Pages

Friday, March 04, 2016

PUNJABI CHICKEN CURRY


Kari ini memang terkenal di India. Boleh dikategorikan one of the best Indian Street food. Macam kari ayam kita di Malaysia penggunaan rempah lebih kurang sama. Bezanya dengan kari kita, kita masukkan santan tapi kari ini dimasukkan tomato yang diblend. Karinya pekat dan sedap. Jika malas hendak menyediakan rempah ratusnya boleh aje digantikan dengan serbuk kari yang biasa kita guna.

Sesuai dimakan bersama nasi, roti canai dan apa-apa jenis roti.

Bagi yang berminat untuk mencuba saya sertakan linknya :- 

http://www.foodandwine.com/recipes/dhaba-chicken-curry




Thursday, March 03, 2016

APPLE FRITTERS /JEMPUT-JEMPUT EPAL


Citer bila lihat epa tergolek-golek tidak dimakan, makanya kita jadikannya cucur. Mak aii enak bangat apabila disalut dengan cinnamn sugar dan dimakan panas-panas. Untuk epalnya boleh digunakan apa jenis sekali, saya guna epal hijau.

Selain dari cinnamon sugar, boleh juga dicurah madu, karamel atau pun butterscotch Enak buat sarapan dan minum petang



Cucur Epal
  •  1 1/2 cawan tepung
  •  1 sdb gula
  •  2 sdt baking powder
  •  1/2 sdt garam
  •  2/3 cawan susu
  •  2 biji telur dipukul
  •  1 sdb minyak sayur
  •  3 cawan epal yang didadu
  • gula dan serbuk kayu manis untuk ditabur

  1. Satukan semua bahan kering
  2. Telur, susu dan minyak dipukul sebati
  3. Tuangkan adunan telur kedalam adunan bahan kering
  4. Gaul rata dan masukkan epal
  5. Panaskan minyak dan jemput-jemputkan adunan dan goreng macam menggoreng cucur udang sehingga kekuningan dan angkat
  6. Tos dan golekkan kedalam gula dan serbuk kayu manis
    Notes


    RECIPE SOURCE:   patykitchen
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.






    Tuesday, March 01, 2016

    DAIM CHOCOLATE CAKE


    Resipi asal kek ini ialah Chocolate Peanut Butter Cake tapi saya olah menggantikan peanut butter dengan chocolate daim. Untuk frostingnya saya buat frosting biasa iaitu chocolate buttercream.Kek yang siap ditabur dengan chocolate daim yang dicincang.

    Sejujurnya kek chocolate ini memang keeper, moist dan terasa chocolatenya.

    Untuk resipi asal kek ini sila klik di sini :- http://www.browneyedbaker.com/peanut-butter-cup-overload-cake/





    LEMON PETIT FOUR



    Kek-kek ini molek jika dibuat hantaran atau sebagai hidangan di meja candy buffet. Saya buat ini di majlis perkahwinan anak saya baru ini. Kek-kek comel ini saya letak sebagai dessert di candy booth, Resipi kek dan cara membuat kek ini saya perolehi dari link di bawah ini.

    Saya follow 100% cuma diubah warna, perisa dan bentuknya. Jika memahami cara dan teknik membuatnya maka kita mampu menghasilkan mengikut citarasa kita.

    Jika ingin mencuba boleh la di klik di link di bawah ini :-


    Petit Four Cakes :- http://rosebakes.com/how-to-make-perfect-petit-fours-recipe-tutorial/
    Petit Four Icing :- http://rosebakes.com/petit-four-icing-poured-fondant/




    BREAKFAST CASSEROLE



    Namanya breakfast casserole tapi boleh juga dibuat hidang petang. Menu ini persis pudding roti cuma ini versi pedas. Cara membuatnya sama seperti pudding roti, menggunakan roti semalam.

    Sausage digoreng bersama hirisan bawang besar sehingga kekuningan, kemudian ditabur di aras roti lalu dibakar. Sedap resipi ini lebih-lebih lagi dimakan panas-panas bersama cili sos.




    Breakfast Casserole

    • 8 keping roti didadu
    • 6 biji telur
    • 2 cawan susu segar
    • 3 sausage didadu
    • 1/2 cawan brokoli dihiris nipis
    • 2 biji bawang besar dihiris nipis
    • 1/4 cawan mentega cair
    • garam dan lada secukup rasa
    • 2 cawan keju parut

    • Panaskan oven pada suhu 180 c
    • Sapu mentega pada loyang pembakar
    • Susun roti dan curah baki mentega
    • Panaskan kuali dan tumis hirisan bawang besar sehingga gareng
    • Masukkan sausage dan biar goreng sehingga masak
    • Masukkan brokoli, gaul rata dan angkat
    • Pukul telur dan masukkan lada sulah dan garam. Masukkan susu dan pukul rata
    • Curah adunan telur pada roti, kemudian curahkan pula sausage, bawang goreng dan brokoli
    • Akhir sekali taburkan cheese
    • Bakar selama 30 minit
      Notes


      RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.



      You Might Also Like These

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...