Pages

Tuesday, November 29, 2016

NAGASARI NANGKA HUNKWE



Ramai yang meminati kue ini, paling digemari ialah nagasari pisang. Kebetulan saya ada banyak nangka di rumah jadi saya gantikan pisang dengan nangka. Kue ini sedap menggunakan tepung beras dan tidak kurang sedap juga meggunakan tepung hunke tapi kali ini saya gunakan tepung hunkwe.

Boleh dikatakan kue ini menepati selera kita yang sukakan lemak-lemak manis






Nagasari Hunke Nangka


  • 120 gr tepung hunkwe
  • 240 gr gula pasir
  • 700 ml santan dari 1 butir kelapa
  • 140 ml air pandan/suji (jika inginkan perisa pandan jika suka putih biarkan kosong)
  • 1/2 sdt garam
  • 1 cawan nangka yang dipotong dadu
  • daun pisang yang sudah di kayur


cara membuat :

  1. siapkan  daun pisang yang telah di bersihkan. bentuk cone atau kerucut lalu plaster sambungannya.letakkan dalam posisi berdiri di dalam gelas.
  2. larutkan tepung hunkwe dengan santan dan air pandan. saring .tambahkan gula pasir dan garam
  3. masak sambil di kacau masukkan isi nangka terus kacau sehingga cepat sampai licin dan meletup letup angkat
  4. tuang dalam kerucut atau baut macam membuat lepat pisang. 


      Notes


      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      Thursday, November 24, 2016

      CUCUR JAWA



      Terlebih dahulu maaf jangan tanya asal usul kuih ini, saya memang tak tahu,, saya cuma minat makan dan membuatnya, saya dah lama ingin mencubanya tetapi selalu was2 dengsn cara menggorengnya sehinggalah saya bertemu dengan caranya di youtube ha...ha macam buat telur dadar dan minyaknya tidak perlu banyak dan tidak pula sedikit2, makanya sedang2 dan cukup untuk meneggelam kuih

      Sedap, lembut macam pancake dan aroma gula merah memang hebat



      Cucur Jawa

      • 2 cawan tepung gandum
      • 2 cawan tepung beras
      • 1 cawan gula pasir
      • 1 cawan gula merah
      • sedikit garam
      • air (lbh krg 2 cawan)


      Cara-cara

      1. Larut gula merah bersama
        2 cawan air dan tapis
      2. Kacau adunan hingga sebati hingga habis 2 cawan air(jika pekat tambah sedikit air).
      3. Biarkan adunan selama sejam
      4. Panaskan kuali dengan api yang kecil dan 3 senduk kecil untuk gorengan yang pertama dan  tambah minyak sekiranya minyak berkurangan
      5. Masukkan satu senduk adunan dan dalam kuali dan tunggu hingga muntah dan balikkan dan angkat. Hidangkan.
      Cara Menggoreng cucur Jawa


          Notes


          RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
          All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

          CHEESY MINI TARTS


          Cheesy Tarts ini adalah resipi tart buncit dari Azita Zain yang ramai dah cuba nama glamurnya ada tart buncit...kerana kandungan inti cheesenya membumbung tinggi. Memang trending sekarang ni semua inginkan yang buncit dan lebih hebat dihiasi macam2 tapi suka yang simple dengan parutan cheese di atasnya


          Cheesy Tarts
          • 170g majerin
          • 50g gula aising
          • 1 biji telur 
          • 290g tepung gandum
          • 1 sk esen vanilla


          Cara2:

          1. Pukul majerin dan gula menggunakan senduk kayu
          2. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul.
          3. Masukkan tepung dan uli hingga jadi doh.
          4. Cetak menggunakan acuan tart shell mengikut saiz kesukaan. Cucuk dengan garpu di permukaannya
          5. Bakar dengan suhu 170C-180C selama 25 minit.
          6. Keluarkan dari acuan dan sejukkan.

            
          CHEESE FILLING


          • 250g cream cheese
          • 25g mentega
          • 50g gula aising
          • 3 sudu makan telur - kocak2 dulu baru ambil
          • 1/2 sk esen vanilla


          Cara2:

          1. Gunakan cream cheese sejurus dikeluarkan dari peti sejuk.
          2. Pukul cream cheese, mentega dan gula sehingga kembang.
          3. Masuk telur dan esen. Pukul sebati.
          4. Masukkan ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam shell

           Notes


          RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
          All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

          Tuesday, November 22, 2016

          CHURRO BITES


          Churros Bites ini sama macam churros biasa cuma saya tidak menggunakan telur dan memasukkan 1/2 cawan. Cara membuatnya sama dengan churros cuma sizenya dikecilkan menepati dengan namanya bites 

          Churros Bites
          • 1 cawan tepung gandum
          • 1/2 cawan susu segar/cair
          • 1/2 cawan air
          • 3 sdb butter
          • 1 sudu besar gula halus
          • 1 sudu teh esen vanilla
           Untuk salutan
          •  sedikit gula halus
          • 1 sudu teh serbuk cinimon ( kayu manis )

            
          1. Mula-mula kita satukan air, gula halus, garam dan butter dalam periuk dan masak hingga ia mendidih.
          2. Bila air dah didih, tutup api dan terus masukkan bahan tepung sedikit-sedikit sambil sebelah tangan lagi terus mengacau supaya tepung tidak bergentel-gentel.
          3.  Sementara itu bolehlah panaskan minyak 
          4. Sediakan nozel bintang macam dalam gambar
          5. Letakkan dalam piping bag.
          6. Sementara itu tunggu hingga minyak panas. Minyak jangan terlalu panas ya, nanti churros tu bentuknya tak cantik, ada letup-letup. Minyak sederhana sahaja macam kita nak goreng donut. tapi jangan pula api perlahan sangat nanti ia serap minyak pulak dah tak sedap!
          7. Paipkan doh tadi dalam kuali, dan guntingk.
          8. Masak dan goreng sambil di balik-balikkan supaya masak keseluruhannya hingga kuning keemasan.
          9. Angkat setelah masak dan letakkan dalam bekas yang berlapik kertas tisu, supaya serap minyaknya 
          10. Sediakan gula yang di gaulkan bersama serbuk cinimon ( kayu manis )
          11. Gaulkan churros dalam gula tadi semasa ia masih hangat
          Notes


          RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
          All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

          APAM MANJA


          Jangan tanya saya manjanya di mana ?, honestly saya tidak tahu, inilah first time saya makan dan first time saya cuba membuatnya....ha..ha out of curiosity bila nenguk kawan tayang di FB nya makanya aku jadi panasaran lalu ku google dan mencubanya

          Rautnya macam apam balik tapi tidak ia sebenarnya boleh dianggap macam pancake berinti....so boleh imagine kan ? rasanya macam mana. Intinya pula don't limit yourself boleh guna apa aje, inti kelapa,, jem, peanut butter dan apa-apa je yang kita suka.

          Over all boleh saya katakan sedap dan sesuai buat breakfast atau minum petang.






          Apam Manja
          • 1 cawan tepung naik sendiri (guna tepung gandum + 1 sk baking powder)
          • 1 bj telur
          • 1/4 cawan gula
          • 1/2 cawan susu segar/ susu cair
          • 1/2 cawan air
          • 1 sudu besar marjerin cair
          • Secubit garam

          Cara:
          1. pukul telur dan gula hingga kembang.
          2. kemudian satukan dgn semua bahan lain dan kacau hingga sebati. (Saya satukan semua bahan dlm pengisar dan kisar 10 minit).
          3. Kemudian, buat bulatan kira kira 4 inci lebar di atas kuali leper, apabila kering, lekatkan inti di bahagian tengah dan lipat, picit dan angkat


          BAHAN UNTUK INTI:

          • 1/2 cawan tpg gandum
          • 1 sudu besar jagung
          • 1/2 cawan gula
          • 1 1/2 cawan air
          • 1/2 tin jagung berkrim
          • Sedikit esen vanilla

          cara:

          1. satukan semua bahan tapis
          2. dan masak sehingga likat dan berkilat.( untuk filling boleh juga gunakan vanilla cream @ cream custard, kaya atau inti kelapa)
            Notes


            RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
            All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.



            You Might Also Like These

            Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...