Pages

Wednesday, July 02, 2014

PENANG BABA SANDWICH


Saya menggunakan lebihan inti karipap untuk membuat roti ini. Roti Baba Sandwich ini lebih kurang French Toast yang berinti...tetapi saya membuat kelainan sedikit dengan menyalutkan roti ini dengan serbuk roti dan goreng. Sedap makan bersama cili sos dan amat mengenyangkan. So inilah sahur kami anak-beranak semalam.




Penang Baba Sandwich
1 buku roti putih
4 biji telur dipukul
lada sulah dan garam secukup rasa
serbuk roti

Bahan Inti

4 biji kentang di potong dadu
setengh batng carrot dipotong dadu
2 biji bawang besar dipotong dadu
200 g isi ayam
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
2 sudu  rempah kari
1 tangkai daun kari
2 sdb minyak masak

  1. Tumbuk bahan *
  2. Panaskn minyak dan tumis bawang besar sehingga layu
  3. Masukkan bawang putih dan halia
  4. Biar seketika..masukkan rempah kari dan daun  kari
  5. Biar sehingga naik baunya...masukkan ayam, kentang
  6. Tambah air.
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  8. Masak sehingga ubi empuk dan  sekali masukkan carrot.
  9. Sejukkan sebelum digunakan.  
Cara Menyediakannya


  1. Sediakan roti seperti membuat sandwich biasa.
  2. Celup roti dalam telur
  3. Sadurkan dengan breadcrumbs dan goreng seperti membuat french toast - minyak sedikit


Notes
Adapted from - PATYSKITCHEN


Tuesday, July 01, 2014

MEHALABEYA - EGYPTIAN MILK CUSTARD


Pencuci mulut ini memang terkenal di Timur Tengah terutama pada bulan Ramadan. Boleh dikategorikan sebagai pudding ataupun dadeh. Mudah menyediakanya dan boleh disediakan mengikut kesukaan dan citarasa sendiri...




Mehalabeya - Egyptian Milk Custard
  • 4 cawan susu segar
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan gula
  • essen ros
Bahan hiasan
  • serbuk kayu manis
  • pistachio
Cara Membuatnya

  1. Satukan semua bahan di dalam periuk
  2. Masak di atas api sederhana sehingga pekat dan berkilat.
  3. Masukkn ke dalam mangkok kecil dan sejukkan
  4. Bila hendak di hidang taburkan sedikit serbuk kayu manis dan pistachio yang ditumbuk.
Notes
Adapted from - PATYSKITCHEN

Untuk variasi sila klik di sini - http://www.ahmedhamdyeissa.com/recmehal.htm

TELUR BERLADO


Telur Berlado ini merupakn menu Nasi Padang yang cukup popular. Jika berkunjung ke mana-mana restoran Nasi Padang menu ini pasti ada. Terdapat dua cara menyediakannya..pertam cili dan bawang digoreng dahulu kemudian ditumbuk dan digaul dengan telur rebus yang digoreng dahulu. 

Cara kedua ialah blend semua bahan dan tumis sehingga naik minyak. Saya lebih suka menggunakan cara kedua dan lebih suka inya pedas sedikit jadi dalam resipi ini saya masukkan sedikit cili padi. Lauk ini cukup sesuai jika digandingkan dengan sup mahupun masak lomak.


Telur Berlado

  • 5-7 biji telur ayam direbus
  • 10 biji cili merah
  • 7 bii cili padi
  • 2 biji bawang besar
  • garam dan kube ayam secukupnya
  • 5 sdb minyak masak


Cara Membuatnya


  1. Telur rebus digoreng dan angkat
  2. Blend cili merah, cili padi dan bawang besar diblend kasar
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan blend sehingga naik minyak
  4. Masukkan garam dan kube ayam secukup rasa
  5. Masukkan telur rebus yang digoreng tadi biar telur bersalut
  6. Angkat dan hidang

Notes
Adapted from - PATYSKITCHEN


MASALA CHAI - INDIAN SPICE TEA


Masyallah nikmatnya dapat berbuka dengan Masala Chai ini...minuman yang cukup sesuai di bulan puasa ini. Campuran rempah dan halia cukup sesuai untuk membuang angin dalam badan. Pilihn rempah bergantung kepada kesukaan masing-masing..saya lebih gemar gabungan buha pelaga dan halia,


Masala Chai - Indian Spice Tea

  • 2 cups water
  • 1/2 tsp. freshly grated ginger
  • 1/8 tsp. freshly ground black peppercorns
  • 4 whole cloves
  • 4 cardamom pods, bruised
  • 1 cinnamon stick, broken into pieces
  • 2 cup whole milk
  • 2 tbsp. sugar, to taste
  • 2 tbsp. loose black tea


  1. In a small saucepan, bring water, ginger, pepper, cloves, cardamom pods and cinnamon to a boil. Add the milk and sugar to the pan and bring to a boil once again.
  2. Remove pan from heat and add the loose black tea. Cover and let steep for at least 3 minutes (or longer, if you prefer a stronger brew). Strain the mixture into a warmed teapot or directly into teacupsr stainless steel tumblers, as the tea is traditionally served.



PAKORAS - UTTAR PRADESH


Resipi dari Uttar Pradesh yang terkenal di kebanyakan negara Asia Tenggara terutama di restauran India. Resipi ini terdapat berbagai variasi tetapi yang paling saya suka ialah yang menggunakan tepung kacang kuda dan dihidangkn bersama cili hijau dan sos asam. Sajian berbuka yng mengenyangkan..biasnya kalau saya buat pakoras ni nasi saya skipped. Sedap...




Chickpeas Pakoras - Uttar Pradesh

  • 1 cawan Gram flour atau tepung kacang kuda
  • 1 sdb tepung jgung
  • 1 sdt serbuk cili
  • 1/4 sdt serbuk kunyit
  • 1 sdt serbuk hlia
  • secubit soda
  • 1  tangkai daun kari dihiris halus
  • 1 biji bwang besar dipotong dadu (cincang)
  • 1 sdt jintan manis
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng
  • air secukupnya
Cara Membuatnya


  1. Campurkan semua bahan, masukkan air dan pastikan adunan seperti jemput-jemput
  2. Goreng sehingga kekuning-kuningan

Notes
Adapted from - Patyskitchen

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...