Pages

Tuesday, November 29, 2016

ALMOND FUDGY BROWNIES



Tiada perkataan jemu when come to brownies....ha...ha bukan aje sedap tapi cepat dan mudah menyediakannya. Dengan sedikit creativity boleh mempelbagaikanya, kekacang, nutella, peanut butter dan apa aje yang diminati boleh dijadikkan bahan untuk menghasilkanya. 

Ini adalah brownies ringkas yang dinaikkan sedikit tarafnya dengan meletak taburan badan dan coretan nutella....perghhh memang hebat dengan secangkir kopi panas



Almond Fudgy Brownies

  • 300 gm Dark Chocolate Bar Beryls (Beryls antara coklat yang paling sedap untuk buat kek coklat dan brownies).
  • 100 gm Anchor Salted Butter
  • 3 biji telur gred A
  • 100 gm gula
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 125gm tepung gandum
  • 150 gm Milk Chocolate Coins Beryls
  • 1/2 cawan hirisan badam


Cara-cara membuatnya;


  1. Potong coklat bar dan butter kecil-kecil dan cairkan secara double boil.
  2. Dah cair, angkat mangkuk dari atas dapur.
  3. Masukkan gula dan kacau sebati. Gunakan hand whisk sahaja untuk kacau. tak perlu mixer.
  4. Kemudian, masukkan telur satu per satu dan kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan esen vanila.
  6. Masukkan esen vanila.
  7. Seterusnya masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  8. Kacau adunan sehingga sebati dan tepung tidak berketul.
  9. Gunakan hand whisk untuk mengetahui tekstur adunan.
  10. Masukkan coklat coins. Gaul sekejap saja secara kaup balik. jangan sampai coklat cair. Tinggalkan sedikit coklat coins untuk hiasan.
  11. Masukkan adunan dalam tray. Lapik tray terlebih dahulu dengan kertas minyak (baking paper) supaya brownies tidak melekat apabila diangkat.
  12. Susun lebihan coklat coins dan hirisan badam ke atas adunan kek. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 180 darjah celcius.
  13. Siap untuk dihidangkan. Lebih enak jika dinikmati bersama aiskrim vanila

    Notes


    RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    1 comment:

    Dalucian said...

    terliur lah tgk almond fudgy brownies nie.

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...