Pages

Tuesday, October 24, 2017

LOMPANG PANDAN LIUT


Bila keinginan kepada benda-benda manis datang mendadak makanya inilah yang saya buat kerana ianya cukup mudah disediakan cepat dan murah...ha...ha. Saya suka versi liat-liat-liut dan untuk itu dimasukkan sedikit tepung jagung dan air kapur. 




Lompang Pandan

Yield: - lebih kurang 15 acuan lompang
Kur Melayu yang mudah dan cukup bajet disediakan, cuma tepung beras gula dan air sahaja dan hendakkan liut masukkan sedikit tepung jagung dan air kapur
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh air kapur
  • 2 cawan air
  • 5 helai daun pandan
  • Pewarna hijau
  • Kelapa parut putih
  • Sedikit garam


CARA MEMBUATNYA

  1. Kisar daun pandan bersama 2 cawan air.Tapis
  2. Satukan tepung beras,gula pasir,tepung jagung dan air kapur.Tuang air pandan tadi.Kacau sebati sehingga gula larut dan tapis 
  3. Titiskan pewarna hijau 
  4. Acuan disapu dengan minyak masak dan kukus sekejap lebih kurang 5 minit 
  5. Tuang adunan ke dalam acuan sehingga hampir penuh 
  6. Kukus selama 15-20 minit sehingga lesung pipit terbentuk 
  7. Sejukkan kuih sebelum keluarkan dari acuan
  8. Kelapa parut digaul bersama garam dan kukus sekejap supaya tahan lama
  9. Hidang kuih lompang bersama kelapa parut
  10. Selamat mencuba.Terima kasih




RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

1 comment:

Susan said...

I am definitely enjoying your website. You definitely have some great insight and great stories. View and Download pictures, videos, stories, igtv with the help of instagram web viewer and downloader – Instagram viewer.

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...