Pages

Wednesday, November 19, 2014

SINIGGANG NA MANOK /SINGGANG AYAM


Sekali lagi resipi popular dari Filipina..kali ini menggunakan ayam dan lebih menarik dalam lauk yang sama boleh dipelbagaikan sayurannya dengan memasukkan  kangkong, bendi, tomato dan cili hijau. Sedap masakan ini seakan tom yam Thai dan sudah tentunya sedap dengan nasi panas.


Singgang Ayam

  • 5 - 6 ketul ayam
  • 2 batang serai dititik
  • 1 lengkuas dititik
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 1 biji tomato belah 4
  • 3 biji bendi potong 3
  • 3 biji cili hijau
  • 1 labu bawang merah belah 4
  • 3 keping asam keping
  • 4 cawan air
  • pati kube ayam dan garam secukup rasa
  
Cara Menyediakanya
  1. Masukkan ayam, air, serai, lengkuas, bawang putih, asam keping, kube pati ayam dalam periuk dan masak sehingga ayam empuk.
  2. Masukkan bendi,baang besarm tomato dan cili hijau.
  3. Adjust rasa dan angkat

Recipe Source :- PATYSKITCHEN
all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

BUTTERSQUASH SPINACH SOUP / LABU BAYAM MASAK BENING


What I love about this soup you dont really need a recipe...just throw everything in...and hola...you have one complete meal. Serve bet ith porridge or rice.


Labu Bayam Masak Bening

  • 1/2 biji labu dipotong dadu besar
  • 1 cekak bayam dipotong kecil
  • 2 biji cili merah dihiris menyerong
  • 1 labu baang ber dihiri nipis
  • 1 sdb ikan bilis direndam dan ditumbuk kasar
  • sedikit stok ikan bilis dan garam secukup rasa
  • 4 caan air
  
Cara Menyediakanya

  1. Satukan semua bahan kecuali bayam dan masak sehingga labu empuk
  2. Masukkan bayamdan biarkan seketika dan angkat.

Recipe Source :- PATYSKITCHEN
all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

BUBUR MANADO


Sajian sarapan pagi yang cukup popular di Utara Sulawesi....dan juga merupakan kegemaran saya. Baru ni terlantar dihospital, pihak hospital menyediakan bubur bersama masak bening labu..jadi ini mengingatkan saya akan bubur Manado....keluar aje hospital terus buat...tapi cara saya agak berbeza sedikit kerana saya lebih gemar asingkan bubur dengan sayuran.

Resipi asal bubur dimasak sekali dengen sayuran seperti, ubi kayu, labu, bayam, kangkong dan jagong..perghh...sedap bangat lebih-lebih lagi dengan ikan asin dan sambal.

Untuk resipinya sila klik sini - http://www.femina.co.id/kuliner/resep/hidangan.indonesia/bubur.manado/004/001/389/02




AYAM MASAK UNGKEP



Masakan Jawa yang cukup popular di Johor. Biasanya dimasak untuk hari raya..tapi juga merupakan lauk harian yang sungguh menyelerakan

Ayam Masak Ungkep

1 ekor ayam - dipotong 12, lebih elok jika ayam tua/ayam kampung

Bahan A (untuk dikisar)
  • 2 labu bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 25 tangkai cili padi
  • 1 sdb ketumbar disangrai dan blend halus
  • 1/2 sdt jintan manis disangrai dan diblend halus
  • 1/2 sdt jintan putih disangrai dan diblend halus


Bahan tumis:
  • Halia (dihiris nipis)
  • 1 liter air
  • 2 batang serai
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa

Cara:
  1. Ayam dibersihkan dan digaul dengan garam serta serbuk kunyit. Panaskan minyak dan gorengkan halia yang dihiris nipis sehingga garing.
  2. Kemudian masukkan bahan A yang dikisar. Tumis sehingga naik minyak.Setelah naik minyak, masukkan ayam. Biarkan sebentar lebih kurang 2-3 minit.
  3. Masukkan air, serai yang telah diketuk dan garam secukup rasa. Tutup kuali. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan ayam hancur kecuali guna ayam tua atau ayam kampung. Biarkan sehingga kuah pekat dan boleh dihidangkan



all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

Sunday, November 16, 2014

TENGGIRI GORENG ASAM


Resipi ringkas dan cukup menyelerakan. Boleh guna apa ikan sekali pun. Sedap dihidang bersama nasi panas.

Tenggiri  Goreng
Asam

  • 3-4 keping ikan gaul garam kunyit dan goreng dahulu
  • 1 biji cili merah dihiris menyerong
  • 1 biji cili hijau dihiris menyerong
  • 1 biji bawang besar dihiri bulat
  • 1 biji tomato, hiris bulat
  • 3 ulas bawang putih putih dihiris nipis
  • 1 halia daihiris nipis
  • 1/2 cawan air asam jawa2 sdb minyak masak
  • 2 sdb kicap manis
  • 1 1/2 cawan air


directions:

  1. Panasksn minyak dan tumis halia dan bawang putih sehingga naik baunya    
  2.  Masukkan air,  kicap dan air asam jawa, biar seketika sehingga mendidih   
  3.  Masukkan ikan goreng tadi..biar seketika, adjust rasa
  4. Akhir sekali masukkan hirisa, cili, bawang dan tomato..biar pekat sedikit dan angkat


 Recipe Source :- PATYSKITCHEN
all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...