Pages

Showing posts with label Talam. Show all posts
Showing posts with label Talam. Show all posts

Saturday, March 29, 2014

TALAM TOKYO



Lama tidak membuat Talam Tokyo ni...menariknya tentang talam ni satu namenya kedua ialah lain dari talam biasa yang kita gunakan pulut sebagai lapisan bawah tetapi untuk talam Tokyo kita gantikan pulut dengan sagu dan su'un...lagi mudahkan..tak payah nak kukus-kukus pulut.

Membuatnya juga ada dua cara..boleh dibuat lapisan kastadnya selapis atau pun dilapiskan dua dengan warna yang berbeza. Kesemuanya bergantung kepada citarasa masing-masing.

Untuk resipinya bolehlah klik pada blog saya yang terdahulu - Klik sini - http://patyskitchen.blogspot.com/2010/12/talam-tokyo.html


Sunday, January 12, 2014

KUIH BAKAR BERLAUK


Mencuba Kuih Bakar Berlauk resipi Chef Hanieliza..ha..ha..saya tidak punya acuan kuih bakar jadi saya guna acuan kek biasa aje. Sedap resipi ini..inysallah hendak cuba lagi dengan acuan kuih bakar. Sesuai buat sarapan dan sajian petang. Hidang bersama sos cili.


Kuih Bakar Berlauk



print
Ingredients:
400 gram daging kisar [dilerai]
500 gram ubi kentang [dipotong dadu kecil]
1 batang lobak merah [dipotong dadu kecil]
1 labu bawang besar [dipotong dadu kecil]
2 sudu makan serbuk kari daging
1 pokok daun sup [diracik]
3 biji cili merah [dihiis]
1 cawan air
2 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa

Bahan B
3 cawan tepung gandum
1 1/2  cawan susu cair
4 cawan air
5 biji telur A
Sedikit garam
1/2 sudu kecil pewarna kuning
2 sudu besar minyak

Cara Membuat
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga wangi.
2. Masukkan daging kisar dan kacau rata,
3. Masukkan rempah kari dan sedikit air. Kacau rata sehingga naik minyak
4. Masukkan kentang, lobak merah.dan garam. Masakkan sehingga empuk dan pekat.
5. Bancuhkan semua bahan B kecuali minyak masak. Tapiskan.
6. Panaskan sedikit minyak dalam acuan kemboja dan tuangkan adunan agak separuh acuan.
7. Masukkan inti yang dimasak dan taburkan daun sup dan cili merah.
8. Masukkan acuan ke dalam pemanggang ajaib yang telah diletakkan jaring besi dan tutup.
9. Masakkan selama 20 minit.
10. Potong kecil dan hidangkan.

Monday, January 06, 2014

TALAM GULA MERAH


Sekitar tahun 2010 -2011..ketika saya mula berjinak dengan dunia blogging tumpuan saya memang banyak pada kuih talam dan kuih lapis. Memang masa tu hasrat saya hendak fokus kepada kuih-kuih Melayu dan Nyonya hendak membuat koleksi peribadi. Banyak resipi talam dan lapis yang saya cuba secara trial and error. Hajat  untuk mengikuti kelas talam masih belum kesampaian lagi..insyallah satu hari nanti hendk juga masuk kelas talam dan lapis. Resipi ini saya ambik dari resipi koleksi Chef Hanieliza..mudah ingat..guna cawan.  Ini adalah salah satu favourite  saya.

Talam Gula Merah...

1 cawan gula merah ) masak dan sejukkan
1/2 cawan gula pasir )
5 cawan air biasa )
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil kapur

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Gaulkan adunan dan tapiskan.
3. Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit.
4. Bila dah masak, cakarkan sikit permikaan adunan dengan garfu.


Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara
1. Gaul dan tapiskan. Masakkan sedikit adunan ini sehingga naik wap saja..
2. Tuang atas adunan bawah yg telah dicakarkan sikit dan
3. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak

4. Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau pelastik dan hidangkan.




© PATYSKITCHEN. All images & content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write 

Monday, January 07, 2013

TALAM MARBLE



A "kuih talam" that no need to steam...just thicken the mixture under low heat....marble it up..chill and ready to serve. Simple simple and simply nice..

Kuih talam yang tak perlu dikukus....cuma kacau adunan atas api kecil sehingga pekat...bahagi kepada dua warna, marblekan..sejukkan..potong dan siap dihidang....


Wednesday, June 27, 2012

CHEWY SAGO LAYER TALAM / TALAM LAPIS SAGO


There are two types of kuih talam...the chewy and non chewy. The Chinese kuih talam is more chewy then the malay kuih talam. This talam is a chewy version using lots of tapioco flour. Recipe adapted from Y3K cookbook with a slight tweak. You can use your creativity in getting your favourite layers and colouring. Perfect for breakfast and team.

Kuih Talam ini adalah versi yang liat-liat sedikit. Banyak menggunakan tepi ubi dari tepung beras. Kepada yang suka kuih talam yang liat inilah dia resipinya. Saya ambil resipi dari buku mamsak Y3K.Untuk mendapatkan lapisan talamnya..anda tidak semestinya mengikut seperti diatas, anda boleh gunakan warna kegemaran anda..ya. Sedap kuih talam ini dan sesuai untuk sajian petang atau pun sekarang ni ramai yang berpuasa bolehlah cuba.

Next Post - Thai Beef Belly Salad / Kerabu Perut



Tuesday, June 19, 2012

TALAM NANGKA BERSAGU


Another variation of the evergreen kuih "talam", this time around I added 1 cup of chopped jackfruits and some sago. Combination of coconut milk and jackfruits made this kuih talam really tasty. Creamy and delicious. Great for "buka puasa" dessert.
Jumpa nangka...terus terasa nak makan kuih talam..buat sedikit. Saya buat 1/2 adunan dan kukus dalam acuan kecil..jadi taklah membazir nanti..anak-anak pula kureng benda-benda macam ni. Memang satu kombinasi hebat antara lemak santan dan nagka..memang sedap. Sesuai dijadikan sajian berbuka puasa.


Next Post - Oyster Sauce Squid

Tuesday, June 12, 2012

TALAM LAPIS KELADI / YAM LAYERED STEAMED KUIH




Another  variation of our evergreen kuih lapis with the addition of mashed yam. For "talam"lovers out there you are sure to love this...its...tasty and delicious. I adapted the recipe from Chef Hanieliza's cookbook. Give a GO and try this. Awesome !!!!!


Bahan A:
2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung jagung
1/2 cawan gula
2 cawan santan
1 s/k garam

Bahan B
1/4 cawan air
1 s/b pes keladi
pewarna purple

Bahan C
1/2 cawan keladi parut
1/2 cawan air

Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan bahan B dalam 1 bahagian.
4. Masukkan bahan C dalam 1 bahagian.
5. Panaskan kukusan dan lapikkan pelastik dalam loyang 8 x 8 inci yg akan digunakan.
6. Masukkan 1 cawan adunan bahan B dan kukus selama 5 minit.
7. Lapiskan 1 cawan adunan bahan C dan kukus semula selama 15 minit.
8. Lapiskan adunan bahan B dan adunan bahan C berselang seli sehingga adunan habis.
9. Sejukkan selama 4 - 5 jam dan potong untuk dihidangkan
Kepada yang sukakan kelainan pada resipi asal "kuih lapis" boleh lah cuba resipi ini yang saya ambil dari buku masakan Chef Hanieliza. Sedap, lemak dan sesuai sebagai sajian sarapan pagi dan minum petang.

Next Post - Nyonya Prawn Mee / Mee Udang Nyonya.

Monday, April 23, 2012

TALAM SUJI PANDAN




This local kuih is popular especially during function. The original recipe calls for palm sugar on the top layer, however I made just a slight tweak after seeing this in yatiememories blogspot. Well it taste better with the pandan cuatard. For recipe please Click Here

Talam Suji yang biasanya kita gunakan gula merah sebagai kastard atasnya...kali ini saya ubah selera dengan meletakkan kastard pandan, ilham datang dari yatiememories blogspot. untuk resipinya sila Klik sini

Next Post - My Red Velvet Cake

Wednesday, April 18, 2012

TALAM LAPIS KACANG HIJAU





I'm not putting recipe for this "kuih talam". It just the basic talam ingredients that I used wtih 1 cup of cooked mung beans. And for the top layer I used the basic kuih lapis recipes. I'm just experimenting the taste and the colour and truly this was good...just lik bubur-bubur kacang.


Yang ini saya tidak masukkan resipinya sebab resipinya sudah terlalu banyak dalam blog ini. Saya cuma olah resipi asal tetapi kali ini saya gunakan kacang hijau rebus dan lapisan atasnya saya gunakan resipi kuih lapis. Saje main-mainkan bahan hendak test rasa dan warnakan. Alhamdulillah resipi ini sedap rasa macam bubur kacang. Warnaya tidaklah semesti hijau pandai-pandailah adukkan warnaya.


Next Post - Dinner Rolls

Tuesday, April 10, 2012

TALAM CERIA






A combination of two recipes, one is the basic talam recipes and the other is the :kuih lapis' recipes. I made 4 colours for the kuih lapis recipes 3 I coloured it red,yellow and green. Steamed it separately allow to cool and cut into pieces. I left 1 cut and colour it pink for the top layer.

I used the basic "talam" recipe and add the colourful shredded "kuih lapis " steamed it for 20 mimutes and pour the pink layer, steamed for another 15 minutes. Allow to cool completely and there goes my "Talam Ceria". See once you understand the basic measurement of "kuih Talam" you can create anything.


Biasanya kalau tangan kitasudah buasa dengan adunan kuih talam, kita boleh mereka apa-apa jenis talam mengikut kreativiti kita. Talam ini adalah kombinasi antara kuih talam asas dan kuih lapis. Bancuhan kuih lapis saya bahagi kepada 4, merah, kuning, hijau dan kuning. saya kukuskan tiga warna secara berasingan kecuali warna pink. Sejukkan kemudian saya gunting kecil-kecil dan ketepikan. Saya buat pula bancuhan kuih talam dan campurkan adunan kuih lapis yang di guntin tu kemudian kukus selama 20 minit, selepas tu saya layerkan dengan bancuhan warna pink dan kukus selama 15 minit...maka jadilah talam ceria ini. Tak tahu hendak namakan apa saya namakan talam ceria...sesuai dengan warnya. Rasanya sedap lemak macam talam yang lain.

Next Post - Chuross

Saturday, March 31, 2012

TALAM PANDAN GULA MERAH



I've been M.I.A again ( Missing In Action), I guess almost a week...however this time is more towards my commitment I have a few outstation work that I have to handle and was back yesterday and saw this "talam pandan gula merah" stranded for almost a week. So let's finish up with recipe first before we move to my eldest daughter birthday party menu. 

This talam is a combination of "kuih kosui" for the bottom layer and "seri muka gula merah" for the top layer. One thing unique about the local kuih, once you understand the process and get the right ratio of liquid and dry ingredients then you can create anything....variations using all sorts of ingredients and it turned out fantastic.



Talam Pandan Gula Merah



Print Save Recipe

Ingredients:


The bottom layer
¾ sugar dan cook with 2 cup of water set aside and allowto cool / 3/4 cawan gula putih masak dengan 2 cawan air hingga mendidih...ketepikan

In another pot / dalam periok berasingan campurkan;
½ cup flour / 1/2 cawan tepung gandum
½ cup rice flour / 1/2 cawan tepung beras
1 cup pandan juice/ air daun pandan (kisar 4 helai daun pandan dengan 1 cawan air)
Pinch of salts / secubit garam
1 tsp alkaline water / 1 sudu teh air kapur
A few drop pandan paste /sedikit pes pandan

Combine all ingredients with sugar syrup Sieve and cook over low heat until steaming. Pour into tray and steam for 20 minutes. /Gaul semua bahan rata...tuangkan air gula tadi dan kacau rata....letakkan atas api perlahan dan kacau hingga bancuhan mula nak likat (jangan pekat sangat)...kukus dalam bekas kaca atau acuan kecil selama 20 minit

For The Top Layer
1 cup palm sugar / 1 cawan gula merah
1 cup water / 1 cawan air

Boil sugar and water till sugar dissolved. Leave to cool / masak gula merah dengan air sehingga sula hancur dan biarkan sejuk.

2 eggs / 2 biji telur
1 cup flour / 1 cawan tepung
2 tbsp mung bean flour / 2 tsdb tepung hong kue.

Mix the palm sugar syrup with all the ingredients, sieve and put on the stove at low heat until steaming, pour over the first layer and steam for 20 minutes / Campurkan bahan gula merah dengan bahan diatas tadi. Gaul rata tapis dan masak di atas api kecil sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan pertama tadi dan kukus selama 20 minit. Sejukkan sebelum dipotong.

Wednesday, March 21, 2012

I'M BACK WITH TALAM PERMATA DELIMA


Thank God I'm back...I thought my daughter Eyba's Rainbow cake would be my last blogging, I had a chronic gastristis and was warded for three days...my goodness it was a terrible pain. I learnt my lesson...it's important to take your meal on time and must be very careful in any medication you took. Lucky all that happened during the school holiday...alhamdulillah..i'm ok now and still resting.

This entry has been hanging for more then a week. Talam Permata Delima is our Malaysian favourite local "kuih", this is a new era "kuih talam"..the tradition one is simple and plain, I just made a little twist with the tradition version. This "kuih talam" is very interesting once you know the technique and the right measurement the sky is the limits for for any variations to it. For  this "kuih Talam I mixed the big and small pearl sago,  coloured the sago red and it looks like ruby stone in your "kuih talam". The texture is soft, creamy and definitely fantastic for tea.


Lapisan Atas / Top Layer


2-3 eggs / 2-3 biji telur
3 cups coocnut milk / 3 cawan santan
11/4 cup flour / 1 1/4cawan tepung
2 tbsp mung bean flour / 2 sdb tepung hong kue
3/4 cup sugar / 3/4 cawan gula
colouring / perwarna.

Combine all ingredients..cook over low heat for 10 minutes until steam surface and pour over the cooked bottom layer...steam for another 20 minutes / Satukan semua bahan tapis dan masak sehingga naik wap dan tuang ke atas bahagian atas dan kukus selama 20 minit dan sehingga masak.

Untuk mendapatkan permukaan yang cantik dan lincin biasanya saya buka tudung kukusan dan biarkan kuih tu dikukus selama 10 minit tanpa penutup...ini supaya tiada titisan air dan wap pada bahagian atas kuih kering dan cantik.
-------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah...akhirnya dapat saya berblogging kembali...fikirkan kek rainbow Eyba' tu adalah blogging saya yang terakhir tetapi syukurlah semua berjalan lancar. Saya dimasukkan ke wad kerana  chronic gastric  memang sakit betul sampai tangkap lulu hati...mulanya saya fikir saya sudah diserang sakit jantung...sampai tak bernafas dibuatnya...sakit yang teramat sangat.  Itulah ya pengajaran buat saya makan kena tepat pada waktu dan bila memakan ubat kena ikut syarat yang ditetapkan  perut jangan kosong kalau hendak makan ubat. Serius arahan doktor ini jangan dibuat main-main...rupa-rupanya itulah akibatnya kalau tidak mematuhi arahan permakanan ubat. Rasa hendak tercabut nyaw dibuatnya. Nasib baik semuanya terjadi semasa cuti sekolah.

Resipi Talam Delima ini dah terbengkalai lebih dari seminggu...yalah tuanya dah masuk hospital. Kuih Talam ini simple aje saya menggunakan resipi asas talam dan masukkan sago mata besar yang siap masak. Sago ini boleh didapti di TESCO...biasanyadijual dengan dua warna...hijau atau merah. Di atas saya huraikan tips-tips untuk mendapatkan kuih talam yang cantik dan lincin permukaanya. Biasanya saya menggunakan resipi asas ini sahaja dan pelbagaikan dengan bahan-bahan lain..insyalllah cantik jadi talamnya.

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...