
__________________________________________________________________
Pencuci Mulut Darurat!!!!!! Ini lah dia kalau tekak dah hendak sangat benda-benda manis... selalunya selepas terawih memang jadi tabiat saya mahukan sesuatu yang manis tetapi semalam dek kerana keletihan perjalanan, mengendalikan hal rumah dan memasak memang tidak sempat hendak buat kuih atau sebarang pencuci mulut, jadi inilah saya buat. Kebetulan ada Jelly yang saya beli untuk buat Goodies Bag Hari Raya untuk kanak-kanak yang datang berkunjung ke rumah nanti, saya ambil 1 packet Jelly, masukkan dalam glass, hiriskan sedikit pisang dan curahkan susu cair.....wow...... hebat sedap, tidak terlalu manis lemak dan yang penting tertunailah sudah hajat di hati. Rasanya dessert ini sesuai buat untuk majlis anak-anak masukkan sedikit ais dan buah koktail, tak payahlah nak susah-susah..... SELAMAT MENCUBA
Next Post - Green Mustard Mix Vegetables
No comments:
Post a Comment