Pages

Friday, October 24, 2014

YELLOW MELON AND CUCUMBER COOLER


Minuman nyaman dan segar sesuai buat cuaca panas...senang menyediakanya dan cukup berkhasiat.

Yellow Melon Cucumber Cooler

  • 1 biji tembikai kuning di potong dadu
  • 2 biji timun dipotong dadu
  • 1/2 cawan gula
  • 1 liter air
  • 1/ cawan jus lemon


  1. Blend semua buahan bersama air
  2. Masukkan gula dan jus lemon sehingga gula hancur
  3. Tuangkan ke dalam gelas dan masukkan ais
  4. Hias bersama hirisan melon dan timun.


Recipe Source :- PATYKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

LEMPENG BAWANG NOSTALGIA


Lempeng nostalgia...favourite arwah abah...minat sungguh..lebih-lebih lagi ada kari semalam...katanya favourite Jaware..Johor..dipanggil roti bawang atau LEMPENG BAWANG....lama tak buat agak tebal sedikit..sepatutnya leper....pagi ni saya buat sambal tumis sardine...perghhh..sedap dengan kopi "o"...terkenang semasa dulu.....


Lempeng Bawang

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air atau lebih
  • 1 biji telur
  • 1 biji bawang besar, dihiris nipis
  • 1 sdt serbuk kunyit
  • sedikit minyak untuk dileser
  • Garam secukup rasa


CARA MENYEDIAKANNYA
  1. Satukan semua bahan2 diatas biar sebati, masukkan garam secukup rasa, bila dah ok, rehatkan adunan 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan berukuran 8 inci, oles sedikit minyak makan dan bila panas, tuang sesenduk bancuhan lempeng tadi, ratakan dan masak dengan api perlahan hingga permukaan lempeng kelihatan kering balik2 kan
  3.  Angkat dan lakukan proses yang sama untuk baki bancuhan, buat hingga siap.


Recipe Source :- PATYKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


Thursday, October 23, 2014

STIR FRIED FERN / PUCUK PAKU GORENG


Sayur goreng ini sungguh menyelerakan, segar dan penting berkhasiat. Bila menggoreng jangan terlalu lama, ini supaya kita dapat menikmati keranggupanya. Selain udang, ikan bilis dan belacan juga sesuai dijadikan perencahnya. Sedap dimakan bersama nasi panas.

Stir Fried Ferns/ Pucuk Paku Goreng


  • 1 ikat pucuk paku disiang 2'panjang bersihkan dan tos
  • 100 g udang hidup saiz kecil
  • 3 biji cili merah
  • 7 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sdb ud1ng kering rendam
  • 2 sdb minyak masak
Cara Menyediakannya


  1. Tumbuk cili merah, cili padi bersama bawang besar dan udang kering sehingga halus
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga garing
  3. Masukkan udang hidup, garam dan perasa
  4. Masukkan air biar seketika dan masukkan pucuk paku
  5. Balik-balikkan dan goreng rata. Jangan terlalu lama dan angkat,
Recipe Source :- PATYKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

TAMARIND CHICKEN / AYAM GORENG ASAM



Kadang-kadang kita meninginkan lauk yang kering dan tidak berkuah. Resipi ini sesuai bagi yang inginkan lauk yang simple dan tidak berkuah. Bahannya mudah dan boleh dipelbagaikan. Definitely sedap bersama nasi panas.



Tamarind Chicken/Ayam Goreng Asam

  • 1/2 ekor ayam potong kecil gaul garam kunyit dan goreng sehingga masak
  • 1 biji cili Bangla potong kecil(ikut suke saiznya)
  • 2 bii cili merah dipotong menyerong
  • 1 biji bawang besar dihiris bulat
  • 1 tangkai daun kari
  • 1"halia dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 3 sdb air asam jawa
  • 3 sdb kicap manis
  • 1 cawan air
  • 1 sdb tepung jagung dibancuh dengan  2 sdb air
  • 2 sdb minyak masak
  • garam dan perasa secukup rasa
Cara Menyediakannya
  1. Panaskan minyak dan tumis halia dan bawang putih daun kari, dsehingga naik baunya
  2. Masukkan air asam jawa dan kicap manis
  3. Masukkan air da reneh seketika
  4. Masukkan ayam yang digoreng kunyit tadi, bawang besar cili merah dan cili bangla
  5. Akhir sekali masukkan tepung jagung biarm seketika dan angkat


Recipe Source :- PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


FISH BALLS SHITAKE SOUP WITH SWEET GOURD



Sup simple dan sedap...pasti menjadi kegemaran anak-anak. Saya kalau masak sup ini ..akan digandingkan masakan bersambal seperti ayam atau telur berlado..atau apa-apa jenis sambal ikan..memang mantop.

Fish Ball Shitake Soup



  • 1 paket bebola ika
  • 3 sayur fucuk digunting dan rendam
  • 1 paket kecil su'on direndam
  • 3 biji kentang dibelah dua
  • 5 cendaan shitake direndam
  • 2 biji petola di hiri bulat
  • 2 biji cili merah dihiris nipis
  • 5 ulas bawang putih dihiris nipis
  • garam dan maggi cukup rasa
  • 500 - 1 liter 1 air
  • sedikit minyak bijana
  • sedikit lada sulah
  • 2 sdb minyak masak

Cara Menyediakannya


  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan hirisan cili merah sehingga naik baunya
  2. Masukkan air dan ubi kentang...renehkan sehingga ubi agak empuk
  3. Masukkan garam, kube maggi dan lada ulah..biar seketika dan masukkan bahan-bahan lain seperti bebola, petola, cendawan, fucuk dan su'on renehkan lagi dan akhir ekali titikan 3-4 titis minyak bijan
  4. Tabur bawang goreng dan daun bawang untuk dihidang



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...