentega
  • 100 gm gula perang
  • 100 gm gula kastor
  • 4 biji telur
  • 1 sdk perasa vanila
  • 100 gm tepung naik sendiri*
  • 30 gm serbuk koko* - *satukan dan ayak

 Cara-caranya..

  1. Dalam mangkuk stainless steel, satukan coklat kompound dan mentega. Cairkan adunan dengan kaedah 'double boiler'. Tutup api dan angkat.
  2. Dalam mangkuk lain, satukan pula gula perang, gula kastor, telur dan perasa vanila, gaul sebati.
  3. Tuang dalam mangkuk adunan coklat dan gaul sehingga kesemua adunan rata dan sebati.
  4. Masuk sedikit demi sedikit adunan tepung dan gaul rata.
  5. Sediakan loyang bersaiz 10 x 10 inci, lapik kertas minyak dengan melebihkan sehingga paras ketinggian loyang. Ini supaya senang untuk ditarik keluar dari loyang dan oles sedikit mentega.
  6. Tuang dalam loyang dan ratakan.
  7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160C selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
  8. Tutup suis oven, biarkan brownies dalam oven dengan pintu terbuka selama lebih kurang 15 minit.
  9. Keluarkan dan potong mengikut pilihan anda.


RECIPE SOURCE:  unknown

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...