Pages

Monday, August 24, 2015

SOTONG PEDAS SOS TIRAM



Sotong ini agak rumit juga mencari resipi yang sesuai. Paling digemari ialah masak sambal tumis atau kari. Kalau di Indonesia sotong atau cumi ini dimasak gulai padang. Masakan Thai pula lebih senang dengan sotong kunyit. Resipi kali ini adalah kombinasi Melayu dan Cina...pedas datang dari Melayu dan sos tiramnya pula ala Thai.

Overall boleh dikatakan sedap antara pedas dan manis sos tiram. Masakan harian ini sesuai bersama nasi panas.


Sotong Pedas Sos Tiram

  • 1 kg sotong dibuang hitam dibersihkan
  • 1 labu bawang besar – hiris bulat
  • 5 tangkai kacang panjang dihiris memanjang

 Bahan sos:
  • 1 sdb Kicap pekat
  • 2 sdb Sos tiram

 Bahan bahan kisar:
  • 15 tangkai cili kering direndam dahulu
  • 1/2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia

Dikisar halu sehingga menjadi pes basah

Cara-cara Menyediakannya

  1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis dan bahan-bahan kisar hingga wangi.  
  2. Masukkan kicap pekat, dan sos tiram. Kacau hingga sebati. Masukkan sedikit sahaja air kerana sotong akan mengeluarkan air yang banyak. 
  3. Setelah mendidih, bawang besar dan cili hiris. Akhir sekali masukkan sotong. Gaul-gaulkan seketika sebelum ditutup api.
  4. Masukkan kacang panjang dan bawang besar.

RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...