Resipi cara berlauk tapi dek kerana malas hendak tunggu saya guna acuan muffin aje, bakar masuk oven,....tu la dia kerja orang malas. Cara ini sedap makan dengan cili sos dan sedap buat minum petang atau sarapan pagi. Saya buat berbuka
Cara Berlauk
Bahan untuk adunan
tepung:
- 150 gram tepung gandum
- 2 biji telur
- 430 santan
- 2 sb buttercup (cairkan dan sejukkan)
- sedikit garam
- sedikit pewarna kuning
Cara:
Satukan semua bahan
dan kacau rata. Tapis dan ketepikan.
Bahan untuk inti:
- 150 gm Daging kisar
- 2 ulas Bawang merah*
- 3 ulas Bawang putih*
- 1/2 inci Halia*
- 2 1/2 sb Rempah kurma
- Garam
- Gula
- Minyak untuk menumis
racik halus atau
tumbuk bahan yg bertanda *
Cara:
Tumis bahan yg
bertanda * sehingga naik bau, kemudian bubuh rempah kari, tumis sehingga rempah
masak. Kemudian bubuh daging.. kecilkan api, biar daging masak perlahan2. Bubuh
gula dan garam. Biarkan daging sedikit kering. Siap.
Bahan utk ditabur
atas kuih:
- Cili merah*
- Daun bawang*
- Daun sup*
- Bawang goreng
Cara buat:
- Panaskan acuan kuih dan sapukan dgn sedikit minyak, kemudian tuang adunan tepung sehingga 3/4 penuh (nak senang adunan tepung tu bubuh dlm jug.. so mudah nak tuang ke dlm acuan)
- Kemudian bubuh daging, daun sup, daun bawang, cili merah dan bawang goreng. Tutup acuan biar seketika dalam 1,2 minit.
- Kemudian cungkil sedikit kuih dgn sudu kecil.. kalau bahagian bwh dah sedikit garing dan bahagian atas nampak dah masak bolehlah diangkat. Ulangi langkah yg sama sehingga habis. Selamat mencuba.
Notes
No comments:
Post a Comment