Pages

Tuesday, November 22, 2016

CHURRO BITES


Churros Bites ini sama macam churros biasa cuma saya tidak menggunakan telur dan memasukkan 1/2 cawan. Cara membuatnya sama dengan churros cuma sizenya dikecilkan menepati dengan namanya bites 

Churros Bites
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan susu segar/cair
  • 1/2 cawan air
  • 3 sdb butter
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1 sudu teh esen vanilla
 Untuk salutan
  •  sedikit gula halus
  • 1 sudu teh serbuk cinimon ( kayu manis )

  
  1. Mula-mula kita satukan air, gula halus, garam dan butter dalam periuk dan masak hingga ia mendidih.
  2. Bila air dah didih, tutup api dan terus masukkan bahan tepung sedikit-sedikit sambil sebelah tangan lagi terus mengacau supaya tepung tidak bergentel-gentel.
  3.  Sementara itu bolehlah panaskan minyak 
  4. Sediakan nozel bintang macam dalam gambar
  5. Letakkan dalam piping bag.
  6. Sementara itu tunggu hingga minyak panas. Minyak jangan terlalu panas ya, nanti churros tu bentuknya tak cantik, ada letup-letup. Minyak sederhana sahaja macam kita nak goreng donut. tapi jangan pula api perlahan sangat nanti ia serap minyak pulak dah tak sedap!
  7. Paipkan doh tadi dalam kuali, dan guntingk.
  8. Masak dan goreng sambil di balik-balikkan supaya masak keseluruhannya hingga kuning keemasan.
  9. Angkat setelah masak dan letakkan dalam bekas yang berlapik kertas tisu, supaya serap minyaknya 
  10. Sediakan gula yang di gaulkan bersama serbuk cinimon ( kayu manis )
  11. Gaulkan churros dalam gula tadi semasa ia masih hangat
Notes


RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...