Jumpa resipi ini dalam FB, nampak menarik jadi saya copy, simpan dan tunggu masa sesuai untuk mencuba. Dalam ghairah hendak copy resipi terlupa nak masukkan nama empunya..so harap maaf dan halalkan Memang sedap apam ini lembut dan gebu tetapi jika ingin mencuba jangan mengharapkan ini mereka, kerana ia bukan jenis merkah. Apa pun kuih ini sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang
Apam Labu
Bahan A:-
Bahan B:-
- 240 gm labu (dikukus/rebus)
- 150 gm gula kastor
- 1 biji telor
- 150 ml santan pekat
Bahan C:- (ayak bersama)
- 200 gm tepung gandum
- 1 sudu teh Double Action Baking Powder
Cara Membuat:-
- Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati.
- Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
- Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus.
- Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
- Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
- Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati.
- Biarkan adunan sehingga 1 jam
- Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (*sy guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
- Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.
No comments:
Post a Comment