Pages

Showing posts with label Anything Sweet. Show all posts
Showing posts with label Anything Sweet. Show all posts

Monday, January 01, 2018

SAGO GULA MELAKA


Dessert ini tidak perlu pengenalan diri, cukup popular dikalangan masyarakat Malaysia sehingga 5 star hotel pati menyediakanya sebagai buffet dessert. Paling popular masa Ramadan Buffet pergi la mana baik Bazaar Ramadan mahu pun Ramadan Buffet dari 1 star hingga 5 star wajib ada. Mudah menyediakan dan cukup sedap sebagai penyejuk tekak. Bahanya mudah 3 bahan aje sago santan dan sirap gula Melaka.

Sedap dan menjadi pilihan jika cuaca panas. Bertambah sedap jika di chillkan dahulu



Sago Gula Melaka

Yield: - lebih kurang 5 orang makan
Dessert favourite boleh dikatakan kegemaran masyarakat Malaysia sago dimosok don dimokon bersama santan pekat dan sirap gula Melaka
Bahan-bahan
  • 200 gram biji sago rumbia
  • 300 ml santan pekat campur sedikit garam dan kacau rata
  • 60 gram gula Melaka ~ potong kecil*
  • 100 gram gula pasir*
  • 3/4 cawan air*
  • 1 helai daun pandan, disimpul*(*dimasak hingga pekat, tapis dan sejukkan)

Kaedah Penyediaan
  1. Didih 2 liter air, kemudian masukkan biji sago, masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Masak hingga biji sago kembang dan jernih (tiada lagi biji2 sago bewarna putih).
  2. Tapis dan bilis bawah air paip untuk membuang kanji sago.
  3. Kemudian masukkan ke dalam acuan kegemaran anda atau bekas kaca yang kecil.
  4. Isi penuh-penuh ( jika dalam acuan) jika dalam bekas kaca letak 1/2 bekas , buat hingga siap dan simpan dalam peti sejuk hingga sago kental (kurang lebih 30 minit).
  5. Sementara kita tunggu sagu kita kental kita sediakan air gula
  6. Satukan gula Melaka, gula pasir, air, daun pandan, ita tambah secubit garam dan sedikit gula timbang supaya warna gula melaka ita sedikit hitam.
  7. Masak hingga gula larut
  8. Tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung bersama sedikit air jika inginkan kuah gula kita sedikit pekat.
  9. Masak hingga pekat dan sejukkan
  10. Untuk santan tu ita masak sekejap dengan garam dan daun pandan. Kalau tak nak masak pun tak apa. campur dengan garam dah boleh sediakan
  11. Bila sago dah sejuk dan kental,
  12. Keluarkan dari acuan (longgarkan tepinya dengan hujung pisau) dan letak dalam mangkuk sesuai. Tuang santan secukupnya dan curah sedikit sirap gula melaka atasnya, hidangkan untuk pencuci mulut.



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Monday, November 20, 2017

4 WAYS WITH DONUTS FROSTED


Entry ini lebih membicarakan tentang jenis2 frosting yang digunakan di atas donut. Saya share di sini 4 jenis frosting yang menjadi kegemaran ramai. Resipi adalah adaptasi dari 








Donuts Frost

Yield: - 
4 cara untuk salut donut dengan citarasa kegemaran ramai. Resipi dari Sally Baking Addiction
VANILLA FROSTING
  • 3 Tablespoons (43g) unsalted butter, melted
  • 1 and 1/2 cups (180g) confectioners' sugar
  • 1 teaspoon pure vanilla extract
  • 1/8 teaspoon salt
  • 3 Tablespoons (45ml) milk
  • Sprinkles


Vanilla frosting: Whisk the melted butter, confectioners' sugar, vanilla extract, salt, and 2 Tablespoons (30ml) of milk together in a medium bowl. Whisk in the remaining 1 Tablespoon (15ml) of milk to thin, if desired. It's easier to dip the doughnuts if the glaze is thinner. Dip the doughnuts into the vanilla frosting, then cover with sprinkles.

CHOCOLATE FROSTING
  • 3/4 cup (135g) semi-sweet chocolate chips
  • 3 Tablespoons (30g) unsalted butter
  • 1 Tablespoon light corn syrup
  • 1 Tablespoon water
  • Sprinkles

Chocolate frosting: Place the chocolate chips, butter, corn syrup, and water in a medium bowl. Melt in 20 second increments in the microwave, stirring after each time, until completely melted and smooth. Dip the doughnuts into the chocolate frosting, then cover with sprinkles

STRAWBERRY FROSTING
  • 5 large strawberries
  • 1 and 3/4 cups (210g) confectioners' sugar
  • 1/2 teaspoon pure vanilla extract
  • 1 Tablespoon strawberry jam or preserves
  • sprinkles



Strawberry frosting: Puree the strawberries in a food processor. Whisk the puree, confectioners' sugar, vanilla extract, and strawberry jam together in a medium bowl. Dip the doughnuts into the strawberry frosting 2 or 3 times (it's thinner than the others), then cover with sprinkles.

Vanilla Cream Cheese Glaze
  • 1/2 cup+  confectioners’ sugar
  • 1 to 2 tablespoons cream cheese, softened
  • 1/2 teaspoon vanilla extract
  • 1/4 teaspoon+ cinnamon
  • splash Milk, Half & Half, Cream, Heavy Cream, vegan milk


combine powdered sugar, cream cheese, vanilla extract, cinnamon, with a small splash milk.  Whisk to combine, adding the milk as necessary, until desired consistency is achieved.


All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

PUDDING ROTI LAPIS KASTAD


Pudding Roti yang diolah menjadikannya lebih menarik dengan melapiskannya dengan agar-agar pudding dan dimakan bersama kastad sos. T.erdapat banyak variasinya ada perisa pisang, pandan, kacang merah, keladi jagung dan apa-apa sahaja yang sesuai dengan selera. Oleh kerana saya peminat tegar kopi makanya untuk pudding roti ini saya masukkan sedikit coffee emulco.

Resipi asal dari wall citarasawan. Dessert ini cukup sesuai dijadikan pencuci mulut



Pudding Roti Lapis Kastad

Yield: - lebih kurang 1 loyang  8"
Pudding Roti dilapisi Pudding Perisa Kopi dan dihidang bersama Sos Kastad
  • 8 keping roti
  • 400 ml susu segar / susu sejat
  • 50 gm gula pasir
  • 2 sudu besar mentega cair
  • 3 biji telor B
  • 1/4 sudu teh garam
  • Loyang 8 in Loose Base, Alas dasar dengan baking paper dan oles keliling dengan mentega.
  • Loyang 10 in di isi air panas

Penyediaan 
  • Carik-carikkan roti, masukkan ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  • Satukan susu, gula, telur dan garam ke dalam pengisar. Kisar sebati.
  • Tuang ke dalam mangkuk berisi roti bersama mentega cair 
  • Gaul rata dan biarkan sehingga roti menyerap adunan susu.
  • Tuang ke dalam loyang, tekan dan ratakan adunan roti.
  • Bungkus dasar loyang dengan aluminium foil atau letakkan 4 acuan kecil sebagai tapak, letakkan loyang di atasnya supaya air tidak masuk ke dalam loyang.
  • Panaskan oven pada suhu 170C dan bakar api atas bawah selama 35 - 40 minit atau hingga masak.
  • Keluarkan dari oven, tekan permukaan roti biar mampat dan sejukkan dahulu.
  • Longgarkan keliling tepinya dengan spatula atau pisau supaya senang mengeluarkannya nanti dari loyang.
  • Sementara itu sediakan lapisan puding kastard.

Lapisan Atas Puding Kastard
  • 7 gm agar-agar serbuk
  • 500 ml air
  • 120 gm gula
  • 200 ml susu cair
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu teh coffee emulco
  • secubit garam

Cara-cara :
  1. Satukan air dan serbuk agar2 ke dalam periuk dan masak hingga serbuk agar2 larut.
  2. Masukkan gula , susu cair dan tepung kastard yang dilarutkan dengan sedikit air, coffee emulco dan garam.
  3. Masak hingga adunan mendidih dengan api sederhana. Sentiasa kacau supaya tidak berketul.
  4. Tuang ke atas permukaan puding roti
  5. Sejukkan selama 2-3 jam sebelum di keluarkan dari loyang.

Sos Kastard
  • 400 ml susu cair / susu sejat
  • 100 ml air
  • 50 gm gula pasir
  • secubit garam
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • pewarna kuning jika suka

  1. Satukan semua bahan, whisk dan tapis ke dalam periuk.
  2. Masak dengan api sederhana, sentiasa di kacau dengan whisk sehingga sos hampir pekat.
  3. Tutup api dan tuang ke dalam bekas.
  4. Tutup dengan plastik wrap supaya permukaanya tidak kering dan biarkan sejuk.
  5. Puding bertambah enak di makan bersama sos.
  6. Puding Roti Pisang Berkrim / Creamy Banana Bread Pudding




RECIPE SOURCE: Citarasawan
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

8 LANGKAH MENGHASILKAN MERINGUE SEMPURNA


Setelah berkali-kali gagal menghasilkan meringue kisses yang sempurna akhirnya saya mendapat solusi yang hebat dari Meringue Girl. 8 steps to perfect meringue kisses membantu saya menghasilkan meringue comel ini dengan penuh kepuasan. Bagi beginners ikutilah  steps yang disarankan ini insyallah meringues anda tidak akan mengecewakan anda

https://www.youtube.com/watch?v=5OG6cLUolpU

LANGKAH 1

Sukatan atau resipinya saya selalu menggunakan nisbah 1 cawan gula pada 4 biji putih telur atau jika ingin menggunakan gram pastikan nisbah 1:2 maknanya satu  putih telur 2 untuk gula contohnya jika kita menggunakan 100 gram putih telur maka gulanya ialah 200 gram.

Putih telur wajib bersih tanpa setitik pun kuning telur, ini perlu dilakukan dengan cermat. Putih telur yang dicemari akan menyebabkan ia gagal untuk naik bertanduk oleh itu penting memastikan mangkok atau pemukul telur bersih dan tidak berminyak. Saya biasanya akan membilas mangkok dan pemukul dengan air limau


Langkah 2

Untuk memastikan gula benar-benar hancur semasa proses memukul kita boleh menggunakan dua kaedah. Satu dengan double boiled gula dengan putih telur sehingga gula benar-benar hancur dan putih telur menjadi panas biasanya double boiled sekitar 8 minit, boleh dirasa dengan jari bila putih telur menjadi lincin dan tidak berbiji 

Kaedah kedua ialah kaedah yang digunakan oleh Meringue Girls di mana putih telur dipukul serentak dengan pembakaran gula. Gula dibakar pada suhu 200 c selama 7 minit
Courtesy of Google

Langkah 3

Pukul putih telur sehingga bertanduk dan berkilat seperti digambar

Langkah 4

Jika kita menggunakan kaedah membakar gula maka masukan gula sedikit demi sedikit sehingga putih telur menjadi bertanduk dan berkilat


Langkah 5

Mewarnakan meringue - video di bawah membantu anda bagaimana untuk mewarnakan meringue

Langkah 6

Meringue juga boleh dipelbagaikan flavornya, video ini menunjukkan tekniknya


Langkah 7

Bahagian yang paling saya gemari, piping meringue. Ini bergantung kepada kreativiti kita, biasanya saya menggunakan nozzle star tips atau tips biasa

Langkah 8

Meringue dibakar pada suhu yang rendah tetapi lama. Biasanya saya bakar pada suhu 110 c selama satu jam setengah bergantung pada oven.

Alhamdulillah saya  telah mempraktikkan 8 langkah ini dan amat berpuashati dengan hasilnya. Kini saya mampu menghasilkan meringue yang comel dengan berbagai warna dan corak.









Sunday, November 19, 2017

BUBUR BUTIR NANGKA


Bubur Biji Nangka mungkin namanya diperolehi kerana bentuknya seperti biji nangka. Bubur ini popular terutama dibulan Ramadan. Tambah sedap bubur ini jika disimpan semalaman di dalam  peti sejuk. Boleh disediakan dengan apa saje warna pilihan, saya memilih merah hijau. Begitu juga dengan rasanya boleh dimasukkan gula merah atau dibiar putih santan sahaja.

Membuatnya senang seperti membuat buah Melaka. Bubur ini sesuai sebagai pencuci mulut.



Bubur Biji Nangka

Yield: - lebih kurang 5 orang makan
Pemani kegemaran terutama di bulan puasa. Boleh disediakan dengan warna pilihan dan boleh juga dimasukkan gula merah jika suka
Bahan-bahan kuah:
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • Gula dan garam - secukup rasa
  • 1/2 sudu kecil Halba

Cara memasak:
  1. Satukan semua bahan dalam periuk, masak dengan menggunakan api yang sederhana.
  2. Rasakan garam dan gula. Kacau sampai menggelegak, kemudian api boleh ditutup.

Bahan-bahan biji nangka:
  • 4 cawan tepung beras pulut
  • Air daun pandan – kisar daun pandan, tapis dan ambil airnya
  • Pewarna hijau
  • Sedikit air kapur
  • Garam

Cara membuat:
  1. Sebelum menguli, panaskan dahulu air di dalam periuk (air separuh periuk).
  2. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sampai sebati.
  3. Masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit sehingga tepung tidak melekat pada tangan.
  4. Kemudian bentukkan seperti biji nangka (lebih kurang sebesar gula-gula).
  5. Terus masukkan doh itu ke dalam periuk dengan air yang sedang menggelegak.
  6. Apabila biji nangka masak, ia akan timbul di permukaan air.
  7. Kemudian angkat dan masukkannya dahulu ke dalam bekas yang berisi air masak, jika kuah belum siap.

 

RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Monday, October 23, 2017

PUDDING KASTAD VANILLA


Vanilla Custard Pudding ini adalah basic pudding yang boleh diolahkan mengikut citarasa kita, ia cukup versatile dan boleh digabungkan dengan apa jenis bahan sekali pun. Boleh dimakan bersama fresh krim dan cokolata sos, mangga strawberry, karamel butterscotch dan apa jua pun mengikut selera kita.

Pudding ini paling sedap kalau dapata dimasak menggunakan vanilla bean, nyata ia menaikkan aroma rasanya


Pudding Vanilla

Yield: - lebih kurang 6 bekas kecil
Pudding Vanilla ringkas yang sesuai dimakan bersama fresh krim dan apa-apa jenis topping

  • 1 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan gula
  • 3 cawan santan
  • 2/3 cawan susu cair atau susu segar
  • seketul kecil gula batu ~ optional
  • 1/3 sudu teh garam
  • 1sdt vanilla
Cara Menyediakannya


  1. Satukan semua bahan dan gaul rata
  2. Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan berkilat anggaran 25 minit
  3. Sediakan bekas kecik dan bilas dengan air
  4. Tuangkan adunan puding dan ratakan
  5. Sejukkan dan hidang bersama fresh krim dan chocolate sos



    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


    Thank  You.-

    Sunday, September 24, 2017

    BUBUR PUTIH BUBUR MERAH


    Bubur ini bukan sebarang bubur, bubur ini ada ceritanya. Bubur Putih Bubur Merah merupakan sejenis makanan tradisi masyarakat di selatan tanah air terutamanya bagi masyarakat berketurunan Melayu dan Jawa. Makanan ini biasanya disajikan pada hari-hari tertentu seperti ulang tahun perkahwinan, hari lahir, majlis kenduri dan sebagainya.

    Saya masih ingat lagi jika tiba hari ulang tahun arwah abah, umi pasti menyediakan bubur ini....namanya orang Jawa makanya wajib ada bubur ini, malah di zaman dolu2 bubur putih bubur merahlah yang menjadi keutaman pada setiap ulang tahun seseorang, kalau sekarang kita dengan birthday orang dolu2 inilah dia main menu waktu birthday

    Terdapat dua cara membuatnya ada yang menggunakan beras biasa dan ada yang menggunakan beras pulut Untuk resipi ini saya menggunakan beras biasa. Kebetulan ada majlis akad nikah dan kebetulan untuk meraikan birthday blog saya yang ke 7 saya buat bubur ini. Lama juga la tidak makannya dan sekarang ini agak jarang dibuat nampaknya menu ini semakin pupus kalau tidak dihidupkan kembali.


    Bubur Putih Bubur Merah

    Yield: - lebih kurang 5 hidang


    Bubur Putih Bubur Merah merupakan sejenis makanan tradisi masyarakat di Melaka terutamanya bagi masyarakat berketurunan Melayu dan Jawa. Makanan ini biasanya disajikan pada hari-hari tertentu seperti ulang tahun perkahwinan, hari lahir, majlis kenduri dan sebagainya.



    • 250 gram beras
    • 250 gram gula merah
    • 500 gram santan
    • 2 helai daun pandan
    • Garam secukupnya


    Cara membuat

    1. Tanak pulut atau beras dengan secukup air hingga kembang dan masukkan daun pandan Masukkan santan kelapa, masak dan kacau sehingga sebati dan asingkan lima senduk pulut ke dalam mangkuk lain dan tambah garam ke dalamnya.
    2. Masukkan gula melaka ke dalam bubur yang selebihnya dan kacau sehingga rata. Jika kurang manis tambahkan sedikit gula pasir.
    3. Apabila sudah masak, sendukkan bubur pulut merah ke dalam mangkuk dan senduk sedikit bubur pulut putih bubuh di atasnya (tengah-tengah).

    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


    Thank  You.-

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...