Pages

Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Monday, January 01, 2018

SAGO GULA MELAKA


Dessert ini tidak perlu pengenalan diri, cukup popular dikalangan masyarakat Malaysia sehingga 5 star hotel pati menyediakanya sebagai buffet dessert. Paling popular masa Ramadan Buffet pergi la mana baik Bazaar Ramadan mahu pun Ramadan Buffet dari 1 star hingga 5 star wajib ada. Mudah menyediakan dan cukup sedap sebagai penyejuk tekak. Bahanya mudah 3 bahan aje sago santan dan sirap gula Melaka.

Sedap dan menjadi pilihan jika cuaca panas. Bertambah sedap jika di chillkan dahulu



Sago Gula Melaka

Yield: - lebih kurang 5 orang makan
Dessert favourite boleh dikatakan kegemaran masyarakat Malaysia sago dimosok don dimokon bersama santan pekat dan sirap gula Melaka
Bahan-bahan
  • 200 gram biji sago rumbia
  • 300 ml santan pekat campur sedikit garam dan kacau rata
  • 60 gram gula Melaka ~ potong kecil*
  • 100 gram gula pasir*
  • 3/4 cawan air*
  • 1 helai daun pandan, disimpul*(*dimasak hingga pekat, tapis dan sejukkan)

Kaedah Penyediaan
  1. Didih 2 liter air, kemudian masukkan biji sago, masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Masak hingga biji sago kembang dan jernih (tiada lagi biji2 sago bewarna putih).
  2. Tapis dan bilis bawah air paip untuk membuang kanji sago.
  3. Kemudian masukkan ke dalam acuan kegemaran anda atau bekas kaca yang kecil.
  4. Isi penuh-penuh ( jika dalam acuan) jika dalam bekas kaca letak 1/2 bekas , buat hingga siap dan simpan dalam peti sejuk hingga sago kental (kurang lebih 30 minit).
  5. Sementara kita tunggu sagu kita kental kita sediakan air gula
  6. Satukan gula Melaka, gula pasir, air, daun pandan, ita tambah secubit garam dan sedikit gula timbang supaya warna gula melaka ita sedikit hitam.
  7. Masak hingga gula larut
  8. Tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung bersama sedikit air jika inginkan kuah gula kita sedikit pekat.
  9. Masak hingga pekat dan sejukkan
  10. Untuk santan tu ita masak sekejap dengan garam dan daun pandan. Kalau tak nak masak pun tak apa. campur dengan garam dah boleh sediakan
  11. Bila sago dah sejuk dan kental,
  12. Keluarkan dari acuan (longgarkan tepinya dengan hujung pisau) dan letak dalam mangkuk sesuai. Tuang santan secukupnya dan curah sedikit sirap gula melaka atasnya, hidangkan untuk pencuci mulut.



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Monday, November 20, 2017

PUDDING ROTI LAPIS KASTAD


Pudding Roti yang diolah menjadikannya lebih menarik dengan melapiskannya dengan agar-agar pudding dan dimakan bersama kastad sos. T.erdapat banyak variasinya ada perisa pisang, pandan, kacang merah, keladi jagung dan apa-apa sahaja yang sesuai dengan selera. Oleh kerana saya peminat tegar kopi makanya untuk pudding roti ini saya masukkan sedikit coffee emulco.

Resipi asal dari wall citarasawan. Dessert ini cukup sesuai dijadikan pencuci mulut



Pudding Roti Lapis Kastad

Yield: - lebih kurang 1 loyang  8"
Pudding Roti dilapisi Pudding Perisa Kopi dan dihidang bersama Sos Kastad
  • 8 keping roti
  • 400 ml susu segar / susu sejat
  • 50 gm gula pasir
  • 2 sudu besar mentega cair
  • 3 biji telor B
  • 1/4 sudu teh garam
  • Loyang 8 in Loose Base, Alas dasar dengan baking paper dan oles keliling dengan mentega.
  • Loyang 10 in di isi air panas

Penyediaan 
  • Carik-carikkan roti, masukkan ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  • Satukan susu, gula, telur dan garam ke dalam pengisar. Kisar sebati.
  • Tuang ke dalam mangkuk berisi roti bersama mentega cair 
  • Gaul rata dan biarkan sehingga roti menyerap adunan susu.
  • Tuang ke dalam loyang, tekan dan ratakan adunan roti.
  • Bungkus dasar loyang dengan aluminium foil atau letakkan 4 acuan kecil sebagai tapak, letakkan loyang di atasnya supaya air tidak masuk ke dalam loyang.
  • Panaskan oven pada suhu 170C dan bakar api atas bawah selama 35 - 40 minit atau hingga masak.
  • Keluarkan dari oven, tekan permukaan roti biar mampat dan sejukkan dahulu.
  • Longgarkan keliling tepinya dengan spatula atau pisau supaya senang mengeluarkannya nanti dari loyang.
  • Sementara itu sediakan lapisan puding kastard.

Lapisan Atas Puding Kastard
  • 7 gm agar-agar serbuk
  • 500 ml air
  • 120 gm gula
  • 200 ml susu cair
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu teh coffee emulco
  • secubit garam

Cara-cara :
  1. Satukan air dan serbuk agar2 ke dalam periuk dan masak hingga serbuk agar2 larut.
  2. Masukkan gula , susu cair dan tepung kastard yang dilarutkan dengan sedikit air, coffee emulco dan garam.
  3. Masak hingga adunan mendidih dengan api sederhana. Sentiasa kacau supaya tidak berketul.
  4. Tuang ke atas permukaan puding roti
  5. Sejukkan selama 2-3 jam sebelum di keluarkan dari loyang.

Sos Kastard
  • 400 ml susu cair / susu sejat
  • 100 ml air
  • 50 gm gula pasir
  • secubit garam
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • pewarna kuning jika suka

  1. Satukan semua bahan, whisk dan tapis ke dalam periuk.
  2. Masak dengan api sederhana, sentiasa di kacau dengan whisk sehingga sos hampir pekat.
  3. Tutup api dan tuang ke dalam bekas.
  4. Tutup dengan plastik wrap supaya permukaanya tidak kering dan biarkan sejuk.
  5. Puding bertambah enak di makan bersama sos.
  6. Puding Roti Pisang Berkrim / Creamy Banana Bread Pudding




RECIPE SOURCE: Citarasawan
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Sunday, November 19, 2017

BUBUR BUTIR NANGKA


Bubur Biji Nangka mungkin namanya diperolehi kerana bentuknya seperti biji nangka. Bubur ini popular terutama dibulan Ramadan. Tambah sedap bubur ini jika disimpan semalaman di dalam  peti sejuk. Boleh disediakan dengan apa saje warna pilihan, saya memilih merah hijau. Begitu juga dengan rasanya boleh dimasukkan gula merah atau dibiar putih santan sahaja.

Membuatnya senang seperti membuat buah Melaka. Bubur ini sesuai sebagai pencuci mulut.



Bubur Biji Nangka

Yield: - lebih kurang 5 orang makan
Pemani kegemaran terutama di bulan puasa. Boleh disediakan dengan warna pilihan dan boleh juga dimasukkan gula merah jika suka
Bahan-bahan kuah:
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • Gula dan garam - secukup rasa
  • 1/2 sudu kecil Halba

Cara memasak:
  1. Satukan semua bahan dalam periuk, masak dengan menggunakan api yang sederhana.
  2. Rasakan garam dan gula. Kacau sampai menggelegak, kemudian api boleh ditutup.

Bahan-bahan biji nangka:
  • 4 cawan tepung beras pulut
  • Air daun pandan – kisar daun pandan, tapis dan ambil airnya
  • Pewarna hijau
  • Sedikit air kapur
  • Garam

Cara membuat:
  1. Sebelum menguli, panaskan dahulu air di dalam periuk (air separuh periuk).
  2. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sampai sebati.
  3. Masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit sehingga tepung tidak melekat pada tangan.
  4. Kemudian bentukkan seperti biji nangka (lebih kurang sebesar gula-gula).
  5. Terus masukkan doh itu ke dalam periuk dengan air yang sedang menggelegak.
  6. Apabila biji nangka masak, ia akan timbul di permukaan air.
  7. Kemudian angkat dan masukkannya dahulu ke dalam bekas yang berisi air masak, jika kuah belum siap.

 

RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Monday, October 23, 2017

PUDDING KASTAD VANILLA


Vanilla Custard Pudding ini adalah basic pudding yang boleh diolahkan mengikut citarasa kita, ia cukup versatile dan boleh digabungkan dengan apa jenis bahan sekali pun. Boleh dimakan bersama fresh krim dan cokolata sos, mangga strawberry, karamel butterscotch dan apa jua pun mengikut selera kita.

Pudding ini paling sedap kalau dapata dimasak menggunakan vanilla bean, nyata ia menaikkan aroma rasanya


Pudding Vanilla

Yield: - lebih kurang 6 bekas kecil
Pudding Vanilla ringkas yang sesuai dimakan bersama fresh krim dan apa-apa jenis topping

  • 1 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan gula
  • 3 cawan santan
  • 2/3 cawan susu cair atau susu segar
  • seketul kecil gula batu ~ optional
  • 1/3 sudu teh garam
  • 1sdt vanilla
Cara Menyediakannya


  1. Satukan semua bahan dan gaul rata
  2. Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan berkilat anggaran 25 minit
  3. Sediakan bekas kecik dan bilas dengan air
  4. Tuangkan adunan puding dan ratakan
  5. Sejukkan dan hidang bersama fresh krim dan chocolate sos



    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


    Thank  You.-

    Thursday, October 12, 2017

    PUDING JAGUNG KASTAD


    Hmmmm lemak berkerim gitu, lembut dan sedap itu gambaran pudding ini. Memang popular terutama di bulan Ramadan bukan kerana ianya mudah disediakan tetapi juga bahanya mudah. Pudding ini paling sedap dimakan sejuk-sejuk. Jika inginkan ketulan jagung pada pudding jangan diblend bahannya tetapi saya memilih untuk blendkan jagungnya kerana saya inginkan potongan yang kemas

    Pudding enak ini sesuai sebagai pencuci mulut





    Pudding Jagung Kastad

    Yield: - lebih kurang 10 orang makan
    Pudding mudah lemak dan berkerim menggunakan tepung kastad jagung manis dan susu cair
    • 1 tin jagung manis
    • 1 cawan tepung kastard
    • 1 cawan santan
    • 1 tin susu sejat
    • 1/2 cawan gula
    • 1 sudu kecil garam
    • 1 tin air - guna tin susu sejat tadi
    • pewarna kuning - opsyenal


    Cara Membuat Puding Jagung Kastard


    1. Masukan gula dan tepung kastard di dalam kuali kemudian kacau rata. kemudian masukan susu sejat (susu cair) dan 1 tin jagung manis ke dalam campuran tadi. bila nak berlemak boleh masukan 1 cawan santan dan bila anda ingin jagung nampak halus boleh di blender terlebih dahulu.
    2. Selepas tu masukan garam secukup rasa kemudian masukan air kedalam campuran tadi dan bila semua bahan nampak tak berketul boleh letakan di atas dapur jika ingin warna yang lebih cantik boleh masukan sedikit pewarna kuning
    3. Kacau sampai nampak berkilat dan pekat. warna berkilat itu yang paling cantik kemudian angkat dan tuangkan dalam loyang.
    4. Biarkan seketika sampai sejuk di dalam loyang dan bila dah sejuk baru masukan dalam peti sejuk. 


    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


    Thank  You.-

    Thursday, March 23, 2017

    PUDDING MANGGA RASA


    Pudding Mangga Rasa.....ha...ha namanya kerana saya dapat resipi ini dari majalah Rasa. Agak unik juga kerana ia menggunakan ketulan ais, belum pernah mendengarnya, apa pun kita dah mencubanya dan alhamdulillah menjadi. Puddingnya lemak dan sedap.


    Pudding Mangga Rasa
    • 500gm mangga dipotong dadu
    • 350gm gula
    • 37.5gm serbuk gelatin
    • 400ml krim putar
    • 600ml air
    • 300gm kiub ais 
    • Jus mangga secukupnya



    CARA MEMASAK:

    1. Campurkan gula dan serbuk gelatin.
    2. Panaskan air sehingga mendidih dan masukkan campuran gula dan gelatin tadi. Kacau rata sehingga gula cair.
    3. Masukkan kiub ais, jus mangga, krim putar dan kiub mangga.

    4. Masukkan ke dalam acuan dan sejukkan selama sejam.

        Notes


        RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

        Thursday, November 10, 2016

        MIDDLE EASTERN DESSERT - MUHALLABIA



        Pudding ini terkenal di negara-negara teluk. Cuma 3 bahan digunakan, tepung beras, gula dan susu aje. Semua bahan dikacau diatas api kecil sehingga pekat. Sejukkan dan dihidang bersama taburan serbuk kayu manis dan kekacang, paling sedap kacang pistacchio...saya paling gemar pudding ini dan kerap menyediakannya semasa Ramadan......its silky smooth and soothing.




        Muhallabia


        • 1 cup rice flour OR cornflour 
        • 1 cup granulated or caster sugar
        • 2/3 cups semi skimmed milk depending on desired consistency


        The Method:

        1. Make a paste with the rice flour and sugar using 1/4 cup of the milk.
        2. Put on a medium heat in a saucepan and gradually pour the rest of the milk into the mixture.
        3. Continuously whisk the mixture for about 10 minutes until the mixture thickens.
        4. Take off heat once the mixture has thickened and pour in cups.
        5. Garnish with cinnamon.

         Notes


        RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


        Thursday, October 06, 2016

        BUBUR PULUT HITAM


        Ini adalah antara dessert kegemaran saya. Biasanya bulan Ramadan rajin membuatnya  tetapi dek kerana teringin sangat makanya saya buat sedikit untuk minum petang. Bubur ini selain dari makan biasa saya lebih gemar sejukkannya semalam perghhhh begitu nyaman jika dapat makan bila ia disejukkan.

        Titisan santan di atas bubur ini menambahkan kelemakan dan begitu sedap sekali.



        Bubur Pulut Hitam
        • 1 cawan beras pulut hitam
        • ¾ cawan gula
        • 1 helai daun pandan
        • ½  cawan santan pekat
        • 1 cawan santan cair
        • Sedikit garam
         Cara memasaknya
        1. Pulut hitam di rendam lebihkurang 3-4 jam
        2. Rebus sehingga kembang, masukan sedikit garam, gula dan daun pandan kacau sehingga mendidih.
        3. Masukan santan cair dan masaklah sehingga mendidih.
        4. Bila menghidangkan curahkan pati santan di atas bubur.
          Notes


          RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
          All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


          Monday, September 26, 2016

          MY PEAR PEACH CRISP



          Mama mia tak sangka benda yang sesimple ini begitu enak sekali, dessert ini saya gunakan pear dan peach, manakala toppingnya saya masukkan sedikit oats dan di situ la letaknya keranggupanya. Apple adalah antara yang paing digemari. Paling sedap bila dihidang bersama ice cream


          Pear Peach Crisp


          • 4 biji buah pear dibuang kulit dan hiris memanjang
          • 1 tin buah peach dibelah dua
          • 1/2 cawan gula merah
          • 1 sdt serbuk kayu manis
          • 5 sdb air sirap peach


          Gaul gula dan serbuk kayu manis bersama buah pear 
          Masukkan juga peach dan 5 sdb air sirap dari buah peach, letak sebelah

          Bahan untuk crisp


          • 1 cawan tepung
          • 1 cawan oats
          • 3/4 cawan mentega dipotong dadu
          • 1 cawan gula perang



          1. Gaul semua bahan sehingga menjadi serbuk roti dan lapiskannya bersama buah tadi dan bakar pada suhu 180 c selama 40 minit atau sehingga kekuningan
          2. Sejukan dan hidang bersama ice cream
          Notes


          RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
          All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

          You Might Also Like These

          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...