Di rumah stock yang wajib ada, adalah udang kering dan ikan bilis. Saya akan pasti dua perkara ini jangan kehabisan..kerana kalau sebut nasi goreng di rumah..anak-anak pasti minta nasi goreng pedas yang menggunakan perencah ikan bilis atau pun nasi goreng udang kering.
Resipi yang simple dan amat bersesuaian dengan tekak dan selera orang Melayu. Lain-lain bahan sampingan bolehlah disajikan bersama ayam goreng, keropok dan timun.
Nasi Goreng Udang Kering
Prep time
Cook time
Total time
4 cawan
nasi
2 biji
telur digoreng hancur angkat
2 tangkai
kacang panjang dihiris nipis bulat
½ carrot
dihiris nipis
3 sdb minnyak masak
Garam dan stok maggi secukup rasa -
optional
Perencah
15
tangkai cili kering
1 biji bawang
besar
2 sdb
udang kering direndam
Blend
semua bahan sehingga halus
Cara Membuatnya
1.
Panaskan minyak dan tumis bahan perencah sehingga gareng.
2.
Masukkan hirisan bawang besar, kacang panjang dan carrot.
3.
Masukkan garam dan stok maggi.
4.
Gaul rata dan masukkan nasi dan telur goreng tadi.
5.
Gaul rata biar seketika diatas api sambil dikacau.
6.
Angkat dan hidang.
@PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.
No comments:
Post a Comment