Pages

Tuesday, February 16, 2016

MANGO PASSION FRUITS MERINGUE



Mini Meringue ini cukup sesui dijadikan sajian majlis, its so presentable terutama kalau dimainkan dengan warna-warna buah. Untuk kali ini saya gunakan mangga dan passion....sedap bila digabungkan terutama rasa masam-masam manis kedua-dua buah ini.

Untuk meringuenya pula saya bentukkan dengan menggunakan star tips dan dilekokkan tengahnya supaya senang dipipekan whip cream


Mini Meringue

  • 4 biji putih telur
  • 125 gm gula castor 
  • 125 gm gula ising
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh cuka makan


  1. Panaskan oven dengan api bawah 170 C nanti bila dah masukkan pavlova turunkan suhu kepada 120-100C 
  2. Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu
  3. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.
  4. Kaupkan gula ising tepung jagung, esen vanila dan cuka 
  5. Kacau rata hingga semua bahan larut
  6. Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula aje dengan kaedah kaup balik.
  7. Masukkan adunan piping beg dengan nozel star tip
  8. Pipe kecil dan bakar selama 1 - 1 1/2 jam
  9. Padamkan oven dan biarkan meringue di dalam oven dengan pintu direggangkan sedikit
  10. Biar sehingga meringue betul2 kering baru dikeluarkan

  
Bahan Hiasan

Mangga dan
Passion fruits

Whiping Cream di pukul dgn kelajuan maksima hingga kental
Letakkan atas meringue tadi
Hiaskan dengan mangga dan passion fruits
    Notes

    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 

    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.




    No comments:

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...