Pages

Monday, November 20, 2017

PUDDING ROTI LAPIS KASTAD


Pudding Roti yang diolah menjadikannya lebih menarik dengan melapiskannya dengan agar-agar pudding dan dimakan bersama kastad sos. T.erdapat banyak variasinya ada perisa pisang, pandan, kacang merah, keladi jagung dan apa-apa sahaja yang sesuai dengan selera. Oleh kerana saya peminat tegar kopi makanya untuk pudding roti ini saya masukkan sedikit coffee emulco.

Resipi asal dari wall citarasawan. Dessert ini cukup sesuai dijadikan pencuci mulut



Pudding Roti Lapis Kastad

Yield: - lebih kurang 1 loyang  8"
Pudding Roti dilapisi Pudding Perisa Kopi dan dihidang bersama Sos Kastad
  • 8 keping roti
  • 400 ml susu segar / susu sejat
  • 50 gm gula pasir
  • 2 sudu besar mentega cair
  • 3 biji telor B
  • 1/4 sudu teh garam
  • Loyang 8 in Loose Base, Alas dasar dengan baking paper dan oles keliling dengan mentega.
  • Loyang 10 in di isi air panas

Penyediaan 
  • Carik-carikkan roti, masukkan ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  • Satukan susu, gula, telur dan garam ke dalam pengisar. Kisar sebati.
  • Tuang ke dalam mangkuk berisi roti bersama mentega cair 
  • Gaul rata dan biarkan sehingga roti menyerap adunan susu.
  • Tuang ke dalam loyang, tekan dan ratakan adunan roti.
  • Bungkus dasar loyang dengan aluminium foil atau letakkan 4 acuan kecil sebagai tapak, letakkan loyang di atasnya supaya air tidak masuk ke dalam loyang.
  • Panaskan oven pada suhu 170C dan bakar api atas bawah selama 35 - 40 minit atau hingga masak.
  • Keluarkan dari oven, tekan permukaan roti biar mampat dan sejukkan dahulu.
  • Longgarkan keliling tepinya dengan spatula atau pisau supaya senang mengeluarkannya nanti dari loyang.
  • Sementara itu sediakan lapisan puding kastard.

Lapisan Atas Puding Kastard
  • 7 gm agar-agar serbuk
  • 500 ml air
  • 120 gm gula
  • 200 ml susu cair
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu teh coffee emulco
  • secubit garam

Cara-cara :
  1. Satukan air dan serbuk agar2 ke dalam periuk dan masak hingga serbuk agar2 larut.
  2. Masukkan gula , susu cair dan tepung kastard yang dilarutkan dengan sedikit air, coffee emulco dan garam.
  3. Masak hingga adunan mendidih dengan api sederhana. Sentiasa kacau supaya tidak berketul.
  4. Tuang ke atas permukaan puding roti
  5. Sejukkan selama 2-3 jam sebelum di keluarkan dari loyang.

Sos Kastard
  • 400 ml susu cair / susu sejat
  • 100 ml air
  • 50 gm gula pasir
  • secubit garam
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • pewarna kuning jika suka

  1. Satukan semua bahan, whisk dan tapis ke dalam periuk.
  2. Masak dengan api sederhana, sentiasa di kacau dengan whisk sehingga sos hampir pekat.
  3. Tutup api dan tuang ke dalam bekas.
  4. Tutup dengan plastik wrap supaya permukaanya tidak kering dan biarkan sejuk.
  5. Puding bertambah enak di makan bersama sos.
  6. Puding Roti Pisang Berkrim / Creamy Banana Bread Pudding




RECIPE SOURCE: Citarasawan
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

1 comment:

Susan said...

I haven't any word to welcome this post.....Really i am inspired from this post....the individual who make this post it was an awesome human..thanks for imparted this to us. The 192.168.l.254 are used by router brands such as Westell ADSL Modems, 3Com routers, Linksys switches, 2Wire routers, TP-Link routers Alcatel ADSL Modems, Thompson ADSL routers, ADSL billions routers, SRW2023 and others.

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...