Pages

Tuesday, April 21, 2015

KENTANG GORENG BERSAMA BILIS



Lauk yang cukup mudah dn menyelerakan. Goreng semua bahan secara berasingan kemudian disatukan dan dikacau rata. Cukup sedap makan dengan nasi panas.


Kentang Goreng Bersama Bilis
  • 4 biji kentang dibuang kulit dan hiris memanjang dan goreng
  • 1 cawan ikan bilis digoreng
  • 1 cawan kacang tanah digoreng
  • 1 biji bawang besar dihiris bulat
  • 2 biji cili hijau dihiris menyerong
  • 2 biji cili merah dihiris menyerong
  • 1 sdb minyak masak dan garam secukup rasa

Cara Menyediakanya
  1. Panaskan minyak tumiskan bawang besar cili hijau dan cili merah..sekejap aje. 
  2. Masukkan garam dan bahan-bahan goreng lain.
  3. Kacau rata dan angkat.


Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

Monday, April 20, 2015

DAGING MERAH THAI


Biasanya kalau kita makan di Restoran Thai dan minta menu lengkap pastinya daging merah Thai ini tidak akan ketinggalan. Lauk ini merupakan gandingan mantap untuk dimakan bersama Tom Yum dan menu Thai lain. Membuatnya mudah tetapi kalau gagal menghasailkan daging yang lembut akan menyebabkan lauk ini kurang enak, so penting daging direbus dengan pressure cooker.

Bahan-bahan lain bergantung pada selera kita, boleh dimasukkan cili bangla, jagung muda ataupun carrot.


Daging Merah Thai
  • 1/2 kg daging.
  • 2 cawan air rebusan daging.


Rebus daging sehingga empuk, masukkan sedikit pewarna merah.
Simpan 2 cawan air rebusan daging

Untuk Dikisar dan Tumis:
  • 2 biji bawang labu merah sederhana besar.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 1 inci halia.
  • 2 sudu besar cili kisar.


Bahan-bahan untuk penyediaan sos.
  • 1/4 cawan sos tomato.
  • 3 sudu besar sos cili.
  • 2 sudu besar sos tiram.
  • 1 sudu kecil sos kicap ikan.
  • 1 sudu besar perahan jus limau nipis.
  • 3 helai daun limau purut dibuang tulang tengah.
  •  gula, garam secukup rasa.
  • 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn 1 sudu besar air.  Kalau kuah nak banyak

Untuk hiasan:
2 biji bawang labu sederhana besar dipotong wedges / bulat.
1 tangkai cili hijau/merah / cili padi.

CARA-CARA MENYEDIAKAN:
1. Daging yg telah rebus empuk, dihiris.
2. Masukkan minyak dalam kuali panas, tumis bahan kisaran sehingga pecah minyak sama seperti sambal tumis.
3. Masukkan sos cili, tomato dan tiram. Sekiranya kuah nak banyak sikit masukkan stok daging. bila mendidih tambah air bancuhan jagung.
4. Masukkan daun limau purut, hirisan bawang, tomoto atau apa saja anda suka sayuran seperti lada benggala juga boleh.
5. Masukkan jus limau, rasa manis ( kalau pedas tambah gula), asin (tambah sos kicap ikan) dan keasaman, Bila semua ok..keluarkan dan hidang. Mudah.


@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

Sunday, April 19, 2015

AYAM KICAP KENTANG


Kids menu, sesuai buat anak-anak yang usah hendak makan nasi. Saya menggunakan rempah masak kicap Mak Siti, ternyata sedap. Walaupun berempah, sajian ini tetap seuai untuk sikecil tidak peda kerana kicap manis dan stok ayam balancekan rempahnya.

Ayam Masak Kicap Kentang


  • 1 ekor ayam potong 16 gaul garam kunyit dan goreng
  • 3 biji kentang dihiris bulat dan goreng
  • 1 biji bawang besar dihiris bulat
  • 1 biji tom1to dihiris bulat
  • 2 biji cili hijau dibelah 2
  • 2 biji cili merah dibelah 2
  • 2 cawan air stok
  • 1/2 cawan kicap manis
  • garam secukup rasa
  • 1 sdb tepung jagung bancuh bersama 3 sdb air
  • 2 sdb minyak masak

Bahan Tumis

  • 1 kulit kayu manis
  • 3 bunga lawanga
  • 5 buah pelaga

Bahan Blend

  • 1 paket rempah kicap Mak Siti
  • 5 ulas bawang putih
  • 2" halia

Blend dan gaul rata menjadi pes basah

Cara Menyediakannya


  • Panaskan minyak tumis bahan blend. Masukkan bahan tumis dan biar sehingga naik baunya
  • Masukkan air stok, garam dan kicap
  • Biar seketika dan masukkan ayam
  • Biar atas api sehingga ayam masa dan masukkan air tepung jagung
  • Terus biar atas api sehingga kuah agak pekat sedikit dan masukkan bawang besar, cili hijau, kentang goreng dan tomato
  • Gaul rata dan balik-balikkan dan padamkan api



Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

Saturday, April 18, 2015

CHOCOLATE SHEET CAKE


Sheet cake adalah kek yang dibakar pada loyang pembakar yang cetek selalunya loyang biskut tapi untuk resipi ini saya gunakan magok kaserole aje. Kek ini seperti kek chocolate yang cukup moist dan lembut. 

Frostingnya pula adalah butter yang dicairkan dan disatukan dengan ising sugar dan serbuk koko. Menarik sheet kek ini walaupun namanya chocolate kek tetapi kek ini tidak menggunakan chocolate, chocolatenya datang dari serbuk koko. Sedap dan sesuai buat minum petang.



Chocolate Sheet Cake
  • 2 cawan tepung
  • 1 1/2 cawan gula
  • ½ cawan mentega
  • 1 cawan air
  • 4 sdb serbuk koko
  • ½ cawan shortening (saya guna butter aje)
  • ½ cawan buttermilk
  • ½ tsdt baking soda
  • 2 biji telur
  • 1 sdt vanilla

 FROSTING
  • ½ cawan mentega
  • 6 sdb susu segar
  • 3 sdb koko
  • 3 cawan gula ising
  • 1 sdt  vanilla

INSTRUCTIONS
  1. Satukan semua bahan kering (tepung, gula, kecuali soda) dan letak sebelah
  2. Dalam sebuah periuk atukan mentega, koko, shortening dan air. Renehkan sehingga mendidih.
  3. Curahkan kedalam bahan kering dan kacau rata
  4. Masukkan buttermilk, baking soda,vanilla dan telur. Kacau rata.
  5. Tuang dalam acuan segi empat panjang (acuan leper saya guna mangkok kaserole) dan bakar pada suhu  400 degrees F selama 20 minutes


Frosting
Dalam periuk satukan mentega, suu dan koko, masak atas api sehingga cair. Angkat dan maukkan gula ising. Kacau ehingga rata dan lincin

Bila kek telah masak ke;uarkan dari oven dan cucuk-cucuk kek dengan garfu dan curahkan froting di atasnya. Sapu rata.



@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

MOI SOUP AYAM


Moi adalah bubur nasi dalam bahasa Cina. Resipi Moi Sup Ayam kali ini adalah lebih mirip pada Nasi Air Kelatan. Saya masak bubur dan sup secara berasingan. Sup yang dimasak kemudianya dicurah pada Moi. Untuk menambah sedapnya Moi ini bolehlah disediakan bahan sampingan seperti telur masin, lobak kering, daun bawang daun sup, bawang goreng atau pun ikan bili goreng dan kacang.


Bagi memenuhi selera Melayu saya siapkan cili kicap. Menu ini sesuai buat sarapan pagi atau pun makan teangah hari dan malam


Moi Sup Ayam

Untuk Buburnya
  • 2 cawan beras dibasuh dan tos airnya
  • 8 cawan air
  • 2” halia dihiris halus
  • Garam secukup rasa
Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga menjadi bubur

Bahan Supnya
  • 1 ekor ayam dicincang halus
  • 3 batang serai dititik
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 bungkus sup punjut
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 kube pati ayam
  • 2 sdb minyak
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Bahan Blend
  • 5 ulas bawang putih
  • 2’ halia
  • 1 biji bawang besar diblend halus

Blend atau tumbuk bahan sehingga halus

Cara Menyediakanya

  1. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan serai sehingga naik baunya
  2. Masukkan bahan blend dan biar ehingga mesra
  3. Masukkan ayam, kacau  seketika dan masukkan air…lebih kurang 2 litre
  4. Masukkan sup punjut , kube pati ayam daun limau purut  dan garam secukup rasa
  5. Biar atas api sehingga ayam masak

Bahan-bahan sampingan

  • Daun bawang daun up dihiris halus
  • Bawang Goreng
  • Telur Masin
  • Lobak kering dihiris halus
  • Sambal Kicap


Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...