Pages

Showing posts with label Eggs. Show all posts
Showing posts with label Eggs. Show all posts

Tuesday, November 14, 2017

EGG MUFFINS


Egg Muffins ini sesuai disediakan sebagai sarapan pagi atau buat minum petang Resipi ini hanya memerlukan telur dan susu segar. Bahan-bahan lain adalah optional, boleh masukkan hirisan sausage, cendawan, bayam tuna dan apa aje mengikut selera kita. Sedap dimakan panas-panas bersama sos




Egg Muffins

Yield: - lebih kurang 6 ketul
Cara mudah menyediakan sarapan atau minum petang. Hanya 30 minit siap dihidangkan 
  • 1 cawan hirisan sausage dimasak terlebih dahulu
  • 2 tangai daun bawang dicincang
  • 6 biji telur
  • 1/4 cawan susu segar
  • 1/3 cawan keju parut (saya guna cheddar cheese


Caranya

1. Panaskan oven 350 degrees F. Spray 6 atau 7 cawan muffin.

2.  Pukul telur dan susu. Masukkan hirisan sausage dan hirisan daun bawang

3. Masukkan garam dan sedikit  lada sulah, Tuang dalan acuan muffin dan taburkan cheese diatasnyaa

4. Bakar 25 to 30 minit, 



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Friday, June 24, 2016

TELUR MASAK MERAH



Inspirasi dari ayam masak merah, saya menggunakan telur untuk resipi ini. Telur direbus dahuu kemudian digoreng. Resipi ini boleh disediakan secara pekat atau pun berkuah bergantung pada citarasa masing-masing. Telur yang siap dimasak ditabur dengan bawang goreng dan kacang peas.


Telur Masak Merah

BAHAN-BAHAN:
  • 5 biji telur rebus dan goreng
  • 1 biji bawang merah besar | dikisar
  • 1 biji bawang merah besar | dihiris bulat
  • 1" halia dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • 11 biji cili kering | dikisar
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 bunga lawang
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng



CARA MEMASAK:
1. Buang kulit telur dan goreng sekejap hingga perang. Angkat dan ketepikan.
2. Gunakan sedikit minyak tadi dan tumis bahan kisar dan rempah tumis sehingga garing dan wangi.
3. Masukkan sos cili, sos tomato dan kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan air asam jawa dan rasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

5. Masukkan telur yang digoreng tadi dan kacau sebati.
6. Masukan bawang besar yang dihiris bulat
6 Tabur bawang goreng dan kacang peas

      Notes


      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.



      Tuesday, November 03, 2015

      CHICKEN EGGS KORMA / KORMA AYAM DAN TELUR


      Resipi korma yang mudah disediakan, bertambah mudah dengan adanya rempah korma yang siap. Saya menggunakan rempah korma Baba's.  Ayamnya saya goreng dahulu, boleh juga dimasukkan begitu sahaja. Untuk menambah aroma korma ini saya masukkan hirisan daun ketumbar. Lauk ebegini sedap dimakan bersama nasi putih ataupun apa jenis nasi seperti nasi minyak atau nasi tomato.

      Kurma Ayam & Telur

      • 5 ketuk peha ayam (goreng garam kunyit0
      • 3 biji telor yang telah direbus dan dikupas.
      • 1 keping asam gelugor/asam keping garam 
      • gula secukup rasa
      • 1/2 cwn minyak untuk menumis
      • 1 paket kecil rempah kurma
      • 2 tangkai daun ketumbar (potong 3)
      • 1/2 cawan susu cair
      • 1 keping asam gelugor/asam keping garam 
      • 1 cawan air
      Bahan Blend
      • 7 ulas bawang merah *
      • 3 ulas bawang putih *
      • 2 cm halia 
      Bahan Tumis
      • 2 kuntum bunga lawang
      • 1 kuntum bunga cengkih
      • 2 biji buah pelaga
      • 1 inci kulit kayu manis
      • 1 biji bawang besar dihiris nipis
      Cara Menyediakannya
      1. Panaskan minyak dalam periuk,tumiskan bawang bear hiris, rempah 4 sekawan (kayu manis, lawang, cengkih & pelaga) dan masukkan bahan kisar.
      2. Kacau hingga naik bau. Masukkan rempah kurma dan tumis lagi.
      3. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau rata
      4. Perlahankan api dan masak hingga pecah minyak.
      5. Masukkan ayam goreng, telor, daun ketumbar dan masak hingga mendidih.
      6. Masukkan susu cair,kemudian masukkan asam keping, gula dan garam.
      7. Masak hingga naik minyak dan kuah agak pekat. Tutup api dan siap bolehlah dihidangkan.

      * boleh gantikan susu cair  atau santan, tambah air jika ingin berkuah
      Notes


      RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      Sunday, October 04, 2015

      PERFECT SUNNY SIDE UP EGGS


      Menggoreng telur pun ada caranya..ha.ha jika inginkan telur mata yang cantik persis seperti hidang breakfast di hotel atau restoran ikut cara ini insyallah pasti cantik kejadiannya. Dua link yang boleh membantu sila klik di sini

      http://www.wikihow.com/Make-Sunny-Side-up-Eggs

      http://www.jamieoliver.com/recipes/eggs-recipes/sunny-side-up-eggs/


      Friday, March 27, 2015

      KARI TELUR REMPAH BABA'S


      Kari Telur simple tapi cukup menyelerakan. Kebetulan jalan-jalan di wall kawan terpandang kari taelur ini, katanya sedap makan dengan pulut kuku...perghhh  tiba-tiba tekak terasa teringin jadi saya masak buat makan tengah. 

      Saya masukkan sedikit kentang dan semestinya menggunakan rempah kari daging Baba's. Saya memang cukup selesa dengan rempah kari Baba's selain edap warnanya juga menarik.

      Kari telur ini selain dari nasi dan pulut...dicicah bersama roti juga hebata.


      Kari Telur
      • 5 - 6 biji telur, direbus dan dikopek kulit
      • 2 biji kentang buang kulit dan belah 4
      • 2 biji tomato dibelah 4
      • 1 biji cili merah dibelah 2
      • 1 biji cili hijau dibelah 2
      • 2' halia dihiris nipis
      • 5 ulas bawang putih dihiris nipis
      • 1 biji bawang besar dihiris nipis
      • 2 tangkai daun kari
      • 1 cawan santan
      • 2 cawan air
      • 1/2 cawan air asam jawa
      • 1 batang kulit kayu manis
      • 3 kuntu bunga lawang
      • 5 biji buah pelaga
      • 2 paket rempah kari baba's dibancuh bersama air menjadi pes basah
      • garam dan gula ecukup rasa
      • 3 sdb minyak masak

      Cara Menyediakannya
      1. Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang dan halia
      2. Masukkan daun karim kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
      3. Biar atas api sehingga bawang agak garing baru dimasukkan rempah kari.
      4. Biar seketika sehingga pecah minyak, masukkan air dan kentang
      5. Masak sehingga kentang agak empuk baru dimasukan santan air asam jawa dan telur.
      6. Masukkan garam dan gula secukup rasa
      7. Renehkan atas api kecil sehingga naik minyak baru dimasukkan tomato, cili merah dan cili hijau.
      8. Padamkan api dan hidang.


      Recipe Source :- PATYSKITCHEN

      @PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

      Thursday, March 19, 2015

      SUP TELUR SUON KENTANG


      Masakan harian yang simle dan menyelerakan. Menu ini bukan sahaja digemari anak-anak malah orang dewasa juga mengemarinya. Digandingkan dengan ambal ikan, atau ikan masin sajian ini akan menjadi "addictive" susah hendak berhenti makan. Untuk memeriahkan sup ini boleh aje dimasukkaan bahan sayuran lain eperti jagung muda ataupun petula, dan jika tidak suka plin bolehlah dimasukkan santan.



      Sup Telur Su'on
      • 3 - 5 biji tenlur
      • 2 biji kentang dibelah 4
      • 2 batang daun bawang dipotong 2" panjang
      • 2 paket kecil suon
      • 3 batang fucuk kering dipotong 2" dan rendam
      • 1/2 cawan kimcai
      • 3 cawan air stok
      • 3 ulas bawang putih dicincang
      • sedikit minyak bijan
      • 2 sdb minyak masak
      • serbuk lada dan garam secukup rasa

      Cara Menyediakannya
      1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik baunya
      2. Masukkan air stok,  serbuk lada, garam dan kentang biar sehinga kentang agak empuk pecahkan telur sebiji demi sebiji
      3. Biar sehingga telur agak masak baru masukkan sayur fucuk dan kimcai.
      4. Akhir sekali masukkan suon, daun bawang dan titikan sedikit minyak bijan dan padamkan api


      Recipe Source :- PATYSKITCHEN

      @PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

      Sunday, February 01, 2015

      BAKED EGG MUFFINS - MAKE YOUR OWN MCMUFFIN EGGS


      Saya  postkan ini di FB saya dan ada kekawan bertanya bagaimana untuk mendapatkan telur yang cantik seperti ini..seperti EGG MCMUFFINS. Sebenarnya mudah..tiada resipi tapi cuma perlu memahami tekniknya. 
      There is no true recipe for this. It’s more of a technique.

      Telur ini dibakar menggunakan acuan muffin, acuan perlu disapu minyak dahulu baru dimasukkan telur dan dibakar selama 15 minit. Sebaiknya cari acuan muffin yang tidak melekat supaya telur keluar cantik dan jika suka boleh ditaburkan lada dan garam.

      Mudah dan ringkas. Selamat Mencuba

      Print

      Baked Egg Muffins

      YIELD: 12   PREP TIME: 5 minutes   COOK TIME: 

      Picture Courtesy of Google



      Sapukan minyak pada acuan muffins dan pecahkan telur kedalam setiap acaun. Boleh ditaburkan garam dan lada jika suka

      Picture Courtesy of Google





      Panaskan oven dan bakar pada suhu 180 c selama 15 - 20 minit atau sebagai mana kita suka. Keluarkan telur dengan sudu atau penyodok.







      Recipe Source :- PATYSKITCHEN

      @PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

      Monday, January 12, 2015

      POACHED EGG OPEN FACED SANDWICH


      Kadang-kadang tekak ni minta yang bukan-bukan satu..kelemahan saya..janganlah bawa saya makan-makan di luar..penyakitnya..bila dah makan balik mesti nak try..ha..ha..menu hari ini adalah pukulan keinginan hendak makan poach egg yang bergegar atas roti...did my research terserempak dengan youtube, Jamie Oliver...apa lagi ini adalah hasilnya. Terkial-kial juga lah hendak hasilkan telurnya tapi kata orang alah bisa tegal biasa..insyallah lama-lama ok kot.

      Saya gunakan roti baguette lembut untuk menu ini...sayurannya pula guna apa yang ada aje. edap ditaburkan sedikit serbuk lada hitam

        POACHED EGG  OPEN FACED SANDWICH




        PREP TIME
        COOK TIME
        TOTAL TIME

        INGREDIENTS

        • 2 sdb mentega
        • 4 potong roti baguette
        • Salad 
        • Tomato
        • Timun
        • 4 biji telur di "poach" 

          INSTRUCTIONS



          NOTES


          Recipe Source :- PATYSKITCHEN
          @PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

          Friday, January 09, 2015

          KORMA TELUR/EGGS KORMA


          Biasanya di rumah kalau saya kehabisan stok bahan basah, saya lebih senang untuk memasak telur. Korma telur ini adalah lauk favourite. Telur saya rebus dahulu kemudian digoreng. Teknik ini bagus daripada mengelakkan telur mudah pecah semasa memasak.

          Untuk resipi kali ini saya masukkan bunga kobis..ha..ha...kerana kemalasan tahap tinggi untuk menggoreng sayur...ini sebenar cara korma India. Lain-lain bahan sama aje..boleh juga dimasukkan ayam jika suka. Saya menggunakan tairu masam menggantikan santan.



          Prep time
          Cook time
          Total time

          Serves: 4
          Ingredients
          • 5 - 6 biji telur rebus digoreng dahulu
          • 2 biji kentang dibelah 4
          • 2 biji cili hijau dibelah 4
          • 2 biji tomato dibelah 4
          • 1 cawan bunga kobis
          • 2 - 3 cawan air
          • 1 cawan tairu /atau santan
          • 1 senduk kecil miny1k masak

          Bahan tumis
          1 biji bawang besar dihiris nipis
          1 helai daun pandan
          3  kuntum bunga lawang
          5 biji buah pelaga
          5 biji cengkih
          1 batang kulit kayu manis

          Bahan rempah
          2 paket rempah korma Baba's
          1 biji bawang besar
          5 ulas bawang putih
          2" halia

          Blend semua bahan sehingga halus dan gaul dengan rempah korma
          Instructions
          1. Panaskan minyaak dan masukkan daun pandan hirisan bawang besar dan bahan tumis
          2. Biar sehingga bawang kekuningan dan masukkan bahan blend
          3. Tumis sehingga naik baunya.
          4. Masukkan 2 cawan air, dan masukkan kentang biar atas api sehingga kentng empuk. Tambah ir jika ingin berkuah lagi
          5. Masukkan telur, tairu, cili hijau bunga kobis dan tomato, garam dan perasa secukupnya
          6. Perlahankan api dan biarkan sehingga naik minyak


          Recipe Source :- PATYSKITCHEN

          @PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

          You Might Also Like These

          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...