Pages

Showing posts with label Vegetables. Show all posts
Showing posts with label Vegetables. Show all posts

Wednesday, October 11, 2017

TUMIS KACANG PANJANG UDANG TEMPE


Sayur Goreng mudah dan ringkas disediakan. Tempe dengan kacang panjang memang sinonim gabungannya dan cukup  menyelerakan. Kadang-kadang tumis sayur ini makan dengan nasi begitu aje sudah mencukupi



Tumis Kacang Panjang Tempe

Yield: - lebih kurang 5 orang makan
Sayur tumis ringkas dan mudah disediakan. Gabungan tempe goreng dan kacang panjang memang memikat selera
  • 200 gram kacang panjang
  • 100 gram tempe dihiris nipis dan goreng garam kunyit dahulu
  • 100 gram udang hidup dibuang kulit dan dibersihkan
  • 75 ml air
  • Minyak goreng secukupnya
  • 2 biji cili merah dihiris menyerong
  • 1 biji bawang besar dihiris nipis
  • Penyedap rasa secukupnya
  • Garam secukupnya
  • 1 sdm kecap manis


Cara Menyediakannya

  1. Cuci kacang panjang sampai bersih, potong kacang panjang dengan ukuran kurang lebih 2-3 cm.
  2. Tempe digoreng goreng garam kunyit dahulu
  3. Panaskan minyak tumis bawang besar bersama cili merah sehingga naik baunya
  4. Masukkan udang dan biar sehingga udang berubah warna
  5. Masukkan sedikit air garam dan perasa
  6. Masukkan kacang panjang dan biar seketika
  7. Akhir sekali masukkan tempe goreng dan kicap manis, balik-balikkan dan angkat 



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Saturday, September 23, 2017

ISLAND RICE / NASI PULAU


Bagi yang meminati sayur ini memang heaven, Nasi Putih dikelilingi dengan sayuran dan cara menghidangkannya menunjukkan nasi itu ibarat sebuah pulau. Pilihan sayur adalah bergantung kepada citarasa masing-masing. Sayur untuk menu ini digoreng ala2 Cina. Nasi sayur ini sedap dimakan bersama hirisan cili padi dan kicap.






Island Rice atau Nasi Sayur

Yield: - lebih kurang 5 orang makan
Island Rice ini merupakan nasi putih yang dikelilingi dengan sayur campur menyerupai kedudukan sebuah pulau. Menu ini popular di restoran China


15  kacang peas segar   
1 batang carrot di hiris bulat
100 g jagung muda
150 g udang hidup dibuang kulit
2 tahu jepun dipotong 3 dan digoreng dahulu
1 genggam cendawan tiram
3 ulas bawang putih dicincang halus
1 sdb tepung jagung dibancuh dengan 2 sdb air
2 sdb sos tiram
1 cawan air
2 sdb minyak masak
beberapa titik minyak bijan 
lada sulah garam dan perasa secukupnya


Cara menyediakannya


Celurkan semua sayuran tos dan susun atas pinggan ( jangan terlalu lama celur)
Panaskan minyak dan tumis udang sehingga berubah warnanya
Masukkan bawang putih dan biar seketika
Masukkan sos tiram dan 1 cawan air..
Biar agak mendidih masukkan perasalada sulah atau kube pati ayam
Biar seketika dan masukkan bancuhan tepung jagung
Titik minyak bijan dan bila kuah agak pekat sedikit angkat dan curah atas sayur yang dicelur tadi

Cara Menghidangnya


Sendukkn nasi panas dan curahkan sayur campur tadi disekeliling nasi


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Sunday, September 10, 2017

SAYUR CAMPUR SOTONG SEDAP


Sayur Campur mudah bak kata Chef Wan main campak-campak aje. Saya menggunakan kobis carrot dan jagung muda. Bahan utama ialah sotong hidup. Kemanisan sotong menaikkan rasa sayur ini. Paling best makan dengan nasi panas





Sayur Campur Sotong

Yield: - lebih kurang 5 orang makan
Sayur Campur Goreng cara mudah berperancahkan sotong



    1/4 kobis dihiris kasar
    3- 4 batang jagung muda
    1/2 batang karot
    1 biji cili merah
    5 ekor sotong
    4 ulas bawang merah
    2 ulas bawang putih
    Sedikit sos tiram
    Serbuk perasa
    Garam


Cara cara:


Tumis bawang yang dihiris sehingga wangi. 
Masukkan sotong dan goreng seketika sebelum dimasukkan bawang putih  
Kemudian masukkan karot dan putik jagung. Kacau rata dan akhir sekali masukkan kobis. 
Masukkan sedikit sos tiram, garam dan serbuk perasa secukup rasa.
Masukkan pula cili merah dan bolehlah tutup api.
Sedia dihidang…cara mudah…


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-


Thursday, September 07, 2017

BUNCIS TUMIS UDANG /STIR FRIED BEANS WITH PRAWN


Paling paling senang menyediakannya. Buncis dicelur terlebih dahulu. Bawang putih dan udang ditumis kemudian dicurahkan keatas buncis celur tadi. Saya suka cara ini bagi memastikan buncis kekal ranggup


Buncis Tumis Udang

Yield: 1 serving
Buncis Goreng mudah bersama udang dan bawang putih

bahan-bahannya


  • 250  gram udang segar dengan ukuran sedang
  • 250 gram buncis (pilih buncis yang masih muda agar rasanya enak, saya sering juga mengolah baby buncis bersihkan dan diceur sekejap
  • 5 ula bawang potih dicincang halus
  • Garam gula  dan perasa secukupnya
Cara membuat :

  1. Cuci lalu potong buncis sesuai selera. Jika menggunakan buncis biasa biasanya dipotong serong, jika menggunakan baby buncis irisannya memanjang celur seketika toskan airnya dan letak diatas pinggan ketepikan dahulu
  2. Cuci bersih udang, buang serat dalam perutnya dan buang cangkakngnya. 
  3. Panaskan minyak dan masukkan udang biar sehingga berubah warnanya
  4. Masukkan bawang putih cincang tadi
  5. Masukkan sedikit air dan perasakan dengan garam dan perasa
  6. Angkat dan tuangkan keatas buncis celur tadi

 

RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.

SAYUR RAMPAI JAWA


Masakkan orang Jawa lagi, sayur ini ibarat saya campur banyak bahannya tahu tempe suun fucuk kacang panjang pedal dan apa sahaja yang kita inginkan Untuk resipi ini saya gantikan pedal dan udang dan saya juga skip santan bagi saya bahan yang sedia ada udah memadai. Sayur ini sedap makan bersama nasi terutamanya kalau kita buat nasi ambeng dan juga sesuai makan bersama lontong kering


Sayur Rampai Jawa

Sayur rampai ini terkenal dikalangan masyarakat Jawa Malaysia,, rampaian sayuran bersama tahu tempe dan suun. Biasanya makan bersama nasi ataupun lontng
Bahan2 utk diblend/tumbuk :


  • 3-4 biji bawang merah
  • 2 - 3 biji bawang putih
  • 2 batang erai
  • 2 ' Halia 
  • 2" Lengkuas 
Bahan2 :


  • 2 - 3 biji Ubi Kentang dipotong mengikut citarasa msg2 & goreng
  • 2 keping Tauhu  dipotong mengikut citarasa msg2 & goreng
  • 2 - 3 peket Tempe dipotong mengikut citarasa msg2 & goreng
  • 100 g Pedal Ayam - optional - saya potong kecil perap ngan garam kunyit & goreng
  • 5 tangkai Kacang Panjang  dipotong serong
  • 3 sdb Cili boh segera/Cili kisar homemade 
  • 2 biji Cili Merah dipotong serong
  • Suhun & Fucuk - potong mengikut citarasa & rendam dlm air sampai lembut
  • Cili kering - optional - saya guna cili kering pedas dipotong serong & basuh
  • Kicap pekat / Kicap lemak manis - saya guna kicap lemak manis *sukatan kena agak2 yer samada nk gelapkn/cerahkn
  • Maggi Secukup Rasa - optional - saya guna 1sudu kecil
  • Santan Pekat dlm 2-3sudu besar
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Minyak utk tumisan
Cara menyediakannya:


  1. Panaskn minyak, goreng cili kering sekejap lps tu masukkn bahan2 yg ditumbuk/blend...
  2. tumis sampai naik bau, kemudia masukkn cili kisar...kacau agak2 sampai naik minyak baru masukkn kicap, santan , maggi secukup rasa , garam & gula ..
  3. kacau lg dlm 2-3minit masukkn kacang panjang, tempe & ubi kentang ..
  4. kacau rata biar sebati baru masukkn suhun & fucuk yg sudah lembut ..
  5. kacau lg sampai sebati semua & rasa dahulu last masukkn tauhu & cili merah .. Kacau sebati ..
  6. *terpulang pd msg2 nk nampak basah atau kering .. kalu kering kena kacau lama sikit yer .. api perlahan


RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.

Sunday, September 03, 2017

BLACK PEPPER CHICKEN WITH BROCCOLI


Masakkan mudah dan ringkas. Lauk ini makan begitu aje dengan nasi. Cukup sedap dan tak perlukan lauk lain. Biasanya kalau makan di food court lauk ini akan dicurahkan atas nasi menjadikannya one dish meal.

Black Pepper Chicken Broccoli
  • 2 keping dada ayam-potong kecil
  • 1 sdb lada hitam ditumbuk halus
  • 1 tsp serbuk lada sulah
  • 1/2 tsp seasoning salt

Gaul semua bahan dgn ayam dan perap sekejap.

Bahan sos:
  • 1/2 cawan sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 kiub pati ayam 
  • 1 sdb tepung jagung dibancuh bersama 1/2 cawan air
                 Sampingan:
  • 1 head broccoli-potong & kukus atau rebus dulu ketepikan
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus 
Cara Menyediakannya

  1. Panaskan minyak kemudian goreng ayam, bila dah masak ketepikan. 
  2. Guna minyak yg sama tumis bawang putih. 
  3. Masukkan ayam dan sos kacau rata masak sekejap. kemudian masukkan air tepung jagung tunggu pekat sedikit dan angkat.
  4. Letakan broccoli yang dicelur tadi ke dalam pinggan dan curahkan ayam tadi



Notes


RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. 

Thank  You.




You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...