Pages

Showing posts with label Rice. Show all posts
Showing posts with label Rice. Show all posts

Thursday, September 28, 2017

NASI SERAI


Masyallah hebat nasi ini patutlah ramai yang mencubanya, nampak simple dan bahannya pun simple tapi bila masak satu rumah semerbak harum, bukan aje satu rumah satu taman perumahan boleh tergoda dengan keharumannya....serious !!!

Nasi ini seperti nasi putih yang lain cuma ianya ditumis, saya guna beras basmathi untuk nasi ini makanya ia kelihatan cantik, Nasi ini sesuai disajikan dengan jenis lauk sekalipun. Saya gukannya dengan AYAM BAWANG ALA MAMAK, I LIKE dan pastinya akan saya cuba masaknya lagi




Nasi Serai

Yield: - lebih kurang 7-8 orang makan
Nasi putih biasa yang dimasak secara tumis menggunakan serai. Aromanya cukup harum Nasi ini boleh disajikan dengan apa-apa jenis lauk
  • 4 cwn beras basmathi
  • 4 cawan air
  • 1 kiub pati ayam
  • 5 batang serai dititik
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1 camca kecil garam
  • 3 sudu minyak masak / 3 sudu minyak sapi.

Cara memasak
  1. Panaskan minya masak / minyak sapi dalam periuk.
  2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
  3. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
  4. Masukkan serai dan masukkan air dan masukkan kiub pati ayam.
  5. Masukkan 1 camca kecil garam. Masukkan beras yang telah dibasuh.
  6. Masukkan daun pandan yang di simpul.
  7. Masak dalam rice cooker hingga masak.

RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Saturday, September 23, 2017

ISLAND RICE / NASI PULAU


Bagi yang meminati sayur ini memang heaven, Nasi Putih dikelilingi dengan sayuran dan cara menghidangkannya menunjukkan nasi itu ibarat sebuah pulau. Pilihan sayur adalah bergantung kepada citarasa masing-masing. Sayur untuk menu ini digoreng ala2 Cina. Nasi sayur ini sedap dimakan bersama hirisan cili padi dan kicap.






Island Rice atau Nasi Sayur

Yield: - lebih kurang 5 orang makan
Island Rice ini merupakan nasi putih yang dikelilingi dengan sayur campur menyerupai kedudukan sebuah pulau. Menu ini popular di restoran China


15  kacang peas segar   
1 batang carrot di hiris bulat
100 g jagung muda
150 g udang hidup dibuang kulit
2 tahu jepun dipotong 3 dan digoreng dahulu
1 genggam cendawan tiram
3 ulas bawang putih dicincang halus
1 sdb tepung jagung dibancuh dengan 2 sdb air
2 sdb sos tiram
1 cawan air
2 sdb minyak masak
beberapa titik minyak bijan 
lada sulah garam dan perasa secukupnya


Cara menyediakannya


Celurkan semua sayuran tos dan susun atas pinggan ( jangan terlalu lama celur)
Panaskan minyak dan tumis udang sehingga berubah warnanya
Masukkan bawang putih dan biar seketika
Masukkan sos tiram dan 1 cawan air..
Biar agak mendidih masukkan perasalada sulah atau kube pati ayam
Biar seketika dan masukkan bancuhan tepung jagung
Titik minyak bijan dan bila kuah agak pekat sedikit angkat dan curah atas sayur yang dicelur tadi

Cara Menghidangnya


Sendukkn nasi panas dan curahkan sayur campur tadi disekeliling nasi


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Monday, September 11, 2017

PULUT KUNING


Pulut Kuning ini ada dua cara menyediakkannya satu dengan menanak seperti mana kita masak nasi, kedua dengan cara mengukus. Saya lebih suka dengan cara kukus kerana ia pulut menjadi lebih cantik Resipi di bawah ini ada dengan cara mengukus. Untuk memastikan bulat bertahan lama santan dimasak dahulu dengan sekali buat dan menjadikan pulut berkilat cantik pulur direndam dahulu bersama asam keping Ini petua orang dolu-dolu saya ikut aje

Pulut Kuning ini sedap makan dengan rendang atau kari ayam

Pulut Kuning

Yield: -10 orang makan
Pulut kuning boleh disediakan dengan dua cara satu dengan menanak pulut macam kita masak dan cara kedua ialah dengan mengukus. Resipi ini adalah dengan cara mengukus dan tips untuk menjadikan pulut berkilat dan tahan lama

  • 1 kg beras pulut
  • 2 1/2 cawan santan pekat 
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 sdb serbuk kunyit
  • 1/2 sdb gula
  • Dlm 2 sdt garam 
  • 1 helai daun pandan
  • Daun pisang utk alas pengukus


Cara :


  1. Cuci beras pulut. Rendam dlm air bersama asam keping dan serbuk kunyit tadi. Rata2 beras agar serbuk kunyit sekata. Rendam sekurang2 tiga jam.
  2. Cukup masa..panaskan alat pengukus. Saya guna loyang je kukus dlm kuali besar. Alas daun pisang pada loyang.
  3. Tos air beras tadi..buang asam gelugur. Letak beras pulut dlm loyang..simpulkan daun pandan letak dlm beras. Kukus selama 20 minit.
  4. Cukup 20 minit..keluarkan beras tadi..ketepikan seketika.
  5. Campurkan gula dan garam dlm santan..panaskan seketika atas dapur. Jgn smpi mendidih..sekadar masak sekejap. Tujuan agar pulut kuning nanti tahan lama tidak basi cepat.
  6. Gaulkan santan tadi dgn pulut..gaul sedikit demi sedikit smpi semua santan sebati dgn pulut. Biarkan ia rehat dlm 10 minit.
  7. Cukup 10 minit..kukus semula pulut selama 30 minit.



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Monday, April 24, 2017

NASI DAGING UTARA


Kebetulan berada di Kedah, sempat memborong di Pekan Rabu, ternampak rempah nasi daging jadi saya pun beli, saja hendak try. Biasanya saya guna rempah kurma atau rempah nasi bokhari Faiza aje kali ini dah ada saya try aje. Cara memasaknya sama aje , nasi dimasak bersama air rebusan daging. Daging se elok-eloknya dipotong besar aje senang dihidang.

Apa yang suke tentang nasi daging ni ia taak perlu dengan banyak cukup dengan air asam aje. Walaupun tidak berkuah ia nyata sedap


Nasi Daging Utara

    • 1 kg daging (dipotong kube besar dan rebus)
    • 4 cawan beras (dibersihkan)
    • 4 cawan air rebusan daging (ikut beras)
    • 1 cawan susu cair
    • 3 sudu besar rempah nasi daging atau kurma atau nasi bokhari Faiza)
    • 3  biji tomato (potong dadu)
    • 2 sdb tomato puri
    • garam dan gula
    • 3 daun ketumbar (dihiris)
    • 3 sdb minyak sapi atau minyak zaiton


    Bahan tumis:
    • 1 kulit kayu manis
    • 3 kuntum bunga lawang
    • 3 kuntum bunga cengkih
    • 3 kuntum buah pelaga
    • 1 bawang besar (dimayang)


    Cara-cara:
    1. Panaskan minyak. Tumis bahan penumis hingga naik bau. 
    2. Masukkan rempah, tumis biar garing dan wangi
    3. Masukkan tomato hiris
    4. Masukkan beras yang dibasuh dan tos, biar sekejap.
    5. Masukkan air rebusan daging, daging, tomato puree, susu cair, dan hirisan daun ketumbar,gula dan garam. Biar sehingga mendidih.
    6. Masakkan nasi sehingga masak


    Resepi air asam.

    Bahan (tumbuk)

    15 biji  cili padi
    1" belacan dibakar dahulu

    Bahan hiris

    • 3 biji tomato
    • 2 biji bawang besar
    • 7 biji cili padi

    Bahan perasa
    • 1/2 cawan air asam
    • 2 sdb kerisik
    • 3 sdb sos tomato
    • garam dan gula secukup rasa


    Cara cara

    Satukan semua bahan dan adjust rasa. Gaul hingga berpalut semua.  Guna sedikit air daging dalam air asam tadi. 

      Notes


      RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      Monday, April 03, 2017

      PAD KA-PRAO GAI / THAI BASIL CHICKEN


      Thai Basil Chicken rasanya "world" cukup terkenal dan kerap kali juga jika kita menonton program masakkan baik tempatan mahupun antarabangsa pasti ada aje chef-chef berkongsikan resipi ini. 

      Bukan aje bahannya mudah dicari kecuali daun selasihnya, membuatnya cukup mudah, ketuk2 bawang dan cili padi masukkan ayam dan sosnya dan daun selasih..puk-puk siap. Menu ini biasanya dihidang bersama nasi dan telur goreng...masyallah sedap sekali.




      Thai Basil Chicken


      • 2 keping dada ayam size besar di cincang halus
      • 5-6 ulas bawang putih
      • 7-8 biji cili api (kalau tak makan pedas boleh kurangkan)
      • 1 biji cili merah
      • Daun kemangi/basil dalam 20-30 helai
      • 1 sudu besar sos tiram
      • 1 sudu besar sos ikan 
      • 2 sudu besar kicap pekat
      • 1 sudu besar kicap masin
      • Gula Garam 


      Cara2 Menyediakannya


      1. Tumbuk halus bawang putih dan cili api
      2. Tumis sampai naik bau, masukkan ayam cincang, masuk air skit kalau nak berkuah boleh lebihkan air. 
      3. Masukkan segala sos dan kicap. 
      4. Masukkan cili api dan daun selasi. Masukkan gula dan garam seckup rasa .
        Notes


        RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

        Wednesday, February 08, 2017

        BRIYANI IKAN SHAN



        Ini pertama kali mencuba rempah briyani Shan dari Pakistan, cukup rasanya rempah pedas dan sedap. Sebenarnya dibelakang bungkusan rempahnya ditunjukkan cara membuatnya tetapi saya lebih suka dengan cara menumis saya. Seelok-eloknya beras direbus dahulu, rempah ditumis bersama ikan kemudian beras yang direbus tu dilapiskan dengan rempah yang ditumis , dan ikan ditanam bersama nasi persis cara membuat briyani gum, tapi saya malas, saya guna cara shortcut janji ada rasa ha..ha

        Seperti lazimnya briyani ini sedap dimakan bersama dalca dan acar


        Briyani Ikan

        • 4 cawan beras Basmathi 
        • 4 cawan air
        • 4 sudu besar rempah beriani Shan
        • 1/2 cawan susu cair
        • 1/2 cawan yogurt
        • 1/2 cawan minyak sapi
        • 3 biji cili hijiu dipitih 2
        • 2 tangkai daun ketumbar
        • 2 ulas bawang besar dihiris
        • 5 ulas bawang putih tumbuk dan gaul bersama rempah
        • 1" halia  tumbuk dan gaul bersama rempah

        Rempah penumis 

        • 1 kayu manis, 
        • 5 bunga cengkih, 
        • 3 bunga lawang
        • 1 helai daun pandan


        Bahan lain:

        • 5 keping ikan tenggiri goreng
        • 1 cawan kacang gajus - goreng

        Cara menyediakannya:


        1. Cuci beras dan toskan.
        2. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumis hirisan bawang besar sehingga agak gareng 
        3. Masukkan rempah beriani, rempah penumis dan biar seketika
        4. Setelah semua agak mesra, masukkan lada hijau dan beras, gaul rata hingga beras berkilat.
        5. Masak air, garam dan daun ketumbar  di dalam periuk. Setelah air mendidih masukkan susu cair dan akhir sekali yogurt.
        6. Setelah air kering, kacau nasi perlahan-lahan.
        7. Buatkan beberapa lubang pada nasi dan tuangkan air mawar yang dicampura pewarna.
        8. Buat lubang yang lebih besar dan masukkan ikan tenggiri goreng ke dalamnya.
        9. Akhir sekali ratakan nasi.
        10. Tutup periuk hingga nasi masak.
          Notes


          RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
          All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

          You Might Also Like These

          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...