Pages

Thursday, April 23, 2015

BUBUR SOM-SOM




Tak kala berpuasa bubur som-som ini selalu menjadi favourite untuk berbuka. Ramuan dan cara membuatnya lebih kurang sama dengan lompat tikam kelatan, tetapi bubur som-som ini lebih popular di bahagian selatan tanah air.

Dimakan bersama sirap gula merah atau israp gula putih, bubur som-som boleh juga dibuat hijau menggunaan air daun pandan. Lemak, manis dan lembut memang esuai buat cuaca panas dan juga sebagai sajian cucu mulut.



Bubur Som Som
  • 2 cawan  tepung beras
  • 3 sudu tepung jagung
  • 2 1/2 cawan santan
  • secubit garam

Caranya:
  1. Masukkan kesemua bahan dalam satu bekas bersih.kacau bagi larut dan sebati.tapiskan kedalam periuk.gunakan api yang kecil bagi masak adunan ini..
  2. Masakkan hingga adunan ini tidak lagi melekat dalam periuk..kalau semasa mengacau agak kurang airnya boleh laa ditambah pastikan sentiasa dikacau agar tidak bergentel. 
Air Gula

  • 500 g gula merah
  • 1000 ml air
  • daun pandan

Satukan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga menjadi air gula. Tapis dan sejukkan



Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...