Pages

Monday, November 02, 2015

AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROSE / ROSE CREAMY JELO


Cuaca panas, sedap sediakan agar-agar seperti ini. Masih ingat lagi mempelajarinya di kelas sains rumahtangga. Bahan diguna juga mudah, agar-agar, santan dan telur. Resipi yang sama juga boleh dipelbagaikan dengan menggunakan pati pandan atau gula merah.

Agar-agar santan sirap rose

  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
  • 4 cawan
  • 3/4  cawan gula pasir 
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
  • Secubit garam
  • 1-2 sudu besar sirap rose 
  • 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan
Cara-cara:
  1. Masak  air bersama gula dan serbuk agar-agar hingga gula larut.
  2. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sirap rose. Masukkan juga simpulan daun pandan.
  3. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana sambil dikacau-kacau. 
  4. Tutup api.
  5. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. 
  6. Sejukkan dalam peti sejuk


Notes


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

MINI MAC & CHEESE CUPS / MUFFIN PASTA


Terlebih rebus makaroni..jadi saya buat mac n cheese mini cup ini. Cuma perlu buat saucenya, gaul dan bakar. Sajian seperti ini sesuai dibuat hidangan minum petang atau pun sarapan pagi. Bagi tekak orang kita sedap dimakan bersama cili sos.


Mini Mac & Cheese Cup

  • 2 cawan makarni masak
  • 2 sdb butter
  • 2 sdb tepung
  • 1 ½ cawan susu
  • 2 cawan keju parut
  • 50 g cream cheese
  • ½ sdt garam
  • ¼ sdt serbuk lada hitam
  • 1 biji telur dipukul

Instructions

1. Panaskan oven  400 F. 

2. Dalam periuk cairkan mentega. Masukkan teapung dan biar masak lebih kurang 1 minit dan perlahan-lahan masukkan susu sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga adunan menjadi lincin

3. Masukkan 1 1/2 cawan keju parut  (simpan 1/2 cawan untuk tabur diatas nanti) sedikit demi sedikit sedikit sambil dikacau. Masukkan serbuk lada hitam, garam dan krim cheese kacau sehingga lincin

5. Tuang adunan cheese kedalam mangkok makaroni yangtelah digaul dengan telur yang telah dipukul. Gaul rata sehingga makarni bersalut dengan adunan cheese

6 Sudukan adunan kedalam acuan muffin yang telah disapu dengan mentega, taburkan dengan baki cheese atau serbuk roti dan bakar selama 15 - 20 minit
    Notes

    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    Friday, October 30, 2015

    LOMAK PUTIH JANTUNG PISANG


    Jantung pisang selain sedap dibuat kerabu, sedap juga dimasak lemak putih ini. Lada hitam dan ikan bilis digunakan sebagai perencah utama. Ada juga resipi yang memasukkan ikan hidup seperti ikan kembung atau ikan sardin.

    Seperti lauk-lauk harian lain, masak lemak putih jantung pisang ini sedap digandingkan dengan samba belacan atau lauk-lauk yang bersambal.


    Lomak Putih Jantung Piang

    • 1 biji jantung pisang
    • *3 biji bawang merah
    • *2 ulas bawang putih
    • *sejemput ikan bilis kopek
    • *1 sdb lada hitam tumbuk
    • 1 cawan antan pekat
    • 2 cawan santan cair
    • garam dan perisa, gula secukup rasa


    Cara-cara
    1. Rebus jantung pisang dengan sedikit garam hingga lembut. Toskan dan perah kemudian hiris-hiris. Ketepikan.
    2. Tumbuk bahan *. Satukan ke dalam periuk bahan tumbuk,hirisan cili merah, lada hitam tumbuk, santan .Kacau supaya santan tidak pecah.
    3. Masukkan santan pekat
    4. Masukkan jantung pisang, garam dan perisa, gula secukup rasa.

    Notes

    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    Thursday, October 29, 2015

    JELLY ROLLS / BAHULU GULUNG


    Jelly Rolls atau bahulu gulong adalah diantara baking yang mula-mula saya pelajari dalam klas homescience di sekolah. Lama betul tak makan jelly rolls ini dan tiba-tiba teringat dan teringin jadi saya buat satu adunan.

    Saya menggunakan resipi Anna Olson, mudah dan ringkas membuatnya. Untuk resipi ini jem yang paling sesuai digunakan ialah raspberry atau strawberry.


    Jelly Rolls

    • 4 biji telur asingkan putih dan kuning
    • 1/4 cawan gula ising
    • 2 sdb gula kasar
    • 3/4 cawan tepung
    • 1 sdt esen vanilla
    • 1/2 sdt garam
    • sedikit jem raspberry atau strawberry
    Cara Menyediakannya

    1. Panakan oven pada 375 F
    2. Alas dulangpembakar 15 x 10 dengan kertas minyak dan sapukan sedikit mentega
    3. Pukul kuning taelur dengan gula ising sehingga naik dan gebu
    4. Dalam bekas lain pukul putih telur ehingga naik dan masukkan gula kasar pukul sehingga jadi soft peak
    5. Bahagikan taepung kepada 2, satu bahagian dimasukkan pada adunan kuning telur dengan dikaup.
    6. Bahagian kedua tepung dimasukkan ke dalam adunan putih telur dengan dikaup rata
    7. Satukan adunan kuning telur dan putih telur dan kaup rata
    8. Tuang adunan kedalam acuan ratakan dan bakar selama 20 minit
    9. Keluarkan, taburkan gula halus di atas kertas gulong 
    10. Potong reja tepi dan sapukan dengan jem
    11. Gulung kemas dsn biarkan seketika sebelum dipotong.
      Notes

      RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      GULAI TULANG PISANG MUDA


      Selera Kampung yang kadang kala dijadikan lauk kenduri dan dimasak cara kawah. Lauk ini sungguh menyelerakan dan pastinya sedap bersama sambal belacan dan ulam ulaman. Selain dari pisang mudah bahan lain yang kerap digunakan ialah batang pisang.

      Untuk mendapat daging yang cukup empuk, elok lah daging direbus dahulu dan air rebusan digunakan semasa menumis. Ini menambahkan kemanisan pada kuah

      Gulai Tulang Pisang Muda

      • 1 kg tulang campur daging tetel (rebus hingga empuk dan simpan airnya
      • 1/2 sikat pisang muda buang kulit luar dan ketuk
      • 1 asam keping
      • 1 cawan santan pekat
      • 1 paket rempah kari baba's
      • 2 tangkai daun kari
      • 1/2 cawan minyak masak
      • 1 bawang besar dan dihiris halus
      • garam dan perasa secukupnya
      Bahan blend
      5 ula bawang putih
      9 biji bawang merah
      2" halia

      Blend semua bahan ehingga halus dan gaul bersama rempah kari

      Bahan Tumis
      1 kulit kayu manis
      5 buah pelaga
      3 bunga lawang

      Cara Menyediakannya
      1. Panakan minyak dan tumis bawang besar,masukkan bahan tumis dan daun kari dan biar sehingga bawang kekuningan
      2. Masukkan rempah  kari yang dibancuh dengan bahan blend sehingga pecah minyak
      3. Masukkan tulang daging bersama air daging
      4. Biar atas api sehingga daging benar-benar empuk, tambah air jika perlu
      5. Masukkan pisang,santan,garam dan asam keping..biar atas api dan masukkan pisang yang dipecah-pecahkan tadi.
      6. Biar atas api sehingga pisang empuk dan kuah naik minyak
      7. Padam dan angkat
      Notes

      RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      You Might Also Like These

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...