Pages

Wednesday, October 21, 2015

CHINESE STYLE CHICKEN CASHEW / AYAM GORENG GAJUS


Chicken Cashew ini adalah menu popular restoran Cina. Masakan ini agak kering tetapi cukup edap dimakan bersama nasi panas. Selain dari cili kering yang dimasak bersama ayam ini cili benggala juga sesuai. Paling sedap masakan ini ialah menggunakan isi atau dada ayam yang dipotong dadu.

Chicken Cashew

  • 1 dada ayam dipotong dadu
  • 2 sdb minyak
  • 5 hiris halia
  • 3 tangkai cili kering dipotong 3
  • 1/2 bawang besar dibelah 2
  • 1/2 cawan gajus yang telah dipanggang
 Perap:
  • 1/2  sdb sos tiram
  • 3/4 sdt kicap cair
  • 3 sdb air
  • 1 sdt lada sulah
  • 1/2  sdt gula
  • 1/2  sdt cuka beras
  • 1/4  sdt minyak bijan
  • 1 sdt tepung jagung
  • garam secukup rasa
Method:
  1. Perap ayam dengan bahan perap selama 15 minit.
  2. Panaskan minyak dan tumis hirisan halia dan caili kering sehingg naik baunya
  3. Masukkan ayam dan balik-balikkan
  4. Masukkan sedikit air dan biar sehingga ayam agak masak
  5. Masukkan bawang besar dan gajus
  6. Gaul rata dan angkat
Notes


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

D.I.Y CUPCAKE STAND


Saya diminta menyediakan cupcakes untuk majlis perkahwinan, to bake memang tidak ada masallah but untuk menghidangkannya di atas meja buffet merupakan satu isu buat saya kerana jumlah yang diorder memang banyak dan akan mengambil ruang yang banyak. Bukan setakat ruang aje tapi untuk mengisi semula cupcakes yang habis juga akan menjadi masalah kerana tugas saya hanya menyediakan cupcakes dan saya tidak akan berada di majlis sehingga majlis tamat. Oleh itu untuk memudahkan tuan rumah saya sediakan cupcake towers ini yang saya buat sendiri.

Mudah menyediakannya, saya menggunakan kek board yang boleh didapati di mana-mana kedai kek dan form. Oleh kerana target saya untuk meletakkan 100 cupcakes sekali hidang jadi saya gunakan beberapa lapis kek board. Tidak perlu gam saya cuma tenggekkan kek board atas form. Untuk mendapatkan sweet touch boleh la dibalut form dengan kertas warna dan lilit keliling board dengan warna tema perkhawinan.....semudah itu.

Cara begini lebih presentable dan saya cuma meminta caterer megisi semula cupcakes bila habis, mudah buat saya dan mudah buat tuan rumah.

Selain dari form, gelas juga boleh digunakan untuk menenggekkan kek board. Champange gelas paling sesuai untuk ini.

Selamat mencuba.


Form dan Kek Board Yang digunakan

Tuesday, October 20, 2015

WHITE WEDDING CAKE WITH CAMELIA ROSE


This three tier, white wedding cake was decorated with white sugarveil lace and blush maroon camelia roses. It consisted of three flavors: red velvet cake with cream cheese filling, chocolate cake with raspberry filling and vanilla cake with chocolate buttercream filling.

I made this for this young lovely couple who which to match the roses with the  bride's wedding gown - alhamdulillah.







Monday, October 19, 2015

CREAM PASTRY


Resipi asas membuat krim pastry yang boleh digunakan untuk tarts, cream puff dan juga sebagai inti roti atau bun. Resipi ini boleh menghasilkan 1 1/2 cawan pastry atau lebih kurang untuk 50 biji tarts beraiz kecil.




Cream Pastry

  • 1 cawan susu (susu segar/susu cair)
  • 3 sdb gula
  • 3 biji kuning telur
  • 2 sdb tepung jagung
  • 2 sdb mentega
  • sedikit garam
Cara Menyediakannya

  1. Panaskan susu jangan sampai mendidih
  2. Satukan telur, gula, dan tepung jagung
  3. Tuangkan susu ke dalam adunan telur sambil dikacau
  4. Masukkan vanilla
  5. Naikkan diatas api dan terus kacau sehingga pekat
  6. Bila pekat angkat dan tapis
  7. Masukkan mentega dan kacau
  8. Tutup dengan plastik dan sejukkan
Notes


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

Saturday, October 17, 2015

LOMAK PISANG MUDA IKAN ASIN


Resipi enak yang cuma saya sahaja makan dirumah. Lauk-lauk kampung seperti ini kurang diminati anak-anak so jarang saya masak melainkan kalau berhajat sangat. Ikan masin masak lemak sebegini memang menyelerakan. Untuk mudah makan pisang muda ini elok diketuk-ketuk dahulu. Saya taburkan sedikit hirisan daun kunyit untuk menaikkan aroma masakan ini

Lauk sebegini semestinya sedap bersama nasi panas dan samba belacan




Homemade Southern 
  • 4 - 5 ketul ikan kurau masin - potong kecil
  • 1 sikat pisang muda
  • 1 cawan pati santan
  • 2 batang serai - dititik
  • Sedikit ikan bilis - dibasuh dan ditumbuk kasar
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan dikisar:
  • 15 biji cili api 
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 cawan santan cair -  1/2 cawan pati santan + 1 1/2 cawan air)
  • (Satukan bahan-bahan di atas dan dikisar halus bersama santan cair)
Instructions


  1. Siat kulit pisang dan potong serong.  Kemudian rendam di dalam air garam lebih kurang 1/2 jam.
  2. Masukkan bahan-bahan kisar, pisang, ikan bilis, serai, dan ikan masin di dalam periuk  Masak sampai pisang agak lembut.
  3. Selepas itu masukkan pati santan.  Perasakan dengan garam dan gula.
  4. Masak sehingga kuah mendidih sekali.  Kacau kemudian tutup api.
    Notes




    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...