Pages

Tuesday, January 14, 2014

BUAH MELAKA ATAU ONDE-ONDE


Kuih Melayu mahu Kuih Nyonya yang tidak perlu perkenalanya. Ramai yang ketahui kuih ini dan ramai yang menyukainya. Berintikan gula Melaka..memang sajian yang sesuai buat minum pagi mahupun sajian petang. Untuk memastikan buah melaka ini tidak terlalu liat elok ditambahkan sedikit tepung gandu,. Air daun pandan yang digunakan bagi mewarnakan buah Melaka ini juga cukup sesuai untuk menaikkan aroma kuih ini.

Buah Melaka/Onde-Onde





1 cawan tepung pulut
1/4 cawan tepung gandum
1/3 cawan air daun pandan (daun pandan dikisar halus dengan air)
1/3 cawan air dengan 2 titik pewarna hijau
1/2 cawan kelapa parut digaul dengan 1/2 sudu teh garam
1/2 keping gula melaka/kabung (dipotong kecil-kecil)

Caranya
Gaulkan tepung pulut, tepung gandum, air daun pandan dan air warna sehingga mesra sebati dan tak melekat dijari.
Sediakan periuk berisi air, untuk proses masak buah melaka.
Sementara menunggu air mula mendidih, canaikan adunan sebesar duit 20 sen dan masukkan gula melaka yang dipotong kecil, siapkan dalam 4-5 biji.
Air dah pun mendidih dan masukkan buah melaka, kalau dah masak ia akan timbul.
Setelah itu angkat dan toskan.
Pindahkan kedalam dulang berisi kelapa parut untuk dioleskan.


BREADED DORY..FILLET


Ikan dory sekarang mudah didapati di mana-mana pasaraya...paling sedap ikan ini dibuat fish and chips atau di goreng secara bersalut dengan serbuk roti. Sedap dihidangkan bersama kentang rebus atau potato chips, salad dan hirisan lemon. Sesuai untuk makan tengah hari atau makan malam.


Breaded Dory Fillet




2 dory fillets
4 tbsp plain flour
1 tsp paprika
salt and pepper
1 cup fresh bread crumbs (these are easy to make by putting bits of white bread into a food processor)
1 egg, beaten
1 tbsp vegetable oil
10g butter

Method:
  1. Mix the paprika into the flour, then season with salt and pepper.  Put onto a plate (this needs a lot of plates…).  Pour the beaten egg onto a second plate.  Spread the breadcrumbs out on a third plate.  Then dust the fish fillets quite generously with the flour.  When that is done, dip them into the beaten egg and finally coat them in the breadcrumbs.
  2. When they are both breaded, heat up a frying pan to medium heat.  When the frying pan is hot, add the oil and the butter and when the butter has melted, add the fish.  Cook for 4 minutes on each side, then serve
  3. Serve with boiled potatoes, salad and fresh lemon.
  4. Serve with tartar sauce or chili sauce

Monday, January 13, 2014

SAMBAL KERING BILIS DAN KACANG


Sambal ini sedap makan dengan apa jua..saya selalu membuatnya untuk anak-anak bawa ke asrama..sebagai penambah selera. Untuk mendapatkan sambal kacang yang ranggup dan tahan lama..pastikan kacang digoreng garng dan betul begitu juga dengan ikan bilis..goreng sehingga gareng dan sejukkan. Untuk sambalnya pula pastikan aambal ditumis gareng dan bila diangkat sambal nampak bertali..(caramelised)..baru dimasukkan kacang dan bilis tadi..insyallah sambal akan jadi ranggup dan tahan lama.

Sambal Kering Bilis Kacang





Ingredients:
100 g ikan bilis goreng dan sejukkan
200 g kacang tanah goreng dan sejukkan
sedikit air asam jawa
3 sdb gula
garam secukup rasa
Minyak menumis 1/2 cawan

Bahan Giling
30 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah

Blend semua bahan sehingga halus

Instructions
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend
  2. Masukkan gula,garam dan air asam biar sehingga agak gareng dan kering bersakar sedikit.
  3. Padamkan api dan biarkan sejuk seketika
  4. Masukkan kacang goreng dan bilis goreng..gaul rata dan pastikan sambal menyaluti kacang dan bilis sepenuhnya

NASI UDUK BETAWI



Nasi Uduk Betawi ini lebih kurang sama dengan nasi lemak kita...dimasak dengan santan dan disajikan dengan telur dadar, sambal kacang, keropok, timun, ayam goreng, sambal bilis kacang, bergedil sambal tempe. Istimewa juga nasi uduk ini ditaburkan dengan bawang goreng. Nasinya memang wangi kerana selain dari daun pandan..nasi dimasak dengan serai dan lengkuas yang ditik, halia, kulit kayu manis, cengkih dan daun salam. Memang semerbak dan harum baunya.

Nasi Uduk Betawi





Ingredients:
2 cup rice (use the cup that comes with the rice cooker)
1 cup thick coconut milk (regular US cup)
1 1/2 cup water (regular US cup)
2 lemongrass (Indonesian: sereh), bruised and knotted
2 pandan leaves, washed and knotted
4 bay leaves (Indonesian: daun salam)
2 thin slices of ginger (Indonesian: jahe)
2 thin slices of galangal (Indonesian: lengkuas)
1 cinnamon stick
3 gloves
⅛ teaspoon salt

Instructions
  1. Place all ingredients in a rice cooker pot and cook until ready.
  2. Let rest for 10 minutes before opening the lid.
  3. Remove the lemongrass, pandan, bay leaves, ginger, and galangal. Stir with the rice cooker paddle.
  4. It is traditional to shape the rice with a cone mold (I just use a banana leaf and make it into a cone), but you can also just use a rice bowl to shape.
  5. Serve with ayam ungkep (Javanese fried rice), tempeh goreng lengkuas (fried tempeh in galangal sauce), and telur dadar gulung (rolled fried egg).


Sunday, January 12, 2014

KUIH BAKAR BERLAUK


Mencuba Kuih Bakar Berlauk resipi Chef Hanieliza..ha..ha..saya tidak punya acuan kuih bakar jadi saya guna acuan kek biasa aje. Sedap resipi ini..inysallah hendak cuba lagi dengan acuan kuih bakar. Sesuai buat sarapan dan sajian petang. Hidang bersama sos cili.


Kuih Bakar Berlauk



print
Ingredients:
400 gram daging kisar [dilerai]
500 gram ubi kentang [dipotong dadu kecil]
1 batang lobak merah [dipotong dadu kecil]
1 labu bawang besar [dipotong dadu kecil]
2 sudu makan serbuk kari daging
1 pokok daun sup [diracik]
3 biji cili merah [dihiis]
1 cawan air
2 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa

Bahan B
3 cawan tepung gandum
1 1/2  cawan susu cair
4 cawan air
5 biji telur A
Sedikit garam
1/2 sudu kecil pewarna kuning
2 sudu besar minyak

Cara Membuat
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga wangi.
2. Masukkan daging kisar dan kacau rata,
3. Masukkan rempah kari dan sedikit air. Kacau rata sehingga naik minyak
4. Masukkan kentang, lobak merah.dan garam. Masakkan sehingga empuk dan pekat.
5. Bancuhkan semua bahan B kecuali minyak masak. Tapiskan.
6. Panaskan sedikit minyak dalam acuan kemboja dan tuangkan adunan agak separuh acuan.
7. Masukkan inti yang dimasak dan taburkan daun sup dan cili merah.
8. Masukkan acuan ke dalam pemanggang ajaib yang telah diletakkan jaring besi dan tutup.
9. Masakkan selama 20 minit.
10. Potong kecil dan hidangkan.

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...