Pages

Showing posts with label One Dish Meal. Show all posts
Showing posts with label One Dish Meal. Show all posts

Thursday, October 19, 2017

TRAY FISH N CHIPS


One dish meal yang tidak perlu pengenalan. Menu sedap ini boleh didapati di mana-mana cafe atau restoran. Ikan putih digoreng cara celup tepung atau cara disalut dengan breadcrumbs dan dihidang bersama potato chips, tartar sos dan coleslaw. Untuk mudah biasanya kita guna frozen dory yang boleh didapati di mana-mana mart tetapi untuk sedap pastinya ikan fresh seperti red snapper atau jenahak. Kalau ini biasanya saya akan minta tolong penjual ikan filletkannya.

Fish N Chips ini sedap dimakan panas-panas bersama perahan lemon




Fish N Chips

Yield: - lebih kurang 2 orang makan
One dish meal yang boleh didapati di mana-mana cafe atau restoran. Ikan di goreng cara celup tepung dimakan bersama potato chips dan tartar sos

  • 2 ikan dori sederhana besar
  • serbuk lada hitam
  • garam
  • tepung gandum secukupnya

Cara perap:

  1. Basuh ikan dori (atau apa-apa ikan isi putih) bersih-bersih dan keringkan sedikit guna paper towel.
  2. Lumurkan dengan serbuk lada hitam dan garam.
  3. Salut tepung gandum secukupnya pada kedua-dua belah ikan (pastikan tepung disalut betul-betul supaya batter/adunan nanti boleh lekat kat ikan nanti). Ketepikan.
Bahan batter/adunan:

  • 1 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1/4st soda bikarbonat
  • serbuk kunyit
  • garam
  • tepung gandum secukupnya
Cara:

  1. Campur kesemua bahan-bahan adunan hingga sebati dan tidak berketul. Konsistensi yang baik adalah bila adunan dicedok dengan sudu dan jari dilalukan di belakang sudu tersebut, ada garisan nyata yang terpisah antara adunan. Lagi pekat adunan, lagi rangup ikan tu nanti.
  2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Dah panas, celup ikan ke dalam adunan. Perlahan-lahan masukkan ke dalam minyak.
  3. Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan lebihan minyak.
  4. Sedia dihidang dengan kentang goreng  coleslaw, lettuce, dan tomato segar.



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Tuesday, September 05, 2017

THE JUICIEST GRILLED CHICKEN


Not only juiciest but also simplest to make...betul senang sangat. Ayam dibersihkan kemudian dikeringkan. Saya lumurkan ayam bersama BBQ sos serbuk halia serbuk bawang putih , lada sulah, kicap pekat , kicap cair  dan sedikit gula itu sahaja perap sekejap dan grilled.. Mudah dan resipi ini juga sesuai untuk BBQ. Kadang-kadang kita tak perlu renyah-renyah bila hendak buat grilled chicken ini kerana biasanya sos untuk dimakan bersama chicken ini dah menjadikannya sedap

Untuk sidenya pula saya celur broccoli dan pasta dan tidak lupa untuk memeriahkannya dengan potato wedges



The Juiciest Grilled Chicken



  • 2 ketul ayam (bahagian dada atau peha )
  • 1 sudu besar sos BBQ
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu kecil serbuk bawang putih
  • 1 sudu kecil serbuk halia
  • 2 sudu besar minyak zaitun (extra virgin)
  • sedikit garam
  • garam, gula dan pepper

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan ayam dan lap sehingga kering.
  2. Potong dada ayam kepada 2 supaya menjadi nipis atau cucuk isi ayam dengan garfu supaya bahan perap mudah meresap (optional)
  3. Lumur ayam dengan semua bahan.
  4. Perap selama minimum satu jam.
  5. Menggunakan non stick pan, grill ayam selama lebih kurang 15-20 minit (atau sehingga keperangan dan masak. 
    Notes


    RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. 

    Thank  You.


    Tuesday, March 28, 2017

    MEATBALL WITH PASTA


    Kadang-kadang benda yang tidak dirancang itu menjadi. Jalan-jalan area Ampang singgah kedai Arab adalah hendak mencari rempah Kabsah, nampak daging segar makanya terus tertarik. Saya beli 1 kg minta dia kisarkan, beli aje dulu belum ada plan, tapi entah macam mana mungkin secara kebetulan kekawan share resipi meatball dari juara Master Chef Malaysia, Ezani, jadinya terpanggil untuk mencuba kerana katanya rahsia meatballnyl terletak pada kepingan roti yang direndam bersama susu. Ialah biasanya membuat meatball saya guna breadcrumbs tapi kali ini menggunakan kepingan roti.

    Bahan lain semua macam biasa tapi untuk mendapat rasa yang sedap lagi dimasukkan sedikit parmesan cheese dan parsley cincang. Lelehan minyak dari gorengan meatball ini saya gunakan untuk membuat sosnya. Saya hidangkan meatball ini bersama mashed potatoes dan pasta....mama mia heavenly great





    Meatball

      • 700 gram daging cincang
      • 1 biji bawang besar – cincang halus
      • 1 genggam parmean cheese
      • 1 genggam parsley dicincang
      • 2 biji kuning telur
      • 2- 3 keping roti direndam bersama susu dan dicarik-carikkan
      • 30 ml susu segar


      1. Satukan bahan-bahan yang lain dan gaul rata. 
      2. Uli sehingga sebati dan bulat-bulatkan ikut sebesar mana yang kalian suka.
      3. Guna kuali non-stick, masukkan sedikit mentega dan masak dengan api sederhana. Tutup kuali supaya masak rata dan balik-balikkan bebola daging sehingga masak. 
      4. Jangan buang mentega dalam kuali – digunakan untuk membuat sos.


      Sos Gravy
      • lebihan mentega dan lebihan lelehan daging yang dimasak tadi
      • 2 cawan stok ayam
      • 2 cawan krim masakan
      • 1 sudu besar kicap cair
      • 1 sdb worceshire sos
      • 1 ketul kiub ayam
      • sedikit serbuk lada hitam
      • bancuhan air dengan 1/2-1 sudu besar tepung kentang untuk memekat (*)
      • garam atau gula – tambahan kalau kurang rasa



      Satukan semua bahan kecuali yang bertanda (*) dan bancuhan tepung kentang.
      Didihkan dan rasa secukupnya baru masukkan (*). Didihkan lagi selama satu minit dan kecilkan api. Masukkan bancuhan tepung sedikit-sedikit. Jangan terlalu pekat.

        Notes


        RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

        Wednesday, February 22, 2017

        FISH PIE/ PIE IKAN SEDAP


        Setiap kali menemani adik buat rawatan susulan di PPUM di Petaling Jaya saya akan singgah ke foodcourtnya menikmati pie ikan di sana. Grub nama cafenya dan katanya milik seorang peserta Master Chef Malaysia season 1, menunya simple western and pasta food, sedap dan menepati selera saya. Jadi inspirasi dari situ dan google resipi saya mencuba pie ikan ini 

        Agak susah mencari ikannya jadi saya guna isi ikan merah sahaja, tidak boleh buat banyak dan tidak boleh buat selalu kerana ikan agak mahal sekarang ini, considering that it's better to buy than make one, apa pun resipi ini memang sedap lemak dan berkrim kerana saya taburkan sedikit cheddar cheese diatasnya


        Pie Ikan Sedap

        Toping Kentang
        • 1 kg kentang, dikupas
        • 50 gram mentega
        • 100 g creme fraiche
        •  3 sdb susu segar panas
        • garam dan lada sulah

        Potong kentang dengan dan rebus hingga lembut. Angkat dan lembutkan dengan campuran mentega, creme fraiche, dan susu hangat. Tambahkan garam dan lada putih. Simpan dulu 

        Untuk Isian
        • 500 ml atau 1 liter susu segar
        • 250 g smoked haddock (ikan asap)
        • 200 g ikan (bagian daging), dipotong-potong
        • 1 ulas bawang putih
        • 1 lembar daun salam
        • 2 batang daun bawang, cincang
        • 50 g cheddar cheese


        Untuk Sosnya
        • 100 g mentega,
        • 50 g tepung
        • Garam dan bubuk lada putih, secukupnya


        1. Cairkan mentega di dalam kuali masukkan tepung dan biar seketika sambil dikacau2
        2. Angkat dan masukkan susu yang ditapis tadi kacau dan letak semula atas api
        3. Masukkan garam dan lada secukupnya pada saus daun bawang dan kacang peas Beri perasa lemon secukupnya. 
        4. Siapkan oven dengan suhu panas 190 derajat Celcius; 
        5. Ikan dietakkan dalam mangkok caserole, carik2kan isi ikan dengan garfu  
        6. Tuangkan sos lalu tutup dengan topping kentang taburkan cheese
        7. Masukkan ke oven selama kurang lebih 30 menit
        8. Pie ikan siap dihidangkan.

        Notes


        RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

        Monday, February 06, 2017

        HONEY GLAZE GRILLED CHICKEN AND ROASTED POTATOES AND BELL PEPPERS


        Resipi grilled chicken yangmudah dan ringkas. Semua bahan perapan digaul rata, begitu juga dengan sayuran sampingan. Madu dan sos sriracha balancekan rasa ayam ini antara pedas dan manis. Sesuai dimakan bersama nasi atau pasta.


        Honey Glaze Chicken

          • 3-4 dada ayam
          • 2-3  sdb sriracha 
          • 5 sdb kicap cair
          • 1 ulas bawang putih dicincang
          • ¼ cawan gula
          • 2 sdb madu
          INSTRUCTIONS
          1. Satukkan semua bahan
          2. Tinggalkan 1/4 cawan dan bakinya perap pada ayam bersama 3 sdb minyak zaiton
          3. Panaskan grill dan grill ayam
          4. Balik-balikan dan sapukan ayam dengan baki bahan perap tadi grill sehingga masak dan angkat
          Untuk Sayuraannya

          • 1/2 biji cili benggala hijau
          • 1/ 2 biji cili benggala merah
          • 1/2 biji cili benggala kuning
          • 7- 8 biji baby potato dibelah 2
          • 2 sdb minyak zaiton
          • sedikit garam

          1. Satukan semua bahan, masukkan kedalam aluminium foil dan panggang 10 - 15 minit
          2. Angkat dan hidangkan bersama ayam
            Notes


            RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
            All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

            Monday, January 16, 2017

            GRILLED CHICKEN WITH LEMON BUTTER SAUCE


            Sebenarnya ini resipi copycat dari IKEA GRILLED CHICKEN...ha..ha sepinggan RM14, tapi kalau kita buat sendiri boleh 3 orang makan. 1 peha ayam dipasar harganya lebih kurang RM4, membuat ayam panggang ini tak susah dan sosnya juga mudah disedia. Untuk resipi ini saya masukkan sedikit oregano untuk mendapatkan aromanya

            Untuk sidenya saya rebus kentang dan celur sedikit kacang bunci. Ayam panggang  sedap dimakan bersama butter rice, pasta atau roti.

            Grilled Chicken in Lemon Butter Sauce


              For the Chicken in a Lemon Butter Sauce

              • 4-6 ketul peha atau dada ayam
              • 1 sdb sos tiram
              • 2 sdb mentega
              • 1 sdt lada sulah
              • Lemon Butter Sauce; see below

              1. Lumurkan semua bahan pada ayam
              2. Perap 2-3 jam dan panggang sehingga masak

              For the Lemon Butter Sauce
              • 2 sdb mentega
              • 1 ulas bawang putih
              • 2 sdb tepung
              • 2 cawan air stock ayam (boleh didihkan 2 cawan air dengan 1 kube pati ayam)
              • 1 biji kulit dan jus lemon
              • 1 tbsp  oregano kering
              • garam secukup rasa


              1. Cairkan mentega, tumis bawang putih sehingga naik baunya
              2. Masukkan tepung dan kacau rata sehingga kental
              3. Masukkan stock ayam tadi kacau sehingga tidak bergentel
              4. Masukkan oregano dan garam secukup rasa
                Notes


                RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
                All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

                Thursday, January 12, 2017

                PATY'S ROAST CHICKEN


                This is not thanks giving, neither Christmas or Turkey...ha...ha ini cuma ayam panggang resipi saya, buat makan-makan di rumah. Aroma ayam panggang ini datangnya dari daun basil dan sos ikan digunakan untuk menaikkan rasa.

                Manis ayam datang dari sayuran yang turut dipanggang, kentang labu carrot dan bawang besar. Minyak zaiton dan madu helps menjadikan ayam ini so...so juicy. Ayam panggang ini sedap dihidangkan bersama butter rice


                Paty's Roast Chicken

                • 1 ekor ayam
                • 5 ulas bawang putih
                • 1 cawan basil
                • 1 inci halia
                • 1 sdb  serbuk jintan putih
                • 2 sdb paprika
                • 2 sdb serbuk cili
                • 1 sdb serbuk kunyit
                • 2 sdb gula perang 
                • 3 sdb olive oil
                • 3 sdb madu
                • 2 sdb jus limau/lemon pun boleh
                • 3-5 biji kentang (buang kulit dan potong 4)
                • 1/4 biji labu kuning dipotong dadu
                • 2 biji bawang bombay potong 4
                • 6 biji baby karot 
                • 1 sdb sos ikan


                Cara-cara

                1. Blend bawang putih halia,daun basil sehingga halus
                2. Masukkan serbuk jintan putih, paprika serbuk cili serbuk kunyit, madu gula merah sos ikan dan minyak zaiton
                3. Masukkan garam dan gaul rata
                4. Dalam dulang pembakar sapu sedikit minyak zaiton letak sayuran kentang carrot bawang besar dan labu masukkan satu sdb minyak zaiton dan gau rata
                5. Letak ayam diatasnya dan lumur ayam dengan bahan blend tadi
                6. Tinggalkan sedikit bahan blend untuk disapukan diatas ayam pada separuh masa pembakaran. 
                7. Panaskan ketuhar 180 darjah. Bakar 1/2 jam dan keluarkan ayam dan sapu baki bahan blend tadi dan bakar semula sehingga ayam masak atau lebih kurang 40 minit lagi

                  Notes


                  RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
                  All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

                  Wednesday, January 11, 2017

                  HAINAMESE CHICKEN CHOP



                  Chicken Chop ini popular di kedai-kedai makan Hainan biasanya Hainan Coffee. Top ini dulu zaman 70 an dan 80 kalau nak makan chicken chop inilah sosnya. Resipi ini ada citernya tersendiri dan banyak berkaitan di masa zaman penjajah British lebih kurang citer resipi East Meet West

                  Ayam disediakan macam biasa menggunakan deep fry dan breadcrumbs coating cume sosnya agak berbeza sedikit kerana sosnya lebih kepada Chinese Sweet And Sour Sauce. Untuk sidenya pula macam chicken chop biasa fries dan mixed vegetables



                  Hainanese Chicken Chop

                  • 2 chicken breasts, 
                  • 3 potatoes, peeled and cut into wedges
                  • 1 tomato, cut into wedges
                  • 1/2 cup of peas
                  • 1 onion, sliced
                  • 3 cm piece of ginger, chopped
                  • 2 garlic cloves, chopped
                  • breadcrumbs or biscuits crumbs
                  • dash of light soy*
                  • dash of white pepper*
                  • dash of sesame oil*
                  • 1 egg, beaten*
                  • marinate chicken with ingredients marked * for 15 minutes.


                  for the sauce mixture;

                  • 5 tbs of tomato ketchup
                  • 2 tbs of HP sauce
                  • 1 tbs of worcestershire sauce
                  • 2 tbs of oyster sauce
                  • 2 tbs of sugar
                  • dash of white pepper
                  • 1/2 cup of water or stock


                  1. mix all the ingredients in a bowl and set aside.
                  2. corn flour solution
                  3. Butterfly chicken breast and flatten with a mallet to give it a uniform thickness. Marinate then coat with breadcrumbs or biscuit crumbs.
                  4. Fry crumbed chicken til golden. Drain, rest and cut into bite size pieces.
                  5. Fry potato wedges til golden. Drain and set aside.
                  6. Saute chopped garlic and ginger til fragrant then add in the onion. Fry for a minute to soften then add in the sauce mixture and cook for another minute.
                  7. Add pea and tomato wedges and cook for a further minute. Thicken with a little corn flour solution and check for seasonings.
                  8. Place chicken slices and fried potato chips in a shallow bowl
                  Notes


                  RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
                  All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

                  You Might Also Like These

                  Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...