Pages

Saturday, May 02, 2015

BAKWAN MAGGI / CUCUR MAGGI


Bakwan di Indonesia dan cucur di Malaysia merupakan sajian digemari baik buat sarapan pagi mahupun minum petang. Kali ini saya menggunakan maggi segera...ha..ha..mudah menyediakannya. Maggi direbus ditos airnya dan dimasukkan bahan-bahan yang kita gemari. 

Saya gemar udang jadi saya racik udang hidup, carrot, bawang dan daun bawang. Gorengnya pula saya tidak guna cara deep fry takut serap minyak banyak. Saya letakkan minyak sedikit dan goreng menggunakan kuali leper. Jika mempunyai acaun ring bulat cukup sesuai cucur akan terbentuk cantik.

Cucur ini sedap dimakan bersama Thai Cili Sos




PrintCucur Maggi


2 bungkus maggi perasa ayam
½ batang carrot diparut
2 tangkai daun bawang dihiris halus
150 g udang dicincang
1 biji bawang besar dihiris halus
2 biji telur dikocok
1 sdb tepung
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara Menyediakannya
  1. 1.       Rebus maggi dan tos airnya
  2. 2.       Masukkan perencah maggi dan semua bahan lain
  3. 3.       Gaul rata dan sebati
  4. 4.       Panaskan minyak (jangan terlalu banyak, aya guna kuali leper)
  5. 5.       Bulat-bulatkan dan goreng sehingga gareng atau kekuningan



Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

LALA MASAK PINDANG PALEMBANG


Lala memang sedap masak Pindang sebegini, sedap untuk menghirup dan sedap untuk meratah. Saya menggunakan resipi seberang sekali lagi, rasanya sesuai dengan selera saya. Saya gantikan daun salam dengan daun kunyit kerana ternyata daun kunyit lagi kuata aromanya.



5.0 from 1 reviews

PrintLala Masak Pindang Palembang


·                  1 kg lala dibersihkan
·         2 biji tomato dihiris nipis
·         2 batang serai dititik

·         1” lengkuas dititik
·         1 keping asam keping
·         1 helai daun kunyit disiat-siat
·         Garam, gula dan perasa secukupnya
·         1 sdb minyak
·         Air secukupnya (1.5 litre)

Bahan Tumbuk Blend
·               3 ulas bawang putih
·         1 bawang besar
·         1” kunyit hidup
·         1” halia

Blend semua bahan sehingga halus

Cara Menyediakannya
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend, masukkan serai titik dan biar sehingga naik baunya
  2. Masukkan air, daun kunyit, lengkuas, garam, perasa dan asam keping
  3. Biar mendidih seketika dan masukkan lalu
  4. Biar atas api sehingga lala masak dan masukkan hirisan tomato



Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You



Friday, May 01, 2015

ROTI BOYAN MINI


Roti popular Singapura dan popular di rumah tak kala berpuasa. Saya suka menyediakanya untuk berbuka dan selalunya jika berbuka dengan roti boyan ini nasi saya tidak jamah dah. Cukup mengenyangkan dan cukup sedap dicicah dengan dengan sambal tumis.


5.0 from 1 reviews

PrintRoti Boyan

  • 500 gm tepong gandum
  • 200 ml + 2 tbsp  air suam
  • 50 ml minyak masak
  • ¼ sdt garam
  • 1/2 cawan  minyak untuk perap doh

Bahan Inti
  • 400 gm/3 biji kentang ~ dicuci bersih, rebus & buang kulit 
  • 3 biji telur ~ direbus & buang kulit 
  • 1 gengam/1 pokok daun sup ~ cuci bersih & hiris halus
  • ½ biji bawang besar ~ potong dadu
  • 1 sdt lada sulah
  • garam secukup rasa
Cara menyediakan
  1. Gaul rata bersama bahan2 inti yang lain sehingga rata & secukup rasa.  Ketepikan sebentar.
  2. Ayak tepong dana letakkan dalam satu bekas menguli.  Campurkan garam dan gaul rata.  Campurkan air suam & minyak masak dalam satu bekas.  Tuangkan sikit demi sedikit ke dalam bekas berisi tepong & ulilah perlahan2 sehingga mendapat doh yang lembut.
  3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian yang sama saiz . Bulat2kan doh menjadi bebola & letakan minyak , rehatkan dalam 5 ~ 10 minit.
  4. Canai bebola menjadi  sehingga nipis seperti kulit karipap.  Masukkan  inti  dan lipat seperti melipat murtabak.. Ulangi proses yang sama utk semua doh tadi 
  5. Panakan minyak dan goreng seperti menggoreng murtabak
  6. Angkat dan hidang bersama sambal tumis.


Recipe Source :- Majalah Rasa Mei 2011

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

BUAH MELAKA LABU


Labu kuning, selain daripada lepat dan kuih koci, sedap juga dibuat onde-onde gula Melaka. Saya gunakan sedikit tepung pulut untuk mendapatkan liuta-liutnya. Cara menyediakannya sama seperti onde-onde biasa dan sedap buat pemanis berbuka. 



5.0 from 1 reviews

PrintBuah Melaka Labu


  • 2 cawan labu direbus dan dilecek
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 gula Melaka dihiris
  • 1/2 biji kelapa parut putih
  • secubit garam
  • daun pandan dan air secukupnya

Cara Menyediakannya

  1. Satukan labu lecek dengan taepung pulut. Gaul sebati dan jika lembik tambahkan tepung
  2. Bahagi adunan kepada bebola kecil
  3. Masukkan hirisan gula Melaka dan bentuk seperti guli. Habiskan semua adunan.
  4. Masak air dalam periuk dan masukkan daun pandan
  5. Bila air mendidih masukkan bebola labu itu sedikit demi sedikit.
  6. Bebola akan timbul bila sudah masak, Angkat dan toskan
  7. Gaulkan dengan kelapa yang telah digaul dengan garam, Siap dihidang.

Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

AYAM GORENG KETUMBAR JINTAN


Resipi ini sesuai untuk daging, tapi oleh kerana daging kurang diminati di rumah saya gantikan daging dengan ayam. Saya masukkan kacang Pol kerana saya berhajat untuk meratah bersama roti.  Sedap resipi ini jika kita suka masakkan yang tidak berkuah.

Sesuai bersama nasi panas dan juga enak jika di masukkan ke daam roti totilla.


5.0 from 1 reviews

PrintAyam Goreng Ketumbar Jintan
  • 1 ekor ayam dipotong kecil.
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk jintan halus & ketumbar 
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Kicap manis 2 sudu besar
  • 1 batang kayu manis
  • 3 atau 4 biji buah pelaga
  • 1 biji bawang besar (kunning) di hiris bulat2
  • 1/4 cawan air
  • 1 tin kacang Pol
  • 1/2 cawan Minyak masak 
  • 3 biji ubi kentang di hiris wedges

Bahan2  ditumbuk halus
  • 3 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu teh biji Jintan Manis (Jintan Kasar)
  • 1 sudu teh biji Jintan Putih (Jintan Halus)
  • 1 inch halia di kisar atau tumbuk halus
  • 4 ulas bawang putih - di tumbuk halus

Cara2nya
Sangai biji ketumbar, jintan manis di kuali tempa minyak selama 3 mins saja atau bila bau nya bangkit. Kemudian tumbuk rempah2nya bersama halia dan bawang putih dan sedikit garam & gula sampai halus. Kemudian gaulkan kepada ayam bersama rempah serbuk kunyit/ketumbar & jintan halus.
Perapkan selama 2 jam di peti ais. Bila hendak digoreng gaulkan dengan sedikit minyak dan kicap manis. 
Panaskan minyak 1/2 cawan (lebihkan sedikit kalau tidak mencukupi). Goreng ayam yang berempah tadi, goreng hingga ia masak, letakan kichap manis sedikit, masukkan bawang besar yang di hiris bulat, masukan 1 batang kayu manis & 3 atau 4 biji buah pelaga. Goreng ayam supaya garing dan sebati. 
Biarkan ayam di kauli dengan api yang sederhana. Masukkan kacang Pol,garam & gula secukup rasa.
Goreng ubi kentang anda di kuali lain. Sajikan dengan kentang goreng. Makan dengan nasi putih atau nasi mentega.


Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...