Saya telah temui resipi kulit karipap pusing yang cantik dan ranggup. Pertama kali mencuba resipi ini dari Sheila - http://spicesjourney.blogspot.com/2012/07/karipap-pusing-sardine.html, ternyata sangat puas hati cuma saya perlu membuat lebih banyak latihan supaya pusarannya akan lebih cantik dan menarik.
Anyway amat berpuas hati karipap ini amat ranggup walaupun sampai ke petang. Untuk inti karipap seperti biasa boleh dibuat inti ayam, daging mahupun sardine. Saya lebih gemar inti daging bersama kentang.
Karipap Pusar Daging
RECIPE SOURCE: http://spicesjourney.blogspot.com/2012/07/karipap-pusing-sardine.html
Bahagian A
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sdb tepung jagung
- 2 sdb shortening
- 2 sdb margerin
Satukan sehingga menjadi doh.
Bahagian B
- 2 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan minyak masak
- secubit garam
- 1 1/2 cawan air - (satukan air dengan garam)
Satukan menjadi doh
Untuk menyediakan doh sila klik sini - http://spicesjourney.blogspot.com/2012/07/karipap-pusing-sardine.html
No comments:
Post a Comment