Pages

Tuesday, February 23, 2016

MY HOMEMADE SIMPLE DINNER ROLLS



Kalau kita dine with any western food biasanya kita akan dihidangkan dengan dinner rolls dan butter dahulu. Terpulang pada restuarant ada yang menyediakannya sendiri dan ada yang outsource dari luar, kalau kena sedap, dua ketul memang tak cukup Paling sedap yang pernah saya cuba ialah di IKEA CAFE....memang akan lebih dari dua ketul kena pula dengan sup of the day jadi melazat lagi la. Kali ini saya mencuba resipi dari Martha Stewart, mudah dan senang menyediakannya






Dinner Rolls

  • 2 cawan air suam
  • 2 paket  yeast
  • 1/4 cawan gula
  • 4 sdb (56 g) butter, dicairkan
  • 2 large eggs, lightly beaten
  • 1 1/2 sdt garam
  • 6 cawan tepung


DIRECTIONS

  1. Masukkan air suam ke dalam bread maker, taburkan yeast biar seketika lebih kurang 5 minit sehingga menjadi buih.
  2. Masukan gula butter telur dan garam, Masukkan tepung dan uli basic dough.
  3. Uliebih kurang 15 minit dan keluarkan. Oleskan minyak dalam mangkok besar dan letakkan doh, tutup dengan tuala dan perapkan selama 1 jam
  4. Keuarkan dan tumbuk doh, ulidengan tangan seketika dan bahagi-bahagikan doh pada 20 gm setiap satu
  5. Bulat-buatkan dan susun atas dulang pembakar, jarak-jarakkan , sapu mentega cair dan bakar pada suhu 180 c selama 20 minit
  6. Keluarkan dan sapukan mentega sekali lagi
    Notes


    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.




    Sunday, February 21, 2016

    STICKY TOFFEE PUDDING CAKE


    Kek ini paling sedap dimakan panas-panas. Kek kurma yang digemari makan bersama kekacang dan sos karamel. Biasanya dibuat dalam muffin pan tapi lebih suka dibuat cara kek biasa Tektur kek ini cukup lembut...dan nyata sedap dihidang sebagai sajian afternoon tea






    Sticky Toffee Pudding Cake

    • 1 1/2 cawan kurma dibuang biji
    • 1 sdt bicarbonate of soda
    • 175 g butter
    • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
    • 3/4 cawan (165g) gula caster 
    • 1 sdt vanilla extract
    • 2 biji telur dipukul sedikit
    • 3/4 cawan (150g) gula perang
    • 2 sdb golden syrup
    • 1 cup (250ml) thickened cream,


    METHOD

    1 Panakan oven pada 180°C dan apukan acuan 8" dengan mentega
    2 Maukkan kurma dengan 1 cawan atau (250ml) air dan didihkan kemudian masukkan bicarbonate of soda dan 60g . Kacau dan ehingga semua larut dan angkat dari api biarkan sejuk seketika.
    3 Ayak tepung dan masukkan kedalam mangkok. Masukkan gula dan telur yang dipukul tadi Masukkan vanila
    4 Adunan kurma yang disejukkan tadi dimasukkan dalam processor dan diblend halus
    5  Satukan adunan kurma dan adunan telur tadi. Gaul rata dan masukkan ke dalam acuan dan bakar selama 50 minit
    6  Sementara menunggu kek masak satukan baki butter, gula perang, krim dan syrup Masak atas api kecil sehingga menjadi karame pekat
    7  Hidang karame atas kek dan jika suka tabur kekacang dan hidang bersama krim
      Notes


      RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.



      THE ULTIMATE BREAD BUTTER PUDDING


      Hmmmm, lemak dan berkrim..enak sekali, breadbutter pudding biasa tapi saya olahkan sedikit dari rti biasa saya guna rti baguette dari susu biasa saya campurkan sedikit pouring cream.di sinilah letaknya kelemakan pada pudding ini. Bukan itu aje baguette menjadikan pudding ini ranggup diatas dan lembut di bawah and with that it qualifies to be named as THE ULTIMATE BREAD BUTTER PUDDING kerana menepati rasa yang hebat






      Bread Butter Pudding

      • 85 gm sultanas
      • 5 biji telur
      • 300 ml cream
      • 300 ml susu
      • 55 gm (¼ cup) caster sugar
      • 1biji orange, parut kulitnya
      • 1 sdt vanilla 
      • ½ sdt serbuk kayu manis
      • 60 gm butter
      • 1 buku roti Peranchis dipotong dadu


      Method


      1 Satukan telur, krim.  susu gula, kulit, orange, vanilla 
      dan erbuk kayu manis, puku hingga sebati.

      2. Sapukan mentega pada roti kemudian dipotong dadu Sapukan mentega pada dulang pembakar dan susun roti yang berselang dengan sultana 

      3  Tuangkan adunan custard tadi dan biarkan roti terendam lebih kurang 1 jam

      4.  Panaskan ketuhar pada suhu 180 c dan bakar pudding selama 30 minit

      Sos
      • 1 tin susu cair
      • 3 biji telur
      • 1 sdb tepung jagung
      • 1 sdt esen vanilla


      Kacau semua bahan atas api kecil sehingga agak pekat dan angkat

        Notes


        RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


        Saturday, February 20, 2016

        OREO CHOCOLATE COVERED


        Saya buat ini untuk candy booth majlis perkahinan anak saya. Tiada resipi khas untuk ini kerana ia terlalu mudah untuk disedia. Chocolate masakan dicairkan kemudian dituang separah dalam acuan candy, diletakkan oreo kemudian dituangkan lagi separuh sehingga penuh acuan Disejukkan dalam freezer kemdian dikeluarkan.

        Chocolate ini boleh dipackkan menjadi door gift, boleh dicorakkan dan diwarnakan. Saya menyediakkan dalam dua jenis menggunakan white chocolate dan dark chocolate.







        Wednesday, February 17, 2016

        MILO CUPCAKES



        Jika anda peminat Milo inilah cupcakes yang sesuai untuk anda. Tektur cupcakes ini cukup lembut sekali, harum dan agak lemak. Cupcakes yang comel ini dihias dengan buttercream berserta taburan serbuk milo. Sedap dan sesuai buat minum petang atau majlis tea party.


        Milo Cupcakes

        • 125 gm butter
        • 100 gm gula putih
        • 120 gm gula perang
        • 2 biji telur
        • 125 gm tepung naik sendiri
        • 60 gm tepung gandum
        • 60 gm milo
        • 125 ml susu segar
        • 2 sdt vanilla

        VANILLA BUTTERCREAM
        • 250 gm mentega
        • 30 ml susu
        • 1 sdt vanilla
        • 1/4 cawan gula ising


        1. Panaskan oven pada 180°C dan alaskan acuan cupcake  wrappers.
        2. Satu dan ayak bahan kering dan ketepikan
        3. Pukul mentega dan kedua-dua gula sehingga putih dan gebu
        4. Masukan telur sebiji demi sebiji sehingga habis
        5. Masukan esen vanilla akhir sekali masukkan tepung berselang seli dengan susu
        6. Sudukan adunan yang siap ke dalam acuan dan bakar selama 20 minit
        7. Keluarkan dan sejukkan sebelum dihia
        Untuk Buttercreamnya

        Pukul semua bahan sehingga lembut dan lincin
        Pipekan atas cupcakes dan tabur serbuk milo


        Notes


        RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.



        You Might Also Like These

        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...