Pages

Monday, April 10, 2017

ROSE PISTACHIO CAKE


Kek favourite dewasa, mana-mana cafea yang kita kunjungi pasti ada kek ini. Inspirasi dari Persian Love Cake, kek ini harum dengan aroma rose water dan lemak dengan pistachio. Kek sedap ini boleh difros dengan krim cheese atau buttercream tapi saya memilih butter cream.
  


Rose Pistachio Cake

    Bahan A
    • 250 gm unsalted butter
    • 1/2 sudu teh garam
    • 1 sdb rose water
    • 1 1/2 cawan gula halus atau gula caster
    • 3 biji telur saiz A ~ suhu bilik

    Bahan B
    • 3 cawan tepung superfine
    • 1 sdb baking powdwe
    • 1 sdt bking soda

    Bahan C
    • 1 1/2 cawan susu full krim

    Bahan D
    • 1 cawan kacang pistachio (bakar dan tumbuk halus)



    1. Panaskan ketuhar 15 minit sebelum di masukkan kek pada suhu 180C
    2. Sediakan bahan B, C, dan D
    3. Dalam bekas pemutar, satukan butter, rose water dan garam dan pukul sebentar
    4. Masukkan gula halus dan putar 3 minit hingga lembut
    5. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar rata
    6. Masukkan tepung berselang seli dengan susu ( mulakan dengan tepung dan di akhiri dengan tepung ) putar atau kaup balik hingga adunan sebati
    7. Masukkan pistachio, kaupkan sehingga sebati
    8. Tuang ke dalam loyang mengikut jumlah yang sama banyak
    9. Bakar selama 35 minit ataupun sehingga masak
    10. Setelah masak, sejukkan atas redai
       
    Resipi Buttercream

    1 cawan gula
    4 biji putih telur
    390 gram butter
    1 sdt rose water
      
    cara membuat
    1. Dengan menggunakan kaedah double boiler, kacau gula bersama putih telur. Kacau sehingga gula larut dalam putih telur
    2. Tukarkan adunan ke dalam mangkuk mixer, dan pukul sehingga ia menjadi putih dan saiznya menjadi dua kali ganda.
    3. Campurkan rose water dan sedikit perwarna rose. Pukul lagi dan masukkan butter sedikit demi sedikit.
    4. Pukul lebih kurang 15 minit sehingga semua bahan bersatu
    5. Lapis dan fros kek
      Notes


      RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      CHOCOLATE PISTACHIOS ENCLAIRS


      Tekak ini sentiasa menginginkan sesuatu yang manis...ha...ha chocolate terlintas di kepala, so google dan jumpa resipinya di blog Rahel, kawan kita juga. Saya gunakan resipinya dan taburkan sedikit pistachio kebetulan lebih dari buat kek baru ini.





      Pistachio Chocolate Enclair

        • 1/4 cawan susu segar
        • 1/4 cawan air
        • 1/4 cawan mentega 
        • 1 sudu kecil gula halus
        • 1/2 cawan tepung gandum-diayak
        • 2 biji telur
        • 1/2 sudu kecil esen vanila


        Inti Custard:
        • 550ml susu segar
        • 90g gula pasir
        • 60g tepung custard
        • 1 sudu besar marjerin


        Chocolate Glazed:
        • 100g dark chocolate
        • 30g mentega

        Cara:
        1. Masak susu,air,mentega dan gula hingga mendidih.
        2. Kecilkan api dapur dan masukkan tepung gandum dan kacau hingga adunan sebati. Matikan api dan terus kacau adunan lagi hingga 1-2 minit.Biarkan adunan suam.
        3. Masukkan esen vanila dan telur satu persatu sambil dikacau adunan hingga lembut. 
        4. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan gunting hujungnya selebar 1/2 inci''.Picit keluar adunan memanjang 1 1/4 inci'' dan berjarak di atas dulang pembakar. 
        5. Bakar pada suhu 170'C selama 25 minit atau hingga keemasan mengikut kepanasan oven masing-masing.Angkat puff dan sejukkan di atas redai.
        6. Isi puff dengan inti custard dan hias dengan coklat cair.Tabur kekacang atau manik2 berwarna untuk mencantikkan lagi chocolate eclair jika suka. 
        7. Untuk Inti Custard:masak 3 bahan pertama hingga pekat dan masukkan mentega dan kacau hingga sebati.Sejukkan custard dan isikan ke dalam piping bag dan picitkan  secukup inti ke dalam puff.

        Untuk Chocolate Glazed:
        1. Campurkan kedua  bahan dan masak cara double-boil hingga cair. Ambil sekeping-sekeping puff berinti dan celupkan permukaannya dengan  coklat cair atau boleh disiramkan saja coklat cair ke atas puff dan hias ikut kreativiti masing2. Saya taburkan dengan kacang pistachio
        2. Simpan mini chocolate eclair di dalam peti sejuk untuk didinginkan.
        Notes



        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.




        UDANG GORENG KAM HEONG



        Udang Goreng Kam Keong ini merupakan menu favourite di kebayakkan restoran makanan Cina. Udang yang digoreng bersama cili, udang kering dan daun kari cukup harum baunya dan dari situlah namanya diperolehi Kam Heong iaitu Goldeng Fragrance dalam bahasa Cina. Tidak berkuah masakan ini sedap digabungkan dengan hidangan lain dan sungguh menyelerakan

        Resipi yang sama juga boleh digunakan untuk lala, ketam atau pun ayam


        Kam Heong 

          • 10 ekor udang segar saiz besar (biarkan kepala dan ekornya dan ditanggalkan bahagian tengah).
          • 15 tangkai cili kering direndam
          • 4 biji bawang putih(mayang nipis)
          • 1 biji bawang merah besar
          • Beberapa biji cili padi(potong kecil)
          • 2 sudu besar udang kering(direndam dengan air panas dan ditoskan dan dicincang kecil)
          • 1 sudu rempah kari daging(dibancuh dengan sedikit air..jadikan pes)
          • 2 sudu besar taucu
          • Setangkai daun kari
          • Gula dan garam
          • Sedikit minyak untuk menumis


          1. Blend cili kering bawang putih dan bawang merah sehingga halus
          2. Panaskan minyak bahan blend.
          3. Masukkan juga cili padi.
          4. Apabila naik wangi masukkan udang kering.  Goreng seketika
          5. Masukkan pes kari dan taucu.
          6. Masukkan udang dan daun kari.
          7. Masukkan juga bahan perasa(gula dan sedikit garam(kalau perlu)
          8. Goreng sehingga udang masak
            Notes


            RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
            All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

            Wednesday, April 05, 2017

            LENTIL FRITTERS / MASALA VADAI



            Kalau berpuasa ini merupakan favourite saya berbuka dan kalau berjalan-jalan di Jalan TAR pasti singgah membelinya. Tak tahu kenapa saya memang akan mencari vadai ini pada bulan puasa. Membuatnya tidak susah tetapi bila memikir untuk memproses dhalnya itu yang selalu jadi hal kerana kalu terlalu banyak air adunannya akan menjadi lembik dan kalau kurang pula akan berketul-ketul so kena pandai balance. 

            Saya suka vadai saya banyak dengan hirisan cili hijau. Selain cili hijau bayam dan peria juga merupaka pilihan. Vadai ini sedap dimakan bersama sos asam jawa atau pun cili sos


            Masala Vadai

              • 4 cawan kacang dal - rendam 4 jam
              • 2 biji bawang besar - dicincang halus
              • 3 ulas bawang putih
              • 5 tangkai cili kering dihiris halus
              • 2 biji cili hijau - dicincang halus
              • 1 sudu besar jintan manis - ditumbuk kasar
              • 1 sdt garam masala
              • 2 tangkai daun sup dan daun bawang - dicincang halus
              • 1 tangkai daun kari - dicincang halus
              • 1 biji telur
              • Sedikit garam
              • Serbuk perasa


              Cara:

              1. Tinggalkan 1/2 cawan kacang dal, selebihnya dikisar dengan telur dan masukkan sedikit air (1 senduk kecil saja).
              2. Campurkan semua bahan yang dikisar dengan 1/2 cwn kacang dal dan semua bahan yang lain dalam 1 bekas gaul sebati.
              3. Panaskan kuali dengan api perlahan dan kepal-kepalkan bentuk bulat, masukkan perlahan-lahan dalam minyak dan goreng hingga kekuningan.

              Notes


              RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
              All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

              MEE SIAM SINGAPORE



              Mee Siam Singapura atau Beehoon Goreng ini terkenal dikalangan orang Singapore, beehoon goreng dimakan bersama kuah tacho....menarikkan. On top of this ada yang suka sediakan sambal tumis sekali tapi bagi saya beehoon gorengnya dan kuahnya sudah memadai. Sedap beehoon ini tidak muak and sometimes can be addictive



              Mee Siam Singapore

                Bahan untuk Beehoon


                • 1 paket beehoon direndam dahulu
                • 2 genggam taugeh
                • 10 tangkai kucai dihiris 1" panjang


                Bahan-Bahan Utk Rencah Mee
                • 25 tangkai cili kering
                •  2 biji bawang besar *
                • 7 ulas bawang putih *
                • 300 gm udang hidup (bersihkan, kupas kulit & tinggalkan ekor saja)
                • 2 sdb udang kering * (rendam)
                • (Kesemua bahan * dikisar halus bersama cili kisar tadi) 
                • minyak utk menumis (agak-agak 1- 1½ cawan)
                • 2 sudu besar gula pasir
                • 1 sudu teh garam (atau secukup rasa 
                • 2 sdb sos tomato
                • 2 sdb kicap manis 


                Cara


                1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis hirisan bawang besar sehingga agak kekuningan



                1. Masukkan bahan-bahan kisar sehingga garing. 
                2. Masukkan udang. Masukkan sos tomato dan kicap. Bubuh gula dan garam secukup rasa. Keluarkan setengah bahagian rencah ini utk dibuat kuahnya.
                3. Seterusnya, masukkan beehoon dan tambahkan sedikit Kacau rata bila beehoon dah agak lembut masukkan hirisan kucai dan taugeh ke dalam gaul rata sebentar. Tambah air jika rasa beehoon agak keras kacau rata dan angkat

                Bahan-Bahan Utk Kuah
                • ½ bahagian rencah mee siam
                • 8 cawan air
                • ¾ - 1 botol tauco (sebahagian dilecek halus, yg lain dibiarkan kasar2)
                •  gula pasir (kira-kira ¾ cawan)
                • air asam secukup rasa (gunakan asam kira-kira 2-3 sudu makan)
                • garam  secukup rasa
                • 100 gm kacang tanah (disangai, buang kulit & tumbuk kasar2)


                Cara Membuat Kuah


                1. Masukkan setengah lagi rencah mee siam tadi ke dalam sebuah periuk besar bersama air, tauco, gula dan garam. Biarkan mendidih lalu masukkan kacang tumbuk dan air asam. Kacau sebentar dan sesuaikan rasanya. Tambahlah apa lagi yg perlu. (Kuah mee siam ni selalunya mesti ada rasa manisnya, sedikit rasa masam & masin (sket je). Kemudian matikan api.

                Bahan Taburan/Sampingan

                • 2 biji telur dibuat dadar nipis dan hiris nipis
                • 2 keping tahu (dipotong dadu & digoreng)
                • limau kasturi (dibelah dua)

                Cara Menghidangkan Mee Siam Berkuah:
                Bubuh secukup Mee Siam yg digoreng tadi ke dalam mangkuk/pinggan mungkum. Tuangkan kuah secukupnya dan taburkanlah ke atasnya tahu, daun kucai, telur rebus dan limau kasturi. Jika suka boleh buat sambal tumis sedikit

                  Notes


                  RECIPE SOURCE:  patykitchen. blogspot.com
                  All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


                  You Might Also Like These

                  Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...