Pages

Thursday, October 09, 2014

KELEDEK GORENG RANGGUP


Lama sudah tidak menggoreng keledek...bukan apa jika kuih muih yang mudah didapati di lauar saya jarang buat dirumah. Keledek goreng [isang mudah didapati diluar dan harganya pula murah jika dibandingkan dengan usaha menyediakan sendiri dirumah. Tapi kali ini saya memilih untuk menyediakan sendiri kerana adik saya ada membeli tepung beras cap "motokar" yang arwah umi selalu guna untuk menggoreng pisang dan keledek. Cap motokar ini sekarang susah hendak didapati di pasaraya, biasanya dijual di kedai-kedai runcit. Saya memang suka chap motokar ini goreng pisang memang ranggup dan keraknya pula sedap makan begitu aje.

Seperti tepung goreng pisang lain...adunan dibancuh dengan garam dan sedikit kapur. keledek goreng seelok-eloknya dipotong nipis baru cepat dimasak. Saya gemar cicah dengan gula...perghhhh.....

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...