Pages

Tuesday, June 19, 2012

TALAM NANGKA BERSAGU


Another variation of the evergreen kuih "talam", this time around I added 1 cup of chopped jackfruits and some sago. Combination of coconut milk and jackfruits made this kuih talam really tasty. Creamy and delicious. Great for "buka puasa" dessert.
Jumpa nangka...terus terasa nak makan kuih talam..buat sedikit. Saya buat 1/2 adunan dan kukus dalam acuan kecil..jadi taklah membazir nanti..anak-anak pula kureng benda-benda macam ni. Memang satu kombinasi hebat antara lemak santan dan nagka..memang sedap. Sesuai dijadikan sajian berbuka puasa.


Next Post - Oyster Sauce Squid

Monday, June 18, 2012

BREADED CHICKEN WITH SWIRL PASTA CABONARA


A best one dish meal to celebrate someone special...easy, and fulfilling. A combination of three recipes into 1 dish. Breaded Chicken + Swirl Past With Cabonara + Vegetables Salad. You can choose to make your own white sauce and get the ready man one from the shelves. I used ready made Prego white sauce and add some vegetables. Fantastic....with some wedges of lemon



Gabungan tiga resipi dalam satu. Ayam Goreng Serbuk Roti + Swirl Pasta Cabonara + Salad Segar, menajdikan one dish meal yang cukup enak dan mengenyangkan. Anda punya pilihan untuk membuat White Sauce Sendiri atau beli yang siap aje. Kali ini disebabkan kesuntukan masa saya gunakan prego white sauce aje..celurkan sedikit sayuran hem...memang best. Sesuailah bagi yang suka makanan sebegini untuk meraikan sesorang yang istimewa.


Next Post = Talam Nangka Bersago

Sunday, June 17, 2012

PANDAN SPONGE CAKE



I found the recipe in Saji foodie magazine...it's simple and never fail me in getting great result. Ever since then I made a few variations, chocolate, orange, strawberry and this with pandan paste. The texture of cake is soft and fluffy. It's great for any birthday cake.
Resipi yang saya ambil dari majalah Saji sudah menjadi resipi favourite saya, mudah dan ringkas dan tak perlulu bimbang jika ianya akan menjadi atau tidak. Kita boleh mempelbagaikan dengan memasukkan perisa yang kita gemari. Untuk Hari Bapa kali ini saya masukkan perisa...pandan...lembut, gebu dan sedap.

Next Post - Chicken Breadcrumbs With Pasta

FATHER'S DAY SPECIAL - ABAH THANK YOU

Make Father's Day extra special for your Dad, since no words are enough to describe how much your dad means to you. HAPPY FATHER'S DAY to all the GREAT DAD out there, from patyskitchen.blogspot,com. This is from me Pandan Layer Cake and Pasta With Breadcrumbs Chicken. have a nice weekend



These are the dishes that you can prepare for this special someone on this special day. Simple and great for small family gathering. I lost my dad when I was just 13 but the thought of him is always on my mind. and I always remind my children to wish their dad on this special day. So capture this special moment to celebrate someone that meant so much in your life.

To My Late Father in Loving Memory :-

How can I ever tell you what how much you mean to me?
When you are around the grass always seems to be green.
You lighten up my day with your smile that is so bright,
Thanks to you we might not even require the stars at night.
Cause the stars are right there into your eyes,
With a heart just as amazing, Abah you are so perfect.
Thank You and AlFatihah to you , my prayers to you and may you happy there.


Walaupun ramai yang mempertikaikan perayaan ini, bagi saya mudah, selagi ianya tidak menggugat akikah kita tiada salahnya meraikan HARI AYAH, tiada salahnya memperuntukan satu hari dalam 365  hari untuk meraikan orang yang bermakna didalam hidup kita. Rasanya anak-anak diseluruh dunia memperingati hari ini dengan meraikan ayah mereka dengan ucapan, hadiah dan makanan. Dan untuk kali ini saya menyediakan dua sajian yang cukup simple, Kek Pandan dan Breadcrumbs Chicken With Pasta. Mudah dan ringkas. Untuk resipinya sila lihat next entry. Untuk Papa, Daddy, Walid, Ayah, Abah dan apa pun panggilan untuk anda dari patyskitchen.blogspot. com. SELAMAT HARI BAPA dan selamat berhujung Minggu.


Saturday, June 16, 2012

BLUEBERRY DOUGHNUT / DONUT BLUEBERRY


Look at the doughnut....tempting ha...it's soft and fluffy. I love this.!!!! This is actually a Mayo Doughnut recipe that I renamed it to Blueberry Doughnut since I serve the doughnut with blueberry jam. Well it's superb..the combination of the doughnut and blueberry made these a perfect tea time menu. - AWESOME

Blueberry Donut (Adapted from Ros Jintan Manis)

330 gram tepung gandum
1 1\2 sudu besar mayonis ( ros guna mayonis jenama kimball)
1 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
140ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2  sudu kecil)
sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mayo ni nanti dan sedikit blueberry jam untuk dihidangkan sekali.

Kaedah 1~ Penggunaan Bread Maker (BM)
Masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

Kaedah 2 ~ Jika uli tangan
Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan bersama blueberry jam.
Resipi ini sebenarnya resipi donut mayo yang ramai dah cuba...saya aje baru nak cuba..agak ketinggal sedikit. Resipi dari Nor Jintan Manis. Gebu betul donut ini dan yang bestnya kombinasi blueberry jam ini memang kena dengan donut ini. Mudah membuatnya dan sesuai untuk dijadikan sajian minum petang.

Next Post - Father's Day Special

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...