Pages

Thursday, July 27, 2017

SUP BEBOLA DAGING


Mudah, ringkas dan sedap, saya suka masakkan yang tidak renyah, kadang kala bila kita kepenatan yang ringkaslah yang kita cari,...bak kata Chef Wan resipi main campak-campak aje inilah dia. Saya guna bebola bakso dan hendak complete one balance diet saya masukkan kentang, lobak dan sayur bok choy. 

Selain dari makan dengan nasi ia sesuai juga dimasukkan mee atau bihun dan untuk tambah sedap kalau rajin buat sedikit sambal kicap...mak aii berpeluh dahi dibuatnya


Sup Bebola Daging

  • 10  biji  bebola daging
  • 1  biji  bawang besar  -  dikisar
  • 3  ulas  bawang putih  -  dikisar
  • 3  cm  halia  -  dikisar
  • 1  sudu makan  serbuk rempah sup
  • 1/4  sudu teh  serbuk lada putih
  • 1  biji  kentang  -  dibelah 4
  • 1/2  batang  lobak merah  -  dipotong kiub
  • 5 sayur bok choy dibersihkan
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Daun bawang & daun sup secukupnya  -  dihiris kasar
 Cara Memasak :

1.  Tumis bahan kisar hingga naik bau.  Kemudian masukkan serbuk rempah sup yang telah dibancuh dengan sedikit air.  Kacau sehingga pecah minyak.

2.  Kemudian masukkan air secukupnya, ubi kentang.  Biarkan mendidih hingga ubi kentang menjadi empuk/lembut.

3.  Kemudian masukkan bebola daging, lobak merah, serbuk lada putih dan garam secukup rasa.

4.  Biarkan hingga bebola daging cukup masak dan lobak merah lembut baru masukkan sayur bok choy  Angkat dan sedia dihidangkan.  Taburkan dengan hirisan daun bawang dan daun sup.  Sedia untuk dinikmati.
    Notes


    RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. 

    Thank  You.

    Wednesday, July 26, 2017

    GULAI IKAN MASIN



    Gulai Ikan Masin ini kalau masak di rumah memang bahaya ada tendency untuk ulang mengulang ha...ha lauk kegemaran saya. Paling sedap jika dapat ikan talang atau kurau masin, campurkan antara isi dan tulang. Saya suka masukkan hirisan nenas, keledek, terung dan kacang panjang. Lauk jika di gukan dengan ikan cencaru sumbat dan sup su'on memang boleh tersandaq di kerusi dibuatnya.


    Gulai Ikan Masin


    • 500 g ikan talang asin direndam dahulu
    • 2 biji keledek sederhana saiz di potong 4
    • 3 biji terung hijau dibelah dua/empat
    • 1/2 biji nenas dihiris nipis
    • 2 tangkai  kacang panjang dipotong 2' panjang
    • 2 cawan santan pekat
    • 1 cawan air
    • 1 packet rempah gulai ikan masin
    • garam secukup rasa
     Bahan Tumis

    • 5 ulas bawang putih dihiris halus
    • 9 biji bawang merah dihiris halus
    • 1 sdt jintan manis
    • 3 tangkai cili kering dipotong 2" panjang
    • 3 tangkai daun kari
    • 5 sdb minyak masak

    Cara Menyediakannya


    1. Masukkan air, rempah kari ikan masin dan ikan talang dan keledek dalam periuk dan masak sehingga ubi agak empuk
    2. Masukkan santan dan sedikit garam.
    3. Biar seketika sehingga santan masak.
    4. Masukkan terung, nenas dan kacang panjang
    5. Perlahankan api dan renehkan seketika
    6. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga kekuningan.
    7. Angkat dan curahkan kedalam kuah yang direnehkan tadi
    8. Sudah siap dihidangkan

      Notes


      RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. 

      Thank  You.

      TENGGIRI GORENG BERLADO


      Ringkas, mudah dan menyelerakan, ini adalah gambaran tepat pada menu ini. Bahannya mudah dan kita boleh menggunakan apa-apa ikan yang kita. Jika sukakan pedas boleh ditambahkan cili. Lauk ini cukup sedap digandingkan dengan sup atau masak lomak putih perghhh pasti tidak cukup dengan sepinggan nasi


      Tenggiri Goreng Berlado


      • 2-3 potong ikan tenggiri segar bersihkan dan goreng garam kunyit dahulu


      Bumbu halus :


      •  2 biji tomato
      •  2 biji buah keras
      • 10 biji cili merah segar
      •  2 biji bawang besar 
      • 7 biji cili padi merah
      • garam gula dan perasa secukupnya
      Blend halus semua bahan ini









      Cara Membuat Ikan Tuna Balado Pedas :


      1. Tumis bumbu halus dengan minyak sampai naik minyak
      2. Masukkan ikan tuna goreng kedalam bumbu dan kacau hingga merata
      3. Tunggu sampai bumbu meresap lalu angkat dan sajikan
        Notes


        RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. 

        Thank  You.

        MASAK LOMAK AYAM LABU


        Kari, asam pedas dan masak lomak adalah antara menu yang selalu saya rotate dalam seminggu...ha...ha tak pernah jemu malah life is not complete tanpa lauk seperti ini. Kali ini saya masukkan labu kuning dalam masak lomak ini dan untuk aromanya pula saya masukkan daun kunyit

        Menu ini nyata sedap bersama sambal belacan, ikan masin dan ulam ulaman


        Masak Lomak Cili Padi Ayam Bersama Labu
        • 1 kg ayam - potong 10 bahagian
        • 3 cawan santan cair
        • 1 cawan santan pekat
        • 1/4 biji labu  - buang kulit dan potong dadu
        • 2 batang serai - diketuk
        • 1 keping asam gelugur
        • 1 helai daun kunyit disiat
        • garam / perasa pilihan secukupnya
         Bahan tumbuk / kisar:
        • 5 biji bawang merah
        • 25 biji cili padi hijau dan merah - boleh kurangkan jika tidak suka pedas
        • 3 cm kunyit hidup
         Cara:

        1. Masak santan cair di dalam periuk bersama bahan tumbuk / kisar, serai. Biarkan mendidih.
        2. Masukkan ayam, bersama labu. Masak sehingga labu  menjadi lembut.
        3. Tambahkan santan pekat, dan masukkan asam keping, daun kunyit garam / perasa pilihan.
        4. Masak sehingga ayam empuk.
          Notes


          RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
          All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. 

          Thank  You.

          SAMBAL KENTANG PETAI


          Kalau yang biasa dengan masakan Padang atau Minang pasti dah cuba menu ini. Kentang bersambal bersama empedal dan petai. Lauk ini boleh dikatakan addictive juga susah hendak berhenti kalau dah makan. 

          Sebaiknya cili digunakan dengan banyak supaya bersalut dengan semua bahan tapi saya kurangkan cili kerana ada yang gastrik di rumah dan bulan Ramadan pula tu jadi saya mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggurangkan cilinya


          Sambal Kentang Petai

          • ¼ kilogram kentang, potong kecil kemudian di goreng
          • 7 empedal, rebus, lalu potong dan goreng
          • 2 papan petai, belah menjadi 2 bagian

          Bumbu Masak

          • 4 biji cili merah besar, buang bijinya kemudian potong serong
          • ½ buah santan kelapa ambil santannya
          • 3 ulas bawang merah, potong tipis
          • 2 ulas bawang putih, potong tipis
          • 1 ruas lengkuas, dihiris
          • Gula pasir secukupnya
          • 2 lembar daun salam
          • Garam secukupnya
          • Gula merah iris-iris

          Bumbu Halus

          • 15 biji cili merah keriting
          • 1 sdt belacan bakar
          • 6 ulas bawang merah
          • 3 siung bawang putih

          Cara Memasak 

          Tumis beberapa bahan masakan yakni bawang merah, putih, daun salam dan lengkuas. Kacau sampai bahan tersebut sampai menjadi layu.
          Ambil cabai merah iris kemudian masukan ke dalam kuali bersama dengan bumbu halus. Kacau semua sampai harum.
          Setelah itu  tuang santan secara perlahan 
          Selanjutnya  masukan juga kentang, ati ampela serta petai 
            Notes


            RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
            All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. 

            Thank  You.

            You Might Also Like These

            Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...