

Oyster Sauce Gravy
5 tbsp oyster sauce / 5 sdb sos tiram
5 tbsp light soya sauce / 5 sdb kicap cair
2 tbsp dark soya sauce / 2 sdb kicap pekat
1 tbsp sesame oil / 1 sdb minyak bijan
5 gloves garlic- chopped / 5 ulas bawang putih cincang
1 cup chicken stock / 1 cawan stok ayam
1/2 water / 1/2 cawan air
1 tbsp cornstarch / 1 sdb tepung jagung
3 tbsp oil / 3 sdb minyak
dash of peppers
Saya ni memang peminat No:1 masakan Cina. Ini bersesuaian dengan saya kerana saya tidak boleh mengambil makanan yang terlalu pedas. Tiap kali kalau ada jamuan atau perjumpaan di hotel-hotel saya pasti cuba setiap sajian yang saya makan. Sejak dari itu koleksi masakan Cina saya boleh dibukukan. Memang banyak kalau dibanding dengan masakan Melayu. Paling saya suka dengan masakan Cina ialah cara penyediaan sayur-sayuranya. Bukan sahaja sedap, menarik tetapi yang lebih penting cara memasaknya dapat mengekalkan keranggupan sayuran.
Resipi ini adalah resipi sayur campur yang saya gabungkan dengan Udang Goreng Cornflakes. Kebetulan saya membuatnya semasa cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini jadi saya namakan sajian ini sebagai Holiday Platter. Untuk resipi ini pilihan sayuran terpulang kepada selera masing-masing. Untuk sajian ini saya menggunakan baby corn, baby carrot, kacang pea dan cendawan abalone. Dalam membuat pilihan sayuran bagi menaikkan seri sajian ini pilihlah sayuran yang berbagai warna. Antara sayuran yang boleh dijadikan pertimbangan ialah brokoli, bunga kobis, asparagus, baby bok choy atau pun anika cili benggala. Untuk sosnya pula saya lebih gemar menggunakan sos tiram. Ilham membuat datang dari sajian Cina, Yee Sang yang dibuat oleh masyarakat Cina sebagai lambang kemakmuran dan kekayaan. Saya tertarik dengan warna-warna dan susunan yang dibuat. Sajian ini sesuai dijadikan hidang main table jika kita mempunyai jemputan makan malam di rumah. -
__________________________________________________________________
Next Post - Cornflakes Prawn Fritters
__________________________________________________________________
4 comments:
cantiknya kak presentation tu,ooo akak penggemar chinese food ye
sedapnya..... tergoda habis
Salam Chik Mimi, ya memang minat Chinese food sebab perut tak tahan pedas. Minat makan, minat masak dan minat belajar. Selalu intai menu hotel.
Salam Wanieyra, cuba buat mudah dan sedap. Anak-anak pasti ambil kuahnya dan tinggalkan sayur untuk kita.
Post a Comment