Pages

Thursday, March 10, 2016

FLOWER CHOCOLATE CAKE FOR BIRTHDAY GIRL


Satu cabaran membuat kek ialah delivery..perghh selalunya berpeluh dibuatnya bagi memastikan kek kekal cantik keluar dari rumah hingga ke destinasi.  Jika malang tidak berbau makanya jadi seperti kek ini, buttercream pula tu.ha.ha..habis berlemoih jadinya

Kek ini dibuat untuk anak dara bongsu yang menyambut ulang tahun ke 19, gara-gara mengejar jem maka tercorek sana sini. Saya memenuhi kesukaannya, cokolat kek dan untuk memahirkan tangan saya buat korean butter cream flower.cuma agak mengecewakan gabungan warna kurang menjadi..kena mahirkan lagi.






Tuesday, March 08, 2016

AGAR-AGAR KERING



Teringin sangat hendak membuat agar-agar kering ini untuk door gift, jujur tak pernah membuatnya tapi cukup berhajat untuk mencuba. Google dan jumpa di diblog Azie's Kitchen so, saya cuba dan kurangkan sedikit gula...ha..haitu silapnya bila dikurangkan gula maka krup krap nya agak kurang Apa pun bagi percubaan pertama nyata am happy with the result

Pada yang ingin mencuba sila klik di sini untuk resipinya








MARSHMALLOW CHOCOLATE DIP



I was pretty busy with my daughter's event till I forgot to snap few pictures of these tiny cute marshmallow dipped in chocolate. A good product for candy booth or children's event. You can dip the marshmallow in colorful chocolate candy melts and sprinkles with colorful sprinkles of your choice. I made mine simple chocolate and white beads.

Monday, March 07, 2016

FRENCH MERINGUES



Setiap kali ada putih telur lebihan dari baking pasti saya akan membuat meringues kisses cookies ini, satu kerana anak-anak suka, kedua memang saya cukup meminati membuatnya. Kekadang geram menenguknya, saya suka bermain dengan warna dan flavor yang berlainan.

Meringue ini saya buat untuk majlis perkahinan anak saya, bersesuaian dengan tema saya adukkan dua warna ia itu putih dan kuning keperangan Meringue ini cukup menarik jika dihias untuk dijadikan door gift atau pun diletakkan di meja candy booth

Untuk resipinya bolehlah di klik di sini :-





TEMBOSA DAGING



Biasanya kalau karipap inti daging saya senang membuatnya bulat senang membezakanya, so bulat pasti anak-anak tak payah tanya agi intinya apa. Untuk intinya kali ini saya gunakan rempah briyani, sedap rasanya, saya masukkan sedikit carrot dan hirisan daun bawang dan daun sup.

Untuk kulitnya saya guna resipi yang kebanyakan kawan blogger menggunakkannya kerana ternyata kulitnya amat ranggup biar pun beberapa jam digoreng.

Resipi tembosa ini juga sesuai dibuat frozen.



Tembosa Daging

  • 400 g tepung gandum 
  • 1/2 cawan minyak masak 
  • 2 sdb lemak sayuran  1/2 cawan air sejuk 
  • secubit garam


  1. Panaskan minyak masak dan cairkan sekali dengan mentega dan lemak sayuran. 
  2. Curahkan minyak yang separuh panas ini kedalam adunan tepung. Masukan garam dan air. Uli sehingga dough betul-betul sebati. Rehatkan dough sebentar lebih kurang 1/2 jam. Kemudian bahagikan dough kepada beberapa bahagian mengikut besar yang digemari. Gelekkan dough dan letak  atas acuan karipap. Isikan inti, tutup dan klim karipap tadi 
  3. Ulangi proses sehingga habis semua dan goreng karipap dengan cara deep-fried. Tos minyak dan hidang panas-panas.

Untuk inti
  • 5 biji kentang - didadukan
  • 200 g daging dicincang
  • 2 biji labu bawang besar - didadukan
  • 1/2 biji carrot didadu
  • 2 sudu besar serbuk briyani daging
  • 3 ulas bawang putih
  • 1" halia
  • sedikit daun bawang
  • Garam secukup rasa.
  • Sedikit minyak 


Caranya :-
  1. Bawang putih dan halia ditumbuk halus dan digaul bersama rempah briyani
  2. Daging di masak untuk keringkan airnya sedikit.
  3. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar tumis sehingga layu.
  4. Masukkan bancuhan rempah tadi biar sehingga naik baunya. Masukkan daging dan kentang biar sehingga kedua-duanya agak empuk.
  5. Masukkan garam dan carrot
  6. Masak sehingga inti masak dan seimbangkan rasa.


    Notes


    RECIPE SOURCE: 
    Patyskitchen.blogspot.com

    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...