Pages

Showing posts with label Pastry. Show all posts
Showing posts with label Pastry. Show all posts

Friday, September 29, 2017

TARTS BROWNIES


Dunia masakkan menjadi semakin kreatif sekarang ini 2 resipi dalam satu dessert menjadikan tart ini begitu menarik dihidang. Bagi yang meminati tarts,chocolate ataupun brownies resipi ini khas untuk anda...putting everything together. Jika mala hendak buat tart shell boleh aje guna yang siap

Resipi ini menghasilkan 15 biji tart bersize besar




Tart Brownies

Yield: - lebih kurang 15 biji
Kombinasi Tarts dan Brownies dalam 1 dessert. Menarik dan sesuai sebagai pencuci mulut untuk majlis
Shell tart :-
  • 200g butter
  • 200g gula aising
  • 1 biji telur
  • 1 sudu esen vanila
  • 420g tpg gandum
  • 1 sudu susu tepung


Brownies :-
  • 130g dark choc beryls
  • 100g butter
  • 100g gula
  • 90g gula perang
  • 2 biji telur
  • 1 sk esen vanila
  • 40g serbuk koko
  • 100g tepung naik sendiri


Cara Kulit Tart membuatnya:
  1. Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi tekstur serbuk roti.
  2. Tuang esen vanila dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sebentar.
  3. Sediakan acuan tart, ambil doh tadi dan tekan di dalam acuan tart. Bentukkan mengikut acuan dan kemaskan.
  4. Buat hingga siap, cucuk sikit bahagian dasar doh dengan garfu. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180’C selama 25 minit.
  5. Biarkan sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan di atas jaringan.
Untuk Membuat Brownies

    1. Satukan serbuk koko, tepung gandum, garam dan serbuk penaik dalam 1 bekas. Gaul rata dan ketepikan.
    2. Dalam bekas yang lain cairkan mentega dan chocolate Matikan api.
    3. Kemudian masukkan gula. Gaul menggunakan whisk atau senduk sehingga rata.
    4. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Gaul lagi sehingga rata.
    5. Masukkan pula esen vanila dan coklat nutella.
    6. Masukkan campuran bahan kering tadi ke dalam adunan mentega. Gaulkan sehingga rata.
    7. Masukkan adunan brownies ke dalam piping beg.
    8. Kemudian paipkan adunan brownies ke dalam kulit tart yang telah siap dibakar tadi.
    9. Paipkan sehingga penuh permukaan kulit tart tersebut.
    10. Bakar selama 35 – 40 minit atau sehingga masak.





    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


    Thank  You.-

    Sunday, September 24, 2017

    PANDAN COCONUT CHEESE TART / TART PANDAN CHEESE


    Inspirasi dari Lava Cheese Tarts, tart ini kaya dengan rasa cheese, lemak dan harum pandan. Kalau yang berminat dengan Hokkaido Cheese Tart pasti akan suka dengan tart ini. Saya buat kerana curious hendak tahu rasanya tetapi semasa saya chill untuk sejukkannya saya langsung terlupa..dua hari dalam chiller makanya ada crack sedikit. 

    Apa pun saya suka rasanya yang lemak2 cheese dan ranggup kulitnya



    Tart Pandan Cheese

    Yield: - lebih kurang 20 
    Tart Pandan Cheese yang kaya dengan rasa cheese lemak dan harum pandan. Tart ini di inspirasikan dari lava tart yang diolah dengan perada pandan

    Pandan coconut cheese custard
    • 75g santan
    • 75g susu segar
    • 25g cream cheese
    • 45g mascarpone cheese
    • 40g salted butter
    • 30g caster sugar
    • 10g tepung jagung
    • 1biji telur
    • 40-50 ml air pandan
    • Telur untuk sapuan

    Bahan Pastry :
    • 210 ram tepung gandum
    • 1/2 sudu teh garam
    • 80 gram mentega
    • 1 biji kuning telur
    • 1 - 2 sudu makan air sejuk
    Cara Membuat :
    1. Untuk pastry : gaul tepung, garam, dan mentega. Masukkan telur dan air secukupnya uli sehingga menjadi doh. Sapu acuan tat telur dng sedikit marjerin. Ambik sedikit doh tadi tekan dalam acuan tat, kemaskan, buat hingga siap. Susun dalam dulang pembakar dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 10 minit. Keluar dan sejukkan.
    2. Satukan semua bahan inti tadi dan kacau dengan whisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis bancuhan dan masukkan dalam jug bermuncung. Panaskan balik oven pada suhu 160 C, tuang isian ke dalam kulit tat tadi hingga penuh, tapi berhati2 jengan meleleh ke tepi, nanti melekat.
    3. Bakar semula selama 20 minit hingga permukaan kastard nampak keras dan pastry kelihatan keemasan. Biar tat sejuk sedikit, baru dikeluarkan tart dan sejukkan atas jaringan sepenuhnya.
    Pandan coconut cheese custard

    1. Satukan santan susu krim cheese, mascarpone cheese, mentega dan gula caster double boil sehingga semuanya cair dan jangan berhenti mengacaunya
    2. Masukan pati pandan sedikit demi sedikit sehingga sebati dan rata
    3. Masukkan tepung jagung dan kacau 
    4. Masukkan telur dan terus kacau sehingga adunan pekat
    5. Angkat dan sejukkan
    6. Bila dah sejuk masukkan dalam pipping beg dan pipe pada kulit tart tadi
    7. Bakar pada oven 150 c selama 15 minit dan keluarkan
    8. Chillkan dalam fridge sebelum dihidang





    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


    Thank  You.-

    Tuesday, March 28, 2017

    LEMON CURD MINI TART


    Resipi tart biasa cuma saya gantikan fillingnya dengan lemon curd. Pada yang suka masam-masam-manis resipi ini cukup sesuai






    Lemon Curd Tarts

    Lemon Curd

      • 3 biji telur
      • 3/4 cawan gula
      • 1/2 cawan fresh lemon juice
      • 2 sb butter
      • 1 sb parutan kulit lemon
      Cara cara:

      1. Pukul telur dan gula dalam mangkuk masak cara double boil.
      2. Satukan jus lemon dan parutan kulit lemon. Tuangkan ke dalam mangkuk tadi dan masukkan butter sambil dikacau atas air mendidih selama 15 minit atau sehingga pekat dan ada meninggalkan mark dari whisk serta bubble pertama mulai timbul di permukaan.
      Tart Shell
      • 170gm mentega
      • 50gm gula aising
      • 1 biji telur Gred C
      • 290gm tepung gandum
      • 1 sudu kecil esen vanilla
      • acuan tart



      Cara Penyediaan
      1. Pukul mentega dan gula. Tapi tak perlu pukul lama sangat.
      2. Saya guna mixer sbb tangan saya lenguh kalau guna spatula
      3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi
      4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli.
      5. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
      6. Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti sejuk
      7. Selepas 6 jam, keluarkan adunan tadi. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
      8. Bakar pada suhu 170C selama 20 minit atau sehingga masak.
        Notes

        RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

        Tuesday, March 07, 2017

        KUE SAUS RAGOUT AYAM / SAVOURY CHOUX


        Resipi yang menarik dan sedap. Biasanya cream puff (choux pastry) intinya adalah pastry cream atau custard tapi kali ini kita cuba filling berlauk atau savoury. Saya mencuba dua cara menyediakannya, satu cara biasa membuat cream puff dan satu lagi saya bakarnya seperti membakar bingka, semuanya bergantung kepada kesesuaian majlis. Untuk intinya saya gunakan resipi ragout ayam yanga mudah.

        Sajian ini sedap dimakan bersama mayo dan cili sos dan cukup presentable untuk hidangan majlis







        Kue Sau Ragout Ayam
        Bahan Pastry:
        • 300 ml Air & Susu Cair
        • 150 gr Mentega
        • 150 gr Tepung Terigu
        • 1/2 sdt Garam
        • 3 biji Telur Ayam
        • 3 biji kuning telur
        • Keju Parut secukupnya
        1. Masak campuran air & susu, mentega & garam sampai hampir mendidih, masukkan tepung kacau2 sampai rata & tidak lengket 
        2. Rehatkan sehingga sejuk sedikit lalu masukkan telor yg sudah dikocok kacau sampai rata.
        3. Panaskan Oven dengan suhu 190ºC.
        4. Siapkan Loyang ukuran 12x12 sapu mentega tipis.
        5. Taruh adoanan kedalam plastik potong ujungnya lalu pipekan merata keseluruh permukaan loyang, letakkan inti, tekan-tekankan rata, 
        6. Pipekan lagi bahagian atasnya sehingga menutupi inti
        7. Panaskan oven selama dan bakar selama 40 minit atau sehingga masak
        Ragout Ayam:
        • 4 carrot potong dadu kecil2 rebus
        • 4 biji kentang dipotong dadu dan rebus
        • 2 batang seledri iris tipis,
        • 200 gr daging dada ayam rebus lalu cincang,
        • 2 bawang putih dicincang,
        • 1 bawang bombay dicincang,
        • lada sulah pala, garam, gula pasir secukupnya,
        • 1 sdb Tepung 
        • pati ayam sisa rebusan ayam
        • 3 biji telur
        • Olive Oil & Butter untuk menumis, air sedikit.

        Caranya:
        1. Panaskan Olive Oil & butter dan tumis bawang putih, bombay sampai harum,
        2. masukkan dada ayam kacau2, carrot, kentang dan seleri, kacau lalu masukkan tepung  garam, lada sulah & pala kacau rata, dan masukkan pati ayam, masak hingga mengental tambahkan gula
        3. Sejukkan, pecah 3 biji telur dan gaulkan dengan bahan inti tadi dan masukkan kedalam loyang yang dilapisi dengan choux
        Notes


        RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

        Monday, March 06, 2017

        MINI CREAMY AND CHEESY CHICKEN PIES FILLING


        Resipi inti pie ayam yang cheesy creamy dan sedap. Untuk resipi yang sama juga boleh dibuat pot pie. Saya sukakannya kerana cheesy white saucenya cukup menyelerakan, satu kelainan dari kebiasaan perisa kari.



        Mini Creamy and Cheesy Chicken Pie

          • 3 sdb butter
          • ½ bawang besar cincang
          • 3 sdb tepung
          • 1 ketul dada ayam dipotong dadu kecil
          • 1 leek, dicincang
          • 1 cawan keju mozarella
          • 1/2 cawan krim masam
          • ¼ cawan krim
          • garam dan lada sulah cukup rasa
          • ½  sdt paprika
          • 1 batang carrot dipotong dadu

          Cara Menyediakannya
          1. Panaskan kuali dan cairkan mentega, masukkan bawang besar dan tumis sehingga layu
          2. Masukkan tepung dan kacau sehingga menjadi pes
          3. Masukkan leek lobak garam ayam krim masam dan krim kacau rata sehingga ayam masak.
          4. Masukkan lada sulah garam paprika dan keju kacau rata balik-balikan angkat dan sejukkan dan sediakan untuk pie
          Notes


          RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
          All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

          Thursday, November 24, 2016

          CHEESY MINI TARTS


          Cheesy Tarts ini adalah resipi tart buncit dari Azita Zain yang ramai dah cuba nama glamurnya ada tart buncit...kerana kandungan inti cheesenya membumbung tinggi. Memang trending sekarang ni semua inginkan yang buncit dan lebih hebat dihiasi macam2 tapi suka yang simple dengan parutan cheese di atasnya


          Cheesy Tarts
          • 170g majerin
          • 50g gula aising
          • 1 biji telur 
          • 290g tepung gandum
          • 1 sk esen vanilla


          Cara2:

          1. Pukul majerin dan gula menggunakan senduk kayu
          2. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul.
          3. Masukkan tepung dan uli hingga jadi doh.
          4. Cetak menggunakan acuan tart shell mengikut saiz kesukaan. Cucuk dengan garpu di permukaannya
          5. Bakar dengan suhu 170C-180C selama 25 minit.
          6. Keluarkan dari acuan dan sejukkan.

            
          CHEESE FILLING


          • 250g cream cheese
          • 25g mentega
          • 50g gula aising
          • 3 sudu makan telur - kocak2 dulu baru ambil
          • 1/2 sk esen vanilla


          Cara2:

          1. Gunakan cream cheese sejurus dikeluarkan dari peti sejuk.
          2. Pukul cream cheese, mentega dan gula sehingga kembang.
          3. Masuk telur dan esen. Pukul sebati.
          4. Masukkan ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam shell

           Notes


          RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
          All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

          Sunday, November 13, 2016

          PUMPKIN SPICE TARTS



          If you love pumpkin pie, then you must make these. The best part is they’re truly make-ahead: The tart shells can be made and frozen up to a month in advance, you can even use the store bought tart shell



          Pumpkin Tarts
              Tart Pastry
          •     80g Butter
          •     40g Icing sugar
          •     1/4 tsp Salt
          •     1 Egg, lightly beaten
          •     1/2 tsp Vanilla extract
          •     200g Plain flour

             
           Filling
          •  350g Pumpkin, skinned
          •    35g Sugar
          •    45g Ground almond, sifted
          •    1 Egg
          •   extra  toasted almond flakes for topping
          • 1 tsp pumpkin spice

              
           Method:
          Tart Pastry
          1. Cream butter, icing sugar and salt until fluffy.
          2. Add egg and vanilla extract and mix well.
          3. Sift flour onto the worktop and make a hole in the center. Add in the butter mixture. Knead to soft dough, cover and set aside for about 30 minutes.
          4. Press a small piece of dough into each greased tart tin. Trim the edges with a sharp knife. (please refer this step from my previous post Potato Pie) Bake at preheated oven 180 degrees C for 10 minutes.

           Pumpkin Filling
          1. Peel and seed pumpkin. Cut into small pieces and steam until done, about 10 minutes.
          2. Mash cooked pumpkin with a fork and combine sugar, egg and ground almond, pumpkin spice together to a thick paste.
          3. Fill piping bag with paste and pipe it on the prepared tarts. Garnish with almond flakes.
          4. Bake at 180 degrees C for about 20 minutes.
           Notes


          RECIPE SOURCE:  
          All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

          Friday, May 20, 2016

          CREAMY PUMPKIN PIE



          Banyak-banyak Pie/Tart, pie labu inilah yang paling saya suka, cukup lemak dan berkrim Untuk resipi kali ini saya menggunakan resipi supermom kerana ia menyediakan method step by step yang mudah diikuti, manakala intinya aya guna resipi Chef Wan  perghh sedap kombinasi labu dengan rempah-rempah kuih





          Pai Labu

          Untuk Crustnya saya mengguna resipi dari sini - http://pagingsupermom.com/2013/11/how-make-pie-crust/

          Untuk Fillingnya saya guna resipi Chef Wan, cukup lemak




          • 2 cawan puri labu (labu yang direbus dan dilecek halus)
          • 1/2 cawan gula halus
          • 1/2 cawanmadu
          • 1 1/2 cawan susu cair
          • 1/2 cawan susu pekat
          • 2 biji telur
          • 1 1/ 2 sdt serbuk kayu manis
          • 1/2 sdt serbuk halia
          • 1/2 sdt serbuk cengkih



          1. Panaskan oven pada suhu 220 C
          2. Campurkan semua bahan dan tuang ke dalam tarts
          3. Bakar selama 10 minit
          4. Rendahkan suhu dan bakar lagi 45 minit atau sehingga masak
          Notes


          RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
          All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.



          You Might Also Like These

          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...