Pages

Thursday, February 03, 2011

FATT CAI SPECIAL - HOISIN SAUCE PRAWN / UDANG GORENG SOS HOISIN




Hoisin Sauce Fried Prawn was my reunion menu yesterday. Thought I am a Malay, I do have my reunion, I believe regardless whether you are a Malay, Chinese, India or what ever ethnic group you are, indirectly we celebrated what ever festival other Malaysian celebrated. - 1 Malaysia ma.... That's the beauty of being a Malaysian. Yesterday my kids returned for the CNY holidays, so it's reunion for the family and in conjunction with CNY they requested Chinese course. I cooked this simple prawn. Very simple, all you need is to marinade the prawn with Hoisin sauce and fry with garlic. That's all... it's yummy. I anticipated the reunion will be until this weekend, so include this in your menu list, you won't regret. Serves best with Thai Chili Sauce.

INGREDIENTS

15 medium prawns/shrimps / 15 ekor udang sederhana besar
3 cloves garlic chopped / 3 ulas bawang putih cincang
1 onion slice into ring / 1 biji bawang besar hiris membulat
3-5 cherry tomato. / 3-5 biji tomato ceri
5 tbsp oil / 5 sdb minyak masak
Seasoning
3 Tbsp Hoisin Sauce / 3 sdb sos hoisin
1 tbsp paprika / 1 sdb paprika
salts and pepper to taste / lada dan garam secukup rasa

PREPARATION

  1. Clean the prawns, rinse and wipe dry with kitchen paper. Use a little bowl to mix the seasoning well. Set aside. / Bersihkan udang dan keringkan. Biarkan udang itu sekor cuma buangkan janggut sahaja.
  2. Heat oil in a wok. Saute garlic over medium-high heat until fragrant. Toss in the prawns and stir fry till they are half way cooked, because you don’t want to over cook them. Continue to cook with stirring consistently, until the prawn is done. Add the diced tomato and onion. Reduce heat to low, and cook for 1 minute. When the sauce dries up a bit, dish up. Serve hot. / Panaskan minyak tumis bawang putih sehingga naik baunya. Masukkan udang dan masak sehingga separuh masak. Teruskan masak sehingga udang betul-betul masak dan jangan terlalu garing. Masukkan tomato dan bawang besar. Perlahankan api dan balik-balikkan seminit lagi. Angkat dan hidang.

__________________________________________________________________

Semalam masyarakat Cina berkumpul untuk Makan Besar, meriah gitu, itu adalah tradisi mereka dan malam tahun baru adalah malam penting, pastinya berbagai hidangan menarik disediakan untuk ahli-ahli keluarga yang berkumpul. Bukan sahaja masyarakat Cina sibuk dengan reunion dinner, masyarakat-masyarkat lain pun juga sibuk ialah inilah peluang untuk balik kampung dan bercuti, dan kebiasaanya kalau dah berkumpul tu, tentulah aktiviti pentingnya adalah MAKAN, untuk menu MAKAN BESAR saya anak beranak semalam ialah UDANG GORING HOISIN, SUP ISI KETAM JAGUNG MANIS dan LALA GORING CILI.


Anak-anak biasalah kalau dah balik bercuti macam-macam menu yang diminta. Tak salah mereka, duduk merantau jauh dari ibu-bapa, makan minum tentunya dibeli dikedai, bila dan pulang bercuti inilah masanya meminta keinginan disediakan. Udang Goreng Sos Hoisin ini adalah sajian yang paling mudah disediakan. Udang diperapkan dengan sos Hoisin dan digoreng. Rasanya enak dan bahanya tidak banyak. Resipi ini juga sesuai kalau hendak dibuat BBQ, dan sedap dicicah dengan Sos Cili Thai. - SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT MENCUBA.
_________________________________________________________________________________

Next Post - Bitterballen Ubi Keledek / Kuih Belodok Ubi Keledek


__________________________________________________________________

6 comments:

Nuridah said...

Salam Kak Paty,

Udg goreng seperti ini sedap even though it is simple buat looks tempting...I like it.

Sofea said...

tok, tok, tok,..salam k.paty..dtg nak minta udang..(bukan minta hutang ye..) nak mkn dgn mee sup..bolehhh!! ;)

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Salam Nur, suka tenguk Nur dah ada mood balik. Ya udang ni kalau yang suka meratah dan suka makan kering-kering memang sesuai. Cubalah pasti tidak mengecewakan.

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Salam Sofea, tulah tadi Kak lalu di dapur Sofeah, belum singgah lagi dah bau sup aneka bebola. Sat malam sat gi Kak bawa udang kita makan dengan mee Sofea.

Unknown said...

assalam kak paty, singgah mlm2 dapur akak ni nampak udang lak....terliur dh dibuatnya ni..sedapla kalau dapat ratah gitu jer ni..:)

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Salam Nieza, tula, Nieza mai tengah malam takut dah habis kot. Benda macam ni mana boleh simpan lama-lama, makan panas-panas tak sampai 5 minit lesap. Nanti Kak buat lain untuk Nieza

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...