Pages

Showing posts with label Porridge. Show all posts
Showing posts with label Porridge. Show all posts

Thursday, July 02, 2015

IFTAR TREAT - MALAYSIAN BUBUR LAMBOK - BEEF PORRIDGE


Tidak sempurna Ramadan tanpa bubur lambuk...kerana bila sebut aje Ramadan di Malaysia ni semua akan ternanti-nantikan bubur lambuk. Bukan aje menu free yang diedarkan oleh kebanyakan masjid malah keenakkannya membuat kita sentiasa berusaha mencarinya...ha..ha..anyway this is homemade kerana terlalu rindukan bubur lambuk tetapi gagal mencari masjid yang menyediakan.

Saya masukkan sedikit rempah kurma untuk menjadikan bubur ini lebih spicy.



Bubur Lambuk Daging

 
  • 250gm beras
  • 200gm daging |dipotong halus
  • 50gm udang kering


  • 500ml santan pekat
  • 1 sudu makan minyak sapi
  • 2 sudu makan minyak masak


  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga


  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu teh halba
  • 1 sudu teh jintan kasar
  • 2 sdb rempah kurma


  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 3 biji bawang putih | dihiris
  • 4sm halia |dikisar dengan 2 cawan air dan ditapis |
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam


  • 9 biji bawang merah | dibuat bawang goreng
  • Daun sup dan daun bawang secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

  
CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak kemudian tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik baunya.

2. Kemudian masukkan daun pandan bersama kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan kasar, rempah kurma, bunga cengkih dan halba hingga naik baunya.

3. Masukkan daging bersama halia dan biarkan mendidih.

4. Tuangkan sedikit air dan masukkan serbuk lada hitam.

5. Masukkan beras dan biarkan masak hingga beras jadi hancur.

6. Apabila beras hancur, masukkan garam dan udang kering. Kacau hingga rata.

7. Masukkan pati santan dan biarkan bubur dimasak hingga pekat.

8. Akhir sekali, taburkan bawang goreng, daun sup dan juga daun bawang. Angkat dan hidangkan.



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

Saturday, April 18, 2015

MOI SOUP AYAM


Moi adalah bubur nasi dalam bahasa Cina. Resipi Moi Sup Ayam kali ini adalah lebih mirip pada Nasi Air Kelatan. Saya masak bubur dan sup secara berasingan. Sup yang dimasak kemudianya dicurah pada Moi. Untuk menambah sedapnya Moi ini bolehlah disediakan bahan sampingan seperti telur masin, lobak kering, daun bawang daun sup, bawang goreng atau pun ikan bili goreng dan kacang.


Bagi memenuhi selera Melayu saya siapkan cili kicap. Menu ini sesuai buat sarapan pagi atau pun makan teangah hari dan malam


Moi Sup Ayam

Untuk Buburnya
  • 2 cawan beras dibasuh dan tos airnya
  • 8 cawan air
  • 2” halia dihiris halus
  • Garam secukup rasa
Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga menjadi bubur

Bahan Supnya
  • 1 ekor ayam dicincang halus
  • 3 batang serai dititik
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 bungkus sup punjut
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 kube pati ayam
  • 2 sdb minyak
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Bahan Blend
  • 5 ulas bawang putih
  • 2’ halia
  • 1 biji bawang besar diblend halus

Blend atau tumbuk bahan sehingga halus

Cara Menyediakanya

  1. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan serai sehingga naik baunya
  2. Masukkan bahan blend dan biar ehingga mesra
  3. Masukkan ayam, kacau  seketika dan masukkan air…lebih kurang 2 litre
  4. Masukkan sup punjut , kube pati ayam daun limau purut  dan garam secukup rasa
  5. Biar atas api sehingga ayam masak

Bahan-bahan sampingan

  • Daun bawang daun up dihiris halus
  • Bawang Goreng
  • Telur Masin
  • Lobak kering dihiris halus
  • Sambal Kicap


Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

Saturday, March 14, 2015

CHICKEN CUMMIN SAVOURY OATS


Menu sarapan pagi yang paling saya suka. Mudah, sedap, sihat dan mengenyangkan. Tambah sedap bila diperah sedikit lemon. Boleh makan begitu aje atau pun dimakan bersama roti. Ayam atau daging boleh digunakan dan jika suka berempah lagi boleh tambahkan lagi serbuk jintan putih.

Menu ini bukan sahaja sesuai sebagai menu sarapan pagi tetapi saya selalu juga sediakan sebagai menu berbuka puasa gantian kepada bubur lambuk.


Print
Chicken Cummin Savoury Oats


  • 2 cawan instant oats
  • 2 cawan air
  • 1 cawan susu segar
  • 100 g isi ayam dipotong dadu kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1" halia
  • 1 sdb serbuk jint1n putih
  • 1 biji bawang besar dihiris nipis
  • 1 sdb minyak api

Cara Menyediakannya

  1. Tumbuk bawang putih dan halia sehingga halus
  2. Gaulkan bahan tumbuk dengan serbuk jintan putih
  3. Masakkan oats dengan air sehingga mendidih
  4. Masuk isi ayam dan bahan rempah tumbuk tadi masak hingga masak
  5. Masukkan susu.
  6. Didalam kuali lain panaskan minyak sapi dan goreng bawang besar sehingga kekuningan dan garing
  7. Curah dalam oats yang masak tadi
  8. Adjust rasa

Recipe Source : PATYSKITCHEN 

© PATYKITCHEN ! All images & content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-create the recipe, snap YOUR OWN PHOTO and re-write the recipe in YOUR OWN WORDS, or link back to this post for the recipe.

Wednesday, December 10, 2014

SAVOURY OATS/OAT PEDAS



Selalunya jika kita disarankan menu sihat untuk sarapan, oats adalah cadangan yang terbaik...bukan aje sedap tetapi mudah menyediakannya. Tapi namanya tekak orang Melayu kita pasti mahukan yang pedas. 

Resipi mudah ini cukup sesuai...oats disediakan cara bubur lambuk dan rasanya juga seperti memakan bubur lambuk. Boleh digantikan ayam dengan daging jika suka. Sedap dan mudah.






OATS PEDAS


PRINT
INGREDIENTS
  • 2 cawan oats
  • 100 g isi ayam dicincang
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1/2 " halia
  • 1 sdb seruk cummin
  • 1 sdt seruk cili
  • sedikit pati kube ayam
  • garam dan lada sulah secukup rasa
INSTRUCTIONS
  1. Masukkan oats , air dan isi ayam ke dalam periuk masak seketika sehingga ayam empuk atau hancur
  2. Tumbuk bawang putih, halia dan bawang besar sehingga halus, satukan dengan dengan seruk cummin
  3. Masukkan kedalam oats, masukkan pati ayam, garam, serbuk cili dan lada sulah
  4. Akhir sekali masukkan susu cair biar seketika dan angkat
  5. Taburkan dengan cili merah, daun bawang dan bawang goreng



Resipi Source :- PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank 

Wednesday, November 19, 2014

BUBUR MANADO


Sajian sarapan pagi yang cukup popular di Utara Sulawesi....dan juga merupakan kegemaran saya. Baru ni terlantar dihospital, pihak hospital menyediakan bubur bersama masak bening labu..jadi ini mengingatkan saya akan bubur Manado....keluar aje hospital terus buat...tapi cara saya agak berbeza sedikit kerana saya lebih gemar asingkan bubur dengan sayuran.

Resipi asal bubur dimasak sekali dengen sayuran seperti, ubi kayu, labu, bayam, kangkong dan jagong..perghh...sedap bangat lebih-lebih lagi dengan ikan asin dan sambal.

Untuk resipinya sila klik sini - http://www.femina.co.id/kuliner/resep/hidangan.indonesia/bubur.manado/004/001/389/02




Tuesday, July 22, 2014

YEMENI SHURABAH FOR SAHUR TODAY


Shurabah adalah berpakataana Arab yang bermaksub sup. Terdapat berbagai jenis sup di bumi Arab tetapi di bumi Yemen supnya diperbuat daripada oats. Sekali pandang shurabah ini tidak jauh bezanya dengan haleem dari India. 

Boleh guna apa jenis daging sekali pun untuk sup ini. Saya gunakan ayam dan untuk mendapatkan impak yang tinggi saya masukkan rempah briyani..perghhh..memang sedap. Kalau hendak pedas baoleh dimasukkan cili serbuk.


Yemeni - Shurabah




  •  2 cawan oats
  • 10 cawan air
  • 300 g isi ayam
  • 2 sdb rempah bryani
  • 2 tangkai daun ketumbar - hiris
  • 5 ulas bawang putih *
  • 7 ulas bawaang merah *
  • 1" halia*
  • 1 kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 bunga lawang


Tumbuk atau blend bahan bertanda * sehingga halus


Bahan Tumis

  • 7 ulas abawang merah
  • 7 biji badam yang dibuang kulit
  • 2 sdb minyak sapi

Cara menyediakannya


  1. Masak oats ayam cincang, dengan air sehingga oats hancur
  2. Masukkan rempah kering..rempah bryani dana bahan blend biar sehingga hancur
  3. Masukkan hirisan daun ketumbar
  4. Dalam kuali yang lain panaskan minyak ghee tumis bawang, masukkan badam dan tumis sehingga kekuningan
  5. Curahkan bahan tumis  atas oats tadi dan siap dihidang


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


Thursday, July 17, 2014

BUBUR LAMBUK PATYSKITCHEN


Kata orang the best bubur lambuk ialah dikampung baru...tapi sehingga hari ini masih belum berkesempatan mencubanya..insyallah satu hari nanti.  Saya belajar buat bubur lambuk ini ketika bekerja di tempat lama..ha..ha..setiap kali menjelang Ramadan..pasti ada program dari kelab sukan menyediakan bubur lambuk untuk staff...jadi mengintai di sana. 

Resipi ini saya banyak olah selepas mencuba beberapa bubur lambuk dan juga Middle eastern chicken soup....saya lebaih gemar jika ada banyak perasa jintan dan daun ketumbar. Dan kalau hendak sedap lagi boleh lah buat taumis darat dengan menggunakan minyak sapi..perghhh...memang best.






Bubur Lambuk




  • 1 cawan beras.
  • 1 cawan daging yang dihiris nipis.
  • 1 labu bawang besar-dihiris nipis
  • 1 helai daun pandan.
  • 1 cawan santan kelapa.
  • 2 pokok daun ketumbar hiris halus
  • 2 tbsp minyak sapi.
  • 1 tbsp minyak masak.
  • Garam, perisa secukup rasa.


Rempah-ratus :

  • 2 inci kulit kayu manis.
  • 1 tsp halba.
  • 1 biji bunga lawang.
  • 3 biji buah pelaga.
  • 3 kuntum bunga cengkih.
  • 2 batang serai dititik

Bahan Blend

  •  1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1" halia
  • 2 sdb serbuk jintan putih
  • 1 sdt serbuk intan manis
  • 1 sdt serbuk ketumbar
  • 1/2 sdt garam masala

Bahan-bahan untuk tabur.

  • Daun bawang.
  • Daun sup.
  • Bawang goreng.

Cara-caranya:

  1. Cucu beras dan toskan .
  2. Panaskan minyak dalam periuk.Tumis rempah ratusnya hingga wangi.
  3. Masukkan hirisan bawang besar tumis sehingga kuning.
  4. Masukkan bahan blend dan terus tumis sehingga garing
  5. Kemudian masukkan daging .kacau rata.
  6. Masukkan air secukupnya untuk memasak bubur.Kemudian baru masukkan beras,udan daun pandan.Masak sehingga menjadi bubur.Jika terlalu pekat tambahkan air secukupnya.
  7. Akhir sekali masukkan garam , hirisan daun  ketumbur dan santan kelapa.Biarkan mendidih.
  8. Hidang bersama hirisan daun bawang,daun sup dan bawang goreng.

RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

Monday, July 07, 2014

HYDERABDI HALEEM / BUBUR GANDUM PEDAS


Asalnya dari Timur Tengah, tetapi resipi ini juga popular dikalangan North and Southern Asia terutamanya di India...mungkin dibawa oleh pedagang-pedagang Arab. Memakannya memang sedap tetapi membuatnnya adalah satu penyiksaan..ha..ha..sape sangkut menunggu 8-12 jam sehinga gandum betul-betul hancur...memang tak sanggaup..tapi saya menggunakan jalan pintas....saya cuma rebaus dalam 2 jam selepas itu saya blend gandum tu sehingga hancur..dan masak..ha..ha.

Untuk resipi ini saya tidak menggunakan resipi asal yang campurkan barley dan dhal...saya hanya menggunakan gandum yang telah direndam semalaman dan direbus bersama daging dan bahan rempah lain Kalau yang sukakan pedas boleh adjust dengan serbuk cili.

Untuk menambahkn kelazatan juadah ini..panaskan minyak sapi goreng bawang sehingga kekuningan dan curahkan di atas haleem ini. Badam atau gajus goreng juga enak ditabur sekali. Perah limau semasa makan ini dapat mengimbangkan rasa lemak haleem dan rasa masam limau. Juadah ini memang top semasa bulan Ramadan.


Hyderabadi Haleem

  • 200 g gandum rendam semalman
  • 200 g daging atau ayam
  • 1 cawan susu cair
  • air secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa



  1. Rebus kedua bahan ini sehingg hancur. Biasanya 8 - 12 jam tapi saya hanya rebus 2 jam, sejukkan dan blend sehingg hancur dan halus.


Bahan Rempah


  • 3 sdb rempah briyani
  • 2 sdb cili serbuk
  • 2" halia *
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 biji bawang besar*



  1. Blend semua bahan dan masukkan kedalam gandum tadi.


Rempah kering


  • 1 kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih



  1. Masukkan kedalam gandum,,renehkan dan masukkan susu cair..tambah air jika perlu


Bahan Hiasan/Taburan


  • 3 sdb minyak sapi
  • 1 biji bawang besar dihiris nipis
  • 2 sdb badam goreng



  1. Panaskan minyak sapi dan goreng bwang sehingga kekuningan..curah minyak sapi dan bawang goreng ini atas haleem dan taburkan badam. Siap dihidang
Notes
Adapted from - PATYSKITCHEN

Sunday, January 29, 2012

SIMPLE SUNDAY WITH VIETNAMESE CHAO THIT BO' AKA MOI SUP / BEEF PORRIDGE



This is another dish that you can find in almost every South East Asia country. It's a beef porridge. Cháo, or rice congee serve with beef soup, the soup contains a handful of rice which acts as a thickener for the flavorful  beef broth. In Malaysia especially the Northern it was called Moi Soup. 
I made my usual beef broth in the same manner as I would to prepare beef soup. I added oxtail bones,beef belly, beef chunks ginger and onions. I cooked the porridge separately. Once the porridge ready, I spooned the porridge in a bowl, cut the beef chunks and beef belly topped on the porridge. Add some salts eggs, chopped green onions, radish pickles, cilantro with some fried shallots, then only pour in the soups. If you love something hot and spicy then serves with chili oil...mama..mia this is absolutely delicious. In Penang there used to be a Malay stall near Meriam Timbul somewhere near the Penang Port Jetty sold very good Moi Soup, I believe they have shifted somewhere which I couldn't locate it..it's really...really tasty ..so chao thit bho or moi soup starts my lovely Sunday today.



Chao Thit Bho adalah bubur daging bagi masyarakat Vietnam. Ianya merupakan sajian sarapan pagi yang amat digemari. Banyak dijual di tepi-tepi jalan. Kalau di Malaysia kita panngil bubur nasi daging atau di sebelah utara semenanjung ia lebih dikenali sebagai MOI SUP. Ini memang favourite saya. semasa tinggal di Penang selalu berkunjung ke Meriam Timbul..berhampiran dengan jetty Penang. Disitu terdapat satu gerai yang khusus menjual moi sup ini..cukup sedap..daging, tulang perut semua direbus sehingga empuk masak macam masak sup..Untuk moi sup ini rempah sup jangan letak terlalu banyak memadai jika letak empat sekawan dan sup punjut aje...cukup jika tidak keaslian moi sup ini akan hilang. Bubur nasi masak berasingan..bila sudah siap..sendukkan bubur, hiris daging, perut dan bahan-bahan daging nipis-nipis dan curahkan sup, taburkan lobak asin, telur masin, daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Hidang bersama sambal...memang sedap....Inilah menu pagi ini..sup masak malam semalam..lebih sedap dan lebih sebati jika dibuat supnya lebih awal.


Next Post -MY 1001 Entry Special

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...