Pages

Tuesday, September 27, 2016

SINGGANG IKAN TENGGIRI BENDI


Lauk singgang ini adalah antara lauk yang tidak menjemukan malah boleh dikategorikan sebagai lauk yang sihat kerana tidak menggunakan minyak. Semua bahan direbus aje Pilihan ikan adaah bergantung kepada citarasa masing-masing, begitu juga dengan bahan sampingan, tapi biasanya rang lebih gemar meletakkan bendi. 

Jika sukakan ia lebih cerai bolehlah dimasukkan sedikit kunyit. Memang sedap dimakan bersama nasi panas dan sambal beacan.



Singgang Ikan Tenggiri
  • 1 -2  keping ikan tenggiri
  • 2 ulas bawang putih | hiris halus
  • 2 ulas bawang merah | hiris halus
  • 1 batang serai | titik
  • ½ inci halia | hiris
  • ½ inci lengkuas | hiris halus
  •  2 keping asam gelugur
  • 4-5 bendi
  • 2 cawan air
  • Gula dan garam secukupnya


CARA MEMASAK:
1. Basuh ikan sebersihnya. Ketepikan.
2. Didihkan dua cawan air di dalam periuk. Masukkan, bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris.
3. Masukkan juga serai yang telah dititik, halia dan lengkuas yang telah dihiris. Masukkan pula ikan dan asam gelugur. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

4. Biar mereneh seketika sehingga ikan masak.
Notes


RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...