Pages

Sunday, November 19, 2017

BUBUR BUTIR NANGKA


Bubur Biji Nangka mungkin namanya diperolehi kerana bentuknya seperti biji nangka. Bubur ini popular terutama dibulan Ramadan. Tambah sedap bubur ini jika disimpan semalaman di dalam  peti sejuk. Boleh disediakan dengan apa saje warna pilihan, saya memilih merah hijau. Begitu juga dengan rasanya boleh dimasukkan gula merah atau dibiar putih santan sahaja.

Membuatnya senang seperti membuat buah Melaka. Bubur ini sesuai sebagai pencuci mulut.



Bubur Biji Nangka

Yield: - lebih kurang 5 orang makan
Pemani kegemaran terutama di bulan puasa. Boleh disediakan dengan warna pilihan dan boleh juga dimasukkan gula merah jika suka
Bahan-bahan kuah:
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • Gula dan garam - secukup rasa
  • 1/2 sudu kecil Halba

Cara memasak:
  1. Satukan semua bahan dalam periuk, masak dengan menggunakan api yang sederhana.
  2. Rasakan garam dan gula. Kacau sampai menggelegak, kemudian api boleh ditutup.

Bahan-bahan biji nangka:
  • 4 cawan tepung beras pulut
  • Air daun pandan – kisar daun pandan, tapis dan ambil airnya
  • Pewarna hijau
  • Sedikit air kapur
  • Garam

Cara membuat:
  1. Sebelum menguli, panaskan dahulu air di dalam periuk (air separuh periuk).
  2. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sampai sebati.
  3. Masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit sehingga tepung tidak melekat pada tangan.
  4. Kemudian bentukkan seperti biji nangka (lebih kurang sebesar gula-gula).
  5. Terus masukkan doh itu ke dalam periuk dengan air yang sedang menggelegak.
  6. Apabila biji nangka masak, ia akan timbul di permukaan air.
  7. Kemudian angkat dan masukkannya dahulu ke dalam bekas yang berisi air masak, jika kuah belum siap.

 

RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

1 comment:

Susan said...

I am doing a report on this subject. Your article is full of really useful information. I will make sure to come back to check out your posts for my next report. Eminem net worth 2020: Eminem is a multi-platinum selling American rapper, producer and actor who has a net worth of $230 million. He is consistently one of the highest-paid entertainers in the world.

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...