Pages

Monday, February 15, 2016

ONDE-ONDE CUPCAKES



Cupcake yang diinspirasikan dari kuih Melayu Onde-Onde, perisa pandan dan berintikan kelapa gula melaka. Saya menggunakan resipi Pandan Gula Melaka, cuma yang ini saya masukkan inti kelapa.

Untuk toppingnya saya guna swiss meringue buttercream yag dimasukkan sedikit air gula melaka, Untuk menjadikannya persis onde-onde maka elok ditaburkan sedikit kelapa kering



Onde-Onde Cupcake
  • 200 gm tepung kek
  • 1/2 sudu teh baking powder 
  • 125 gm unsalted butter 
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 200 gm gula halus atau gula caster ~ kurangkan 160 sahaja
  • 2 biji telur saiz A ~ suhu bilik
  • 75 gm santan KARA + 25 gm air
  • 2 sudu besar jus pandan ~ 5 helai daun pandan kisar dengan sedikit air ambil jusnya
  • sedikit pewarna hijau

Cara Menyediakannya

  1. Panaskan ketuhar 15 minit sebelum di masukkan kek pada suhu 180C
  2. Sediakan muffin pan atau cup cake secukupnya
  3. Satukan tepung dan baking powder kemudian ayak ~ ketepikan
  4. Satukan santan, air, jus pandan dan pewarna hijau dan gaul rata ~ ketepikan
  5. Dalam bekas pemutar, satukan butter, esen vanilla dan garam dan pukul sebentar
  6. Masukkan gula halus dan putar 3 minit hingga lembut
  7. Masukkan telur sebijik demi sebijik dan putar rata
  8. Masukkan tepung berselang seli dengan campuran santan ( mulakan dengan tepung dan di akhiri dengan tepung ) putar atau kaup balik hingga adunan sebati
  9. Tuang dalam cawan kek separuh dan letakkan inti kelapa, masukkan lagi separuh dan patikan 3/4 cawan penuh sahaja dan bakar selama 25 minit
  10. Setelah masak, sejukkan atas redai
Pandan gula melaka filling :

  • 200g gula melaka, potong kecil
  • 150 ml air
  • 1/2 cawan kelapa parut
  • 1 helai daun pandan

  1. Masak air, daun pandan dan gula melaka sehingga agak pekat sedikit
  2. Masukkan kelapa dan kacau rata...biar seketika padankan api dan sejukkan
Notes


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.







No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...