Tekak orang posa macam-macam hendak....ha...ha...memborong di chow kitt, ternampak pisang tanduk. Beli buat berbuka...masyallah terasa kenikmatannya sehingga nasi tolak tepi dulu. Separuh saya cicah dengan gula dan separuh lagi saya cairkan butter, tabur gula merah dan cheese parut...memang hebat kena pula panas-panas bersama teah tarik, makanya dunia ana yang punya
Pisang Tanduk Goreng
Bahan bahan
- 1 cawan tepung beras
- 1 sdb air kapur
- Secubit garam
- Serbuk kunyit
- Sedikit air
Cara cara:
- Sediakan bahan bahannya. Campurkan kesemua bahan dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga kepekatan adunan menjadi boleh berpaut pada belakang sudu
- Pisang dipotong kecil dan dihiris nipis . Buang kulitnya.
- Panaskan minyak di dalam kuali sehingga betul betul panas. Celup pisang di dalam adunan tepung. Masukkan dalam minyak panas
- Goreng sehingga betul betul garing sebelum dibalik balikkan.
- Boleh angkat dan dihidangkan
Notes
No comments:
Post a Comment