Pages

Showing posts with label Western. Show all posts
Showing posts with label Western. Show all posts

Thursday, October 19, 2017

TRAY FISH N CHIPS


One dish meal yang tidak perlu pengenalan. Menu sedap ini boleh didapati di mana-mana cafe atau restoran. Ikan putih digoreng cara celup tepung atau cara disalut dengan breadcrumbs dan dihidang bersama potato chips, tartar sos dan coleslaw. Untuk mudah biasanya kita guna frozen dory yang boleh didapati di mana-mana mart tetapi untuk sedap pastinya ikan fresh seperti red snapper atau jenahak. Kalau ini biasanya saya akan minta tolong penjual ikan filletkannya.

Fish N Chips ini sedap dimakan panas-panas bersama perahan lemon




Fish N Chips

Yield: - lebih kurang 2 orang makan
One dish meal yang boleh didapati di mana-mana cafe atau restoran. Ikan di goreng cara celup tepung dimakan bersama potato chips dan tartar sos

  • 2 ikan dori sederhana besar
  • serbuk lada hitam
  • garam
  • tepung gandum secukupnya

Cara perap:

  1. Basuh ikan dori (atau apa-apa ikan isi putih) bersih-bersih dan keringkan sedikit guna paper towel.
  2. Lumurkan dengan serbuk lada hitam dan garam.
  3. Salut tepung gandum secukupnya pada kedua-dua belah ikan (pastikan tepung disalut betul-betul supaya batter/adunan nanti boleh lekat kat ikan nanti). Ketepikan.
Bahan batter/adunan:

  • 1 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1/4st soda bikarbonat
  • serbuk kunyit
  • garam
  • tepung gandum secukupnya
Cara:

  1. Campur kesemua bahan-bahan adunan hingga sebati dan tidak berketul. Konsistensi yang baik adalah bila adunan dicedok dengan sudu dan jari dilalukan di belakang sudu tersebut, ada garisan nyata yang terpisah antara adunan. Lagi pekat adunan, lagi rangup ikan tu nanti.
  2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Dah panas, celup ikan ke dalam adunan. Perlahan-lahan masukkan ke dalam minyak.
  3. Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan lebihan minyak.
  4. Sedia dihidang dengan kentang goreng  coleslaw, lettuce, dan tomato segar.



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Tuesday, October 03, 2017

CHICKEN SCHNITZEL


Kalau kita di sinilebih senang panggil breaded chicken chop tetapi di Barat ayam ini dinamakan CHICKEN SCHNITZEL yang bermaksud ayam disaut serbuk roti.Menu ini sedap dihidang bersama side seperti salad atau fries Begitu juga untuk sosnya boleh dimakan bersama cili sos mayo ataupun black pepper sos.

Paling sesuai menyediakanya ialah dengan menggunakan dada ayam yang ketuk nipis dan diperap seketika bersama lada sulah



Chicken Schnitzel

Yield: - lebih 2 orang makan
Chicken Schnitzel adalah ayam goreng yang disaut dengan serbuk roti menjadikan ianya ranggup. Sedap dimakan sebagai one dish meal bersama side serpeti salad dan fries
  • 2 Dada ayam (Diketuk nipis)
  • 1 cawan tepung goreng Adabi
  • ½ cawan serbuk roti 
  • 1 biji telur
  • Sedikit serbuk cili
  • Sedikit serbuk lada putih
  • Minyak masak


Cara-cara Penyediaan:

  1. Cuci dan toskan ayam. Satukan serbuk roti & tepung goreng dalam pinggan. 
  2. Lumurkan ayam dalam adunan tepung. Kemudian, celup ke dalam telur. Sekali lagi gaulkan ayam tadi ke dalam adunan tepung. 
  3. Gorengkan ayam di dalam minyak yang banyak. Pastikan minyak betul-betul panas. Goreng ayam hingga masak. Angkat dan toskan. 
  4. Taburkan serbuk lada putih berperisa & serbuk cili. Ikut selera masing2 sama ada nak pedas ataupun tidak.




RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Tuesday, September 05, 2017

THE JUICIEST GRILLED CHICKEN


Not only juiciest but also simplest to make...betul senang sangat. Ayam dibersihkan kemudian dikeringkan. Saya lumurkan ayam bersama BBQ sos serbuk halia serbuk bawang putih , lada sulah, kicap pekat , kicap cair  dan sedikit gula itu sahaja perap sekejap dan grilled.. Mudah dan resipi ini juga sesuai untuk BBQ. Kadang-kadang kita tak perlu renyah-renyah bila hendak buat grilled chicken ini kerana biasanya sos untuk dimakan bersama chicken ini dah menjadikannya sedap

Untuk sidenya pula saya celur broccoli dan pasta dan tidak lupa untuk memeriahkannya dengan potato wedges



The Juiciest Grilled Chicken



  • 2 ketul ayam (bahagian dada atau peha )
  • 1 sudu besar sos BBQ
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu kecil serbuk bawang putih
  • 1 sudu kecil serbuk halia
  • 2 sudu besar minyak zaitun (extra virgin)
  • sedikit garam
  • garam, gula dan pepper

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan ayam dan lap sehingga kering.
  2. Potong dada ayam kepada 2 supaya menjadi nipis atau cucuk isi ayam dengan garfu supaya bahan perap mudah meresap (optional)
  3. Lumur ayam dengan semua bahan.
  4. Perap selama minimum satu jam.
  5. Menggunakan non stick pan, grill ayam selama lebih kurang 15-20 minit (atau sehingga keperangan dan masak. 
    Notes


    RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. 

    Thank  You.


    Thursday, September 29, 2016

    MIXED GRILL MY WAY


    Biasanya mixed grill akan dilengkapi dengan 3 bahan utama, ayam sausage atau lamb, tetapi mixed grill saya kali ini cuma ada dua, ayam dan sausage kerana anak-anak di rumah kurang meminati kambing, anyway dua grill ini sudah memadai.

    Perapan ayam saya cukup simple dan mudah disediakan. Untuk impak yang lebih saya perap ayam semalaman


    Mixed Grill - Perapan Ayam

    • 2 sdb minyak zaiton.
    • 2 sdb Dijon mustard. 2 sdb gula perang.
    • 1 sdb Worcestershire sauce.
    • 2 ulas bawang putih dicincang.
    • 1/2 sdt thyme
    • 1/2 sdt maggi seasoning
    • 1 sdt jus limau nipis
    Gaulkan semua bahan dan perap pada ayam semalaman
    Grill atau bakar sehingga masak.
      Notes


      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      Sunday, May 22, 2016

      BLACK PEPPER LAMB CHOP



      Lamb dengan blackpepper memang cukup sinonim, satu kombinasi yang cukup menyelerakan. Saya perapkan lamb ini semalaman supaya bahan perapan menyerap masuk dan sekata. Lamb yang diperap ini digrill ataupun dibakar oven tapi ingin sedap maka grill lebih sesuai.

      Lamb Chop yang siap digrill sedap dimakan bersama black pepper sauce ataupun mint sauce. Untuk side dishnya sesuai dengan carrot, brocolli atau jagung bakar



      Lamb Chop

      • 1 sdt serbuk bawang putih
      • 1 sdt serbuk halia
      • 2 sdb minyak jagung atau Olive Oil
      • 3 sdb serbuk lada hitam biji
      • 2 sdb gula pasir atau Brown Sugar
      • 1 sdb Paprika
      • 2 sdb sos worcesthire 
      • 1 sdt Thyme
      • 1 sdt Rosemary
      • garam secukup rasa


      1. Campurkan semua bahan perapan kecuali Rosemary
      2. Bila dah sebati baru masukkan Rosemary
      3. Lumurkan pada daging di kedua-dua bahagian
      4. Susun dalam bekas dan perap semalaman
      5. Pegang mengikut kesudaan

        Notes

        RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

        Tuesday, May 17, 2016

        GARLIC DIJON CHICKEN


        Resipi mudah main campak-campak aje, bleh dibakar,,, boleh di grill dan boleh juga di guna slow cooker. Perapkan ayam seketika supaya meresap dalam isi. Sedap dimakan sebagai one meal dish atau untuk filling sandwich


        Garlic Dijon Chicken

        SERVINGS 4-6 UNITS 

        • 2 garlic cloves, minced
        • 4 tablespoons Dijon mustard
        • 2 tablespoons lime juice
        • 1 1⁄2 lbs chicken pieces (I usually use 5-6 pieces, depending on size)
        • 1 tsp rosemary
        • 1 carrot
        • 1 potato quarted
        • 5 mushroom halved
        • 1 yellow onion


        DIRECTIONS

        1. For immediate cooking: Preheat oven to 350°F Place all ingredients into a large baking dish, turn chicken to coat. Bake until chicken juices run clear (45-60 minutes for chicken pieces, or 20-30 minutes for chicken breasts).
          Notes


          RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
          All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

          Sunday, May 15, 2016

          CHICKEN CHOP WITH BLACK PEPPER SAUCE



          Membuat brown sauce mengambil masa yang terlalu lama tapi kini dah ada store bought Knorr saya guna tu aje dan adjust mengikut selera sendiri, mudah dan tak perlu renyah. Untuk side chicken chop ini saya sediakan fries, coleslaw dan baked beans. Complete balance diet needed and nyata very satisfying.



          Chicken Chop

          Untuk Ayam :

          • 5 keping dada ayam (buang tulangnya)
          • 5 ulas bawang putih dipotong dadu
          • 2 sdt serbuk lada putih
          • 2 sdb sos tiram
          • 2 biji telur dipukul dengan garfu
          • Serbuk roti secukupnya (bread crumb ini boleh dibeli dikedai peralatan bakeri)
          • Sedikit tepung gandum


          1. Gaulkan ayam dengan bawang putih, sos tiram dan lada putih, perap 1 - 2 jam.
          2. Gaulkan ayam dengan tepung gandum.
          3. Celupkan ayam dalam telur.
          4. Golekkan dalam serbuk roti sepenuhnya.
          5. Goreng dalam minyak panas hingga masak.



          Sauce/Kuah Chicken Chop :

          • 5 ulas bawang putih
          • 2 labu bawang besar
          • 1 cawan Demi-Glace Brown Sauce jenama Knorr
          • 3 cawan air
          • 2 sb lada hitam ditumbuk halus
          • 1 sb mentega untuk menumis


          1. Satukan kedua jenis bawang dan kisar halus. Ketepikan.
          2. Satukan air dan brown sauce. Kisar menggunakan blender sekejap supaya ianya sebati tidak berketul.
          3. Panaskan mentega hingga cair. Tumis bawang hingga sedikit garing dan harum baunya.
          4. Masukkan campuran brown sauce dan air tadi. Masukkan cendawan butang dan juga serbuk lada hitam. Masak dalam api perlahan dan sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila kuah mulai pekat dan didih, tutupkan api.



            Notes


            RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
            All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

            Thursday, April 28, 2016

            POACHED SALMON WITH HOLLANDAISE SAUCE


            Biasanya saya menggunakan Hollandaise sauce ini untuk poached eggs makan dengan roti untuk breakfast, tapi kali ini saya cuba dengan poached salmon. Ini adalah hasil goggle dan inspirasi dari cafe IKEA  Bahan sampingannya saya celur kacang buncis dan kentang rebus. Untuk aromanya saya masukkan fresh thyme yang dicincang halus



            Hollandaise Sauce


            • 3- egg yolks
            • 1- tablespoon lemon juice
            • 1/4-pound butter, melted
            • dash of cayenne pepper
            • dash of salt
            • 1 tsp thyme



            Use a double boiler over hot,but not simmering water. Put the egg yolks in the top of the boiler and beat with a whisk until smooth. Add the lemon juice and gradually whisk in the melted butter, pouring slowing in a thin stream.
              
            Slowly stir in 2 tablespoons hot water, the cayenne, thyme and the salt. Continue to mix for about 1 minute. The sauce should be thickened.
              
            Serve immediately, or hold over warm water for only up to an hour or 2, but don't try to keep too long without refrigeration.

              Notes

              RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
              All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

              Monday, October 12, 2015

              GRILLED CHICKEN WITH MUSHROOM SAUCE - SHEILA RUSLY RECIPE


              Resipi ayam panggang yang saya cuba dari rangkaian resipi Sheila Rusly. Mudah kerana sosnya diperbuat dari prego tin cuma ditambah sedikit untuk menambahkan kelazatannya. Saya hidangkan grilled chicken ini dengan pasta dan rebusan bunga kobis dan carrot.

              Grilled Chicken with Mushroom Sauce
              Ingredients
              • 1 ekor ayam (potong 4)
                1 kiub ayam
                2 sudu besar sos tiram
                2 sudu besar kicap manis
                3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
                1cm halia(tumbuk kasar)
                sedikit serbuk lada hitam kasar , oregano
                Sedikit olive oil/minyak masak

              Instructions

              Cendawan butang dibersihkan dan hiris nipis
              1. Masukkan hirisan cendawan tumis hingga layu.
              2. Masukkan sos carbonara.Tambah air.
              3. Masukkan kiub ayam.Masuk sedikit jer.Kacau hingga pekat.
              4. Sesuaikan rasa.Tutup apiBersih ayam dan lap dengan kitchen towel.
              5. Bahagian dada/isi cucuk2 sedikit dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.Kalau nak kelar pun boleh juga.
              6. Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah. guna 1 kiub ayam sebab ayam saiz besar.Kalau ayam kecil atau yg debond guna setengah jer (agak2)
              7. Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
              8. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
              9. Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering.
              10. Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam ayam...memang best
              11. Bakar daging sehingga masak.


              RESEPI MUSHROOM SOS

              • Cendawan butang
              • 1 tin kecil Prego Carbonara Cendawan
              • Sedikit kiub ayam
              • 1 ulas bawang putih (cincang halus)
              • 1/2 tin air (guna tin prego tu)
              • Sedikit minyak

              1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit kuning.
              2. Masukkan Prego biarkan seketika dan masukkan air dan hirisan cendawan butang
              3. Masukkan kiub ayam dan adjuts rasa
                Notes


                RECIPE SOURCE:   SHEILA RUSLY 
                All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

                You Might Also Like These

                Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...