Pages

Saturday, February 25, 2017

RED VELVET



Saya ada banyak versi kek red velvet resipi ini adalah yang terbaru saya cuba. Resipi dari kawan katanya sedap dan menjadi kesukaan keluarganya, jadi saya terpanggil untuk mencubanya. Resipinya agak kecil jadi saya membuat dua adunan untuk acuan 8" dan tinggi sedikit. 

Sedap seperti yang dikatakan, cantik tekturnya lembut dan agak moist sedikit, cantik bila dipotong dan resipi ini juga sesuai untuk cupcakes.


Red Velvet

    Bahan-Bahan
    • 2 biji telur gred A
    • 125 gram mentega beku tanpa garam
    • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri*
    • 1 1/2 sudu makan koko Vochelle*
    • 2/3 cawan gula kastor
    • 2 sudu makan pewarna Red Bright
    • 1/2 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk nota di bwh
    • 1 sudu teh garam
    • 1/2 sudu makan bicarbonate of soda
    • -/2 sudu makan cuka makan



    Cara-Cara

    1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius. Sediakan 2 biji loyang 7'' yang telah di alas dengan baking paper.
    2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
    3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
    4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
    5. Masukkan tepung dan buttermilk (buttermilk dicampurkan pewarna merah), berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
    6. Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balikbalikkan hingga sebati.
    7. Bahagi kepada dua bahagian dan tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

      Notes


      RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      Friday, February 24, 2017

      ACAR IKAN TENGGIRI




      Resipi acar ikan ini adalah resipi short cut....saya  malas hendak sangrai ketumbar dan rempah-rempahnya, sebaliknya saya gunakan rempah kari siap cukup senang cara ini lagipun rasanya ebih kurang sama. Ikan tenggiri merupakan ikan yang cukup sesuai membuat acar ini. Untuk resipi yang sama juga kita boleh membuar acar ikan masin Jika kena dengan cara masakan kita acar ini boleh bertahan lama.

      Sedap makan bersama nasi panas



      Acar Ikan

        • 3 -4 potong ikan tenggiri
        • 7 biji  cili padi
        • 5 ulas bawang putih
        • 7 ulas bawang merah
        • 1 paket rempah kari ikan
        • 6 sudu besar cuka
        • 2 sdb gula
        • 1/2 sudu teh garam
        • 1/3 cawan minyak masak
        Bahan kisar 
        3 ulas bawang putih
        1" halia
        5 ulas bawang merah

        Kisar halus dan gaul bersama rempah kari


        Cara Menyediakannya

        1. Goreng ikan kering hingga garing dan angkat
        2. Panaskan minyak dalam kuali  (anggaran 1/3 cawan). Tumis bahan2 kisar halus dan rempah kari. Kacau rata dan masak sekejap sehingga pecah minyak
        3. Masukkan gula dan cuka makan. Kacau rata dan tambah 1/2 camca teh garam. Kacau dan masukkan ikan greng tadi, bawang merah, bawang putih dan cili padi. Gaul rata. Tuang air, kacau dan kecilkan api. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu baru masukkan sedikit lagi garam, begitu juga dengan gula. Matikan api, dan boleh hidangkan bersama nasi putih.

        Notes


        RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

        CUCUR LABU MANIS



        Asalnya beli labu hendak buat kue koci, alih-alih daun pisang dibeli sampai naik kecut makanya terpaksa tukat plan kita buat jemput-jemput labu. Saya suka cucurnya lemak dan pumpkin spice yang saya masukkan sedikit menaikkan aroma cucur ini. Cucur mudah dan ringkas ini sesuai buat sarapan pagi atau minum petang


        Cucur Labu Manis



          • 1 cawan labu lecek
          • 1 cawan + 1 sb tepung gandum
          • 1/4 cawan gula kastor
          • 1/2 sk pumpkin spice
          • 1  sk yis
          • 1/2 sk garam halus
          • 1/4- 1/3 cawan air suam

          Caranya:


          1. Satu kan tepung, yis, gula kastor, garam ke dalam mangkuk yang besar.
          2. Gaul2 rata.
          3. Kemudian masukkan labu lecek bersama air ke dlm mangkuk tadi.
          4. Gaul2 rata dan sebati. 
          5. Pastikan adunan tidak terlalu cair untuk mengelakkan cucur menyerap minyak.
          6. Biarkan 30 minit atau biarkan adunan nampak kembang.
          7. Goreng dengan api kecil dan minyak penuh hingga kekuningan.
          8. Toskan minyak dan hidang.


          RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
          All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

          KARIPAP AYAM JERUK BAWANG


          Bila angin malas datang maka pos ini terbengkalai seketika, kue favourite masyarakat Malaysia tidak kira apa bangsa sekali pun. Karipap sedap banyak bergantung kepada kulitnya dan intinya. Kulit karipap yang sedap perlu ranggup, resipi ini insyallah banyak telah dicuba oleh rakan blogger. Keeper dan setiap kali kalau berhajat membuat karipap resipi inilah yang akan saya guna

          Intinya pula saya buat inti ayam dan istimewa sedikit saya masukkan telur burung puyuh rebus bersama intinya dan double sedap karipap ini dimakan bersama jeruk bawang ala  murtabak, ha..ha bukan perkara baru tapi inilah mamak Penang jual karipap, karipap giant dengan jeruk bawang sedap
          Karipap Ayam

            Cara Membuat Kulit Karipap
            • 500 gm tepung gandum
            • 1/2 cawan minyak masak
            • 1/4 cawan marjerin - saya pakai butter
            • 220ml air - dicampur 1/2 sudu kecil garam

            Cara :
            Campur minyak dan butter dalam periuk kecil, panaskan keduanya dan biarkan butter cair dan minyak panas.

            Angkat larutan butter dan minyak panas terus tuang ke dalam tepung sambil kacau dengan senduk kayu. Ratakan minyak dan tepung sehingga tepung menjadi seakan-akan serbuk roti.

            Masukkan larutan air bergaram ke dalam tepung tadi sedikit demi sedikit sambil putar tepung dengan belakang senduk.. Jangan sesekali uli dengan tangan. Kita bukan nak buat roti, kita nak buat pastry jenis rapuh. Putar sehingga bercantum tepungnya. Tambah air sedikit demi sedikit...

            Cuba ambil sedikit adunan dan kepalkan. kalau boleh kepal tu stop masuk air.

            Bentukkan doh menjadi satu dan jadi bola besar . Diulang jangan uli ok. Cukuplah sekadar kepal sehingga menajdi bola. Kalau rasa tak cukup air boleh tambah sedikit lagi. Biarkan selama 15- 20 minit. Sementara tu boleh sediakan inti karipap.

            Inti Karipap 
            • 3 biji kentang - dipotong dadu
            • 1 ketul dad ayam - dipotong kecil.
            • 1 paket kecil rempah kari daging - dibancuh dgn sedikit air.
            • 1 biji bawang besar - potong dadu
            • 7 biji bawang merah - tumbuk
            • 5 biji bawang putih  - tumbuk
            • 2 cm halia - tumbuk
            • 3 sudu makan gula atau secukup rasa
            • Garam secukup rasa
            • Daun bawang daun sup - hiris
            • 1/2  senduk minyak masak
            • 20 biji telur puyuh direbus dimasukkan semasa klim kripap nanti


            Cara-cara
            Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak.

            Masukkan daging/ayam dan air. Tutup supaya daging cepat empuk. 

            Lepas itu, masukkan kentang. Masak hingga kentang empuk dan inti kering. Jika belum empuk, tambahkan sedikit air.

            Sesuaikan rasa garam dan gulanya. Angkat dan biar inti sejuk baru diklim

            Jeruk Bawang

            • 2 biji bawang besar dihiris halus
            • 1/2 cawan cuka
            • 2 sdb besar gula
            • setitik warna merah

            Gaulkan semua bahan dan biarkan seketika

              Notes


              RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
              All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

              Wednesday, February 22, 2017

              FISH PIE/ PIE IKAN SEDAP


              Setiap kali menemani adik buat rawatan susulan di PPUM di Petaling Jaya saya akan singgah ke foodcourtnya menikmati pie ikan di sana. Grub nama cafenya dan katanya milik seorang peserta Master Chef Malaysia season 1, menunya simple western and pasta food, sedap dan menepati selera saya. Jadi inspirasi dari situ dan google resipi saya mencuba pie ikan ini 

              Agak susah mencari ikannya jadi saya guna isi ikan merah sahaja, tidak boleh buat banyak dan tidak boleh buat selalu kerana ikan agak mahal sekarang ini, considering that it's better to buy than make one, apa pun resipi ini memang sedap lemak dan berkrim kerana saya taburkan sedikit cheddar cheese diatasnya


              Pie Ikan Sedap

              Toping Kentang
              • 1 kg kentang, dikupas
              • 50 gram mentega
              • 100 g creme fraiche
              •  3 sdb susu segar panas
              • garam dan lada sulah

              Potong kentang dengan dan rebus hingga lembut. Angkat dan lembutkan dengan campuran mentega, creme fraiche, dan susu hangat. Tambahkan garam dan lada putih. Simpan dulu 

              Untuk Isian
              • 500 ml atau 1 liter susu segar
              • 250 g smoked haddock (ikan asap)
              • 200 g ikan (bagian daging), dipotong-potong
              • 1 ulas bawang putih
              • 1 lembar daun salam
              • 2 batang daun bawang, cincang
              • 50 g cheddar cheese


              Untuk Sosnya
              • 100 g mentega,
              • 50 g tepung
              • Garam dan bubuk lada putih, secukupnya


              1. Cairkan mentega di dalam kuali masukkan tepung dan biar seketika sambil dikacau2
              2. Angkat dan masukkan susu yang ditapis tadi kacau dan letak semula atas api
              3. Masukkan garam dan lada secukupnya pada saus daun bawang dan kacang peas Beri perasa lemon secukupnya. 
              4. Siapkan oven dengan suhu panas 190 derajat Celcius; 
              5. Ikan dietakkan dalam mangkok caserole, carik2kan isi ikan dengan garfu  
              6. Tuangkan sos lalu tutup dengan topping kentang taburkan cheese
              7. Masukkan ke oven selama kurang lebih 30 menit
              8. Pie ikan siap dihidangkan.

              Notes


              RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
              All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

              You Might Also Like These

              Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...