Pages

Saturday, January 31, 2015

APPLE CARAMEL CUPCAKES


Ada lebihan karamel dari chocolate salted caramel kek dan kebetulan craving for something with cinnamon dan juga kebetulan ada green apple di rumah..maka jadilah cupcakes ini...resipi dari Taste & Tell ini cukup sedap...lembut, moist and obviously yummy.



Print

Apple Caramel Cupcake

YIELD: 24   PREP TIME: 30   COOK TIME: 25

INGREDIENTS

  • ½ cup butter, at room temperature
  • 1 cup sugar
  • 1 egg
  • 1¾ cups all-purpose flour
  • ¾ teaspoon baking powder
  • ½ teaspoon salt
  • ½ teaspoon allspice
  • ½ teaspoon cinnamon
  • ½ teaspoon nutmeg
  • ¼ teaspoon baking soda
  • ¼ teaspoon cloves
  • ¾ cup milk
  • 2 cups chopped tart apples

Topping
  • ½ cup caramel apple dip (found in the produce section)
  • ½ cup butter
  • ½ cup brown sugar
  • 3 tablespoons heavy cream
  • 3 cups powdered sugar
  • ½ teaspoon vanilla extract

DIRECTIONS:

  1. Preheat the oven to 350. Line 24 muffin tins with paper liners.
  2. In a large bowl or stand mixer, beat the butter until smooth. Add in the sugar and beat until light and fluffy. Add the egg and mix. Scrape down the sides of the bowl as needed.
  3. In a bowl, combine the flour, baking powder, salt, allspice, cinnamon, nutmeg, baking soda and cloves.
  4. Add ⅓ of the flour mixture to the butter and sugar mixture. Mix until combined. Add half of the milk, mix, then ½ of the remaining flour, the remaining milk and then the remaining flour, beating in-between additions. Stir in the chopped apples.
  5. Divide the mixture between the prepared cups, filling each about ⅔ full. Bake until the center springs back when touched, about 20-25 minutes. Allow to cool completely.
  6. Spread about 1 teaspoon of the caramel topping on top of each cupcake.
  7. Melt the butter in a saucepan over medium heat. Add the brown sugar and cook until dissolved, a few minutes. Stir in the cream. Remove from the heat and add in half of the powdered sugar. Beat until combined, then add the remaining powdered sugar. Add the vanilla then beat until smooth and shiny. Transfer to a piping bag and pipe the frosting on top of the caramel sauce.


@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

MONGOLIAN CHICKEN RECIPE


Saya akan masak Mongolian Chicken ini jika malas hendak memikirkan lauk-lauk lain kerana Mongolian chicken dihidang bersama nasi. Tidak berkuah tetapi cukup menyelerakan. Kehebatan kepada resipi ini terletak pada sosnya. Saya menggunakan gabungan sos hoisin dan sos tiram


Print

Mongolian Chicken

YIELD: 4   PREP TIME: 20 minutes   COOK TIME: 20

INGREDIENTS


  • 2 ketul dada ayam dipotong kecil
  • 1 biji cili bangla merah dihiris memanjang
  • 1/2 cawan kacang peas
  • 1 biji bawang besar dihiris kasar
  • 2 sdb minyak masak
  • 1 sdb tepung jagung dibancuh sedikit dengan air
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • 2" halia ditumbuk bersama bawang putih
  • 1 cawan air stok ayam
Bahan untuk sosnya
  • 2 sdb hoisin sos
  • 1 sdb sos tiram
  • 2 sdb kicap cair
  • 1 sdb serbuk jintan hitam

DIRECTIONS:

1. Satukan semua bahan sos dan perapkan bersama ayam..lebih kurang 20 minit
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia sehingga naik baunya
3. Masukkan ayam perap tadi..biar seketika dan masukkan air stok ayam
4. Biar atas api sehingga ayam agak masak baru masukkan bancuhan tepung jagung
5. Biar agak pekat masukkan bawang besar, cili bangla dan kacang pea
6. Angkat dan hidang atas nasi


Recipe Source :- PATYSKITCHEN
@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

Thursday, January 29, 2015

DARK CHOCOLATE SALTED CARAMEL CAKE


Kombinasi yang mantap antara chocolate dan karamel. Garam memberikan satu keunikan rasa pada kek ini. Manis dan sedikit masin membuat kek ini tidak mudah muak. Saya menggunakan resipi chocolate kek kegemaran saya..memang lembut dan moist.



Print

Dark Chocolate Salted Caramel Cake

YIELD:  3 layer cake  PREP TIME: 25 minutes   COOK TIME: 45

INGREDIENTS


  • 2 cawan gula
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sdt baking powder
  • 1 sdt baking soda
  • 1/2 sdt garam
  • 1 cawan buttermilk
  • 1 cawan kopi panas saya guna nescafe (1 cawan air mendidih dimasukkan 1 sdt serbuk nescafe
  • 2 biji telur ayam
  • 1/2 cawan minyak sayur
  • 1 sdt vanilla

Untuk Karamelnya

  • 1 cawan gula pasir
  • 6 sdb mentega dipotong ketul
  • 1/2 cawan krim
  • 1 sdt garam

Untuk Ganachenya

  • 300 g krim
  • 250 g chocolate
  • 60 g mentega

DIRECTIONS:
1. Untuk Keknya : Satukan semua bahan kering. Masukkan minyak dan telur ke dalam mangkok dan pukul sehingga sebati. Masukkan buttermilk pukul lagi. Masukkan bahan kering sedikit demi sedikit, gaul rata. Akhir sekali masukkan air kopi panas dan vanilla. Masukkan kedalam acaun dan bakar pada suhu 180 C dan bakar selama 60 minit atau sehingga masak. Sejukkan.

2. Untuk Karamelnya :-Maak gula sehingga menjadi perang, jangan terlalu lama, angkat dan masukkan krim dan butter. Masukkan garam. Kacau sehingga menjadi lincin

3. Untuk Ganachenya :- Renehkan krim, jangan sampai mendidih..cukup untuk memanaskanya sahaja. Padamkan api dan curahkan krim ke dalam mangkok chocolate yang telah dihiris, masukkan mentega dan kacau sehingga lincin.

4. Untuk Menyiapkan Kek. Kek yang telah dimasak dipotong kepada 3 bahagian, sapukan setiap bahagian dengan karamel dan lapiskan. Akhir sekali curahkan ganache dan hiaskan kek.





Recipe Source :- PATYSKITCHEN
@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

Saturday, January 24, 2015

APPLE CARAMEL PECAN LOAF


Resipi ini cukup sesuai buat minum petang dan cukup sesuai jika ada buah epal dirumah, yang tak ada nak sentuh..ha..ha...dadukan epal dan buat kek ini. Sedap..keknya lembut. moist dan kombinai epal dan serbuk kayu manis menambahkan aroma kek ini.

Kek yang sudah dibakar dicurahkan dengan karamel dan ditabur pecan bakar..mama mia memang awesome. Agak manis sedikit tapi boleh dikurangkan gulanya



Print

Apple Pecan Caramel Loaf

YIELD: 4   PREP TIME: 25 minutes   COOK TIME: 35

INGREDIENTS

Untuk Keknya

  • 2 cawan tepung
  • 1 cawan gula perang
  • 1 biji telur
  • 1 sdt soda bicarbonate
  • 1/2 sdt garam
  • 1/2 cawan mentega
  • 1/2 sdt serbuk kayu manis
  • 1 sdt esen vanila
  • 1 cawan butter milk
  • 1/2 cawan kacang pecan panggang
  • 2 cawan epal didadu
Untuk Karamel
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1/4 cawan air
  • 1 cawan krim
  • 2 sdb mentega
  • 1 sdt garam
  • 1 sdt vanilla

DIRECTIONS:

1. Untuk Keknya - Satukan semua bahan kering dan letak sebelah. Pukul  mentega dengan gula hingga gebu.. Masukkan telur, kemudin masukkan bahan kering berselang seli dengan butter milk, masukkan epal dan sedikit kacang pecan yang dipecah-pecahkan. Tuang dalam acuan loaf dan bakar pada suhu 180 c selama 35 minit.

2. Untuk karamelnya. Masukkan gula dan air, masak pada api kecil sehingga gula larut dan warna bertukar keperangan. Angkat dari api dan masukkan krim, kacau dan letak semula atas api kecil sehingga sekata. Masukkan mentega dan garam dan kacau sehingga lincin. Sejukkan dan curah atas kek tadi serta ditaburkan dengan baki kacang pecan



Recipe Source :- PATYSKITCHEN
@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

SPICY FRIED BRINJALS AND BEANS / TERUNG GORENG PEDAS


Resipi harian yang mudah disediakan. Terung Goreng di masak sambal bersama bersama bendi. Cukup menyelerakan.


Print

Spicy Fried Brinjals and Bean

YIELD: 4   PREP TIME: 15 minutes   COOK TIME: 2

INGREDIENTS


  • 2 biji terung panjang (dibelah 2 dan dihiris memanjang, goreng garam kunyit dahulu)
  • 1 genggam kacang bunci dihiris 2" panjang
  • 1 cawan udang hidup dibuang kulit dan dibersihkan
  • 1 biji bawang besar dihiris bulat
  • garam dan perasa secukup
  • 2  sdb minyak masak

Bahan Untuk tumbuk/blend

  • 15 tangkai cili kering direndam dahulu
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih

Blend semua bahan sehingga menjadi pes basah

DIRECTIONS:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend sehingga agak garing.
2. Masukkan udang daan biar seketika
3. Masukkan sedikit air..garam, gula dan secukup rasa
4. Masukkan kacang buncis dan biar seketika, tambah air jika perlu
5. Akhir sekali masukkan terung yang sudah digoreng bersama bawang besar
6. Jangan terlalu lama, terus diangkat

NOTES:



Recipe Source :- PATYSKITCHEN
@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

Friday, January 23, 2015

STRAWBERRY JELLY WITH VANILLA PANNA COTTA


Saya jarang membuat pudding atau agar-agar..ha..ha..kerana kurang kesabaran yang tinggi. Bagi saya pudding dan agar-agar perlu ketelitian yang tinggi dimana saya kureng mempunyainya, tetapi panna cotta ini memang sesuai buat saya mudah dan cukup ringkas..ibarat membuat kuih talam pula.

Saya lapiskan vanilla panna cotta ini dengan strawberry jelly kotak..ha..ha..kerja mudah...apa pun resipi memang sedap..



Print

Strawberry Jelly With Vanilla Panna Cotta

YIELD: 4 cup   PREP TIME:  15 minutes   COOK TIME: 

INGREDIENTS

Untuk Jellynya

  • I kotak jelly perisa strawberry
  • 2 cawan air mendidih
  • 1 cawan strawberry dihiris
Bancuh jelly dengan 2 cawan air mendidih kacau sehingga hancur. ..atau bancuh jelly mengikut arahan dikotak

Untuk Panna Cotta
  • 1 1/2 cawan krim putar
  • 1 1/2 cawan susu (saya guna susu segar)
  • 2 1/2 sdt serbuk gelatin
  • 2 sdb air mendidih
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sdt esen vanilla

DIRECTIONS:

1. Bancuh gelatine dengan air panas dan double boil sehingg gelatin larut..letak sebelah
2. Satukan krim dan susu dan renehkan atas api kecil jangan sampai mendidih
3. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut
4. Masukkan campuran gelatin kedalam cmpuran susu dan kacau atas api kecil selama 5 minit dan sehingg agak pekat sedikit.
5. Angkat dan tuang ke dalam acuan atau mangkok pudding, sejukkan
6. Bila panna cotta sudah agak hendak keras baru bancuh adunan jelly,
7. Susun hirisan strawberry ke atas panna cotta dan perlahan-lahan curahkan adunan jelly keatasnya.
8. Sejukkan didalam fridge sehingga jelly keras


Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

TENGGIRI MASAK TEMPOYAK -


Masakkan orang Perak..memang dulu tak pandai makan dan tak pandai masak..tetapi sejak duduk di Ipoh,dan kerap makan di Restoran Tasek Raban jadi minat dan suka pula...makanya sekarang kalau berhajat boleh masak sendiri..janji ada stok tempoyak.

Cara masaknya simple aje tapi dek kerana saya malas hendak menyediakan menu sayur, saya masukkan bendi dan terung sekali.

Print

Masak Tempoyak

YIELD: 4   PREP TIME:  20 minutes   COOK TIME: 20

INGREDIENTS

  • 3 -4 keping ikan (ikan apa pun boleh paling best ikan patin)
  • 5 biji bendi
  • 1 biji terung panjang, belah dua dan hiris menyerong
  • 2 batang serai
  • 4 sdb tempoyak
  • 4 cawan air
  • 3 tangkai daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan belah 2
  • 15 biji cili padi tumbuk halus
  • 3 biji cili merah ditumbuk sekali dengan cili padili bersama cili
  • 2" kunyit hidup ditumbuk sek
  • 1 asam keping
  • garam dan perasa secukup rasa

DIRECTIONS:

1. Masukkan air, tempoyak, serai yan dititik, aasam kepingdan baha tumbuk ke dalam periuk, renehkan sehingga mendidih.
2. Masukkan ikan, bendi, terung, daun kesum dan bunga kantan
3. Akhir sekali masukkan garam dan perasa secukupnya
4. Perlahankan api dan biar sehingga ikan masak.


Recipe Source :- PATYSKITCHEN
@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

Thursday, January 22, 2015

BLACK PEPPER BEEF / DAGING GORENG LADA HITAM


Masakkan Cina yang menjadi kegemaran kebanyakkan. Sedap makan dengan ni begitu aje. Boleh dimasak ecara kering mahupun berkuah, saya buat berkuah sedikit , tetapi jika tidak berminat berkuah jangan masukkan stok.

Daging batang pinang cukup sesuai dengan masakkan black pepper ini kerana cepat empuk dan manis.



Print

Black Pepper Beef

YIELD: 4   PREP TIME:  15 minutes   COOK TIME: 2

INGREDIENTS


  • 300 g daging batang pinang dihiri nipis
  • 1 batang celery dihiri menyerong
  • 2 batang leeks dihiris memanjang
  • 1 biji bawang besar dihiris kasar
  • 2" halia dihiris nipis
  • 5 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 2 sdb minyak masak
  • 1/2 cawan air stok daging
  • garam secukup rasa

Bahan sos untuk perap daging

  • 2 sdb sos tiram
  • 1 sdb kicap pekar karamel
  • 1 sdb kicap cair
  • 1 sdb so worchestire
  • 1 sdb tepung jagung
  • 1 db minyak bijan
  • 1 sdb serbuk black pepper (tambah jika suke)

Gaul semua bahan dan perap bersama daging sekurang-kurangnya 1 jam

DIRECTIONS:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia sehingga naik baunya
2. Masukkan daging perap tadi, masak seketika dan masukkan air tok daging
3. Biar sehingga kuaah pekat dan daging empuk, baru masukkan hirisan bawang bear, celery dan leek. Jika suka berkuah boleh tambah air.

NOTES:



Recipe Source :- PATYSKITCHEN
@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

WALDOLF SALAD RECIPE


Waldorf salad ini mempunyai sejarahnya sendiri, salad yang dicipta sekitar tahun 1893 di hotel Waldorf, New York City..adalah salad yang mengandungi ramuan seperti epal, celery, walnut yang digaul bersama mayo serta dihidang atas daun salad.  Cukup sedap salad ini..boleh dimakan begitu aje atau dijadikan side untuk menu lain.

Epal boleh digunakan epal hijau atau merah. Untuk resipi kali ini saya masukkan sedikit kentang rebus dan pasta.

Some context on this salad by Wiki ...

A Waldorf salad is a salad generally made of fresh apples, celery and walnuts, dressed in mayonnaise, and usually served on a bed of lettuce as an appetizer or a light meal.

The salad was first created between 1893 and 1896 at the Waldorf Hotel in New York City (the precursor of the Waldorf-Astoria Hotel, which came into being with the merger of the Waldorf with the adjacent Astoria Hotel, opened in 1897).] Oscar Tschirky, who was the Waldorf's maître d'hôtel and developed or inspired many of its signature dishes, is widely credited with creating the recipe. In 1896, Waldorf Salad appeared in The Cook Book by "Oscar of the Waldorf"; the original recipe did not contain nuts, but they had been added by the time the recipe appeared in The Rector Cook Book in 1928.


Print

Waldorf Salad

YIELD: 4   PREP TIME: 15 minutes   COOK TIME: 

INGREDIENTS

  • 2 biji kentang rebus dipotong dadu
  • 2 cawan pasta rebus saya guna makaroni
  • 2 biji epal hijau dipotong dadu
  • 1 batang celery dipotong dadu
  • 1 sdt serbuk lada hitam
  • 1/2 cawan walnut panggang
  • garam ecukup rasa
  • 1/2 cawan mayo
  • 2 sdb jus lemon
  • daun salad - saya guna romaine
DIRECTIONS:
1. Gaulkan mayo, garam, jus lemon dan serbuk lada hitam
2. Masukkan semua bahan-bahan lain dan gaul rata
3. Susun salad atas pinggan dan letakkan campuran salad tad


Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...