Mudah...mudah...mudah..sedap pula tu...telur dadar dalam roti...ha..ha..saya suka sangat.
Omelette Sandwich
YIELD: 4PREP TIME: 15 minutes COOK TIME:
INGREDIENTS
4 biji telur
1 biji bawang besar dipotong dadu
1/2 biji cili bengla
1 sdb minyak
garam dan lada sulah secukup rasa
roti dan mentega
DIRECTIONS:
1. Pukul telur. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu
3. Masukkan cili bengla..balikkan dan masukkan telur
4. Nipiskan seperti membuat telur dada.
5. Lipat dan bahagi empat dan letak dalam roti yang sudah disapukan mentega
Recipe Source :- PATYSKITCHEN
@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You
Always my favourite, simple tapi cukup memuaskan, lebih-lebih lagi dengan nasi panas. Satu cara saya kalau masak pindang ni, saya suka kalau nasi saya dimasak lembik sedikit..memang mantop. Masakkan ini seuai dengan apa jenis ikan sekali pun tetapi yang paling digemari ialah ikan parang atau ikan kembung.
Sesuai juga dijadikan menu orang sakit.
Pindang Ikan Merah
YIELD: 4PREP TIME: 20 minutes COOK TIME: 30
INGREDIENTS
3 -4 keping ikan merah
5 biji bendi dipotong 3
7 cili padi
5 biji bawang putih dibelah dua
1 biji bawang besar dibelah 4
1 biji tomato dibelah 4
2 batang serai dititik
4 cawan air
2 keping asam keping
garam dan pati ayam secukup rasa
Bahan Untuk ditumbuk/blend
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2" kunyit hidup
1" halia
Blend semua bahan sehingga halus
DIRECTIONS:
1. Dalam periuk masukkan bahan tumbuk, asam keping, serai, dan air, renehkan sehingga mendidih
2. Masukkan ikan, bendi, garam dan perasa 3. Biar atas api sehingga ikan agak masak baru masukkan cili padi, bawang putih, bawang besar dan akhir sekali tomato. 4. Perlahankan api, dan renehkan dan angkat
NOTES:
Recipe Source :- PATYSKITCHEN
@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You
Street Food yang menjadi kegemaran ramai. Banyak cara penyediaannya tetapi saya lebih senang menggunakan rempah kari...terasa rempahnya. Cara pemakanannya juga banyak caranya..ada yang suka udang, ada yang suka kerang..dan bagi masyarakat Cina lebih gemar memasukkan organ dalaman khinzir. Bagi kita memadai dengan kemanisan tulang ayam. Rebusan tulang ayam dan gula batu menambahkan kemanisan asli mee curry ini.
Cili oil yang dihidangkan bersama memantapkan lagi keenakan Penang Curry Mee ini.
Penang Mee Curry
YIELD: 4PREP TIME: 35 minutes COOK TIME: 45
INGREDIENTS
Untuk Mee
1 paket mee kuning - dicelur
1/2 paket bihun - rendam dan celur
6 kacang panjang dipotong 2" panjang dan dicelur
2 cawan kerang rebus (optional)
Hirisan isi ayam - (dari 1 ekor ayam yang dibuat stok)
2 genggam taugeh dicelur
Untuk sambalnya
15 tangkai cili kering direndam
2 sdb udang kering
3 ulas bawang putih
3 sdb minyak masak
garam secukup rasa
Blend semua bahan kecuali minyak sehingga menjadi pes basah.
Panaskan minyak dan tumis...masukkan garam dan tumis sehingg naik minyak.
Untuk Kuahnya
1 ekor ayam dimasak menjadi stok dan sehingga ayam empuk ( isi ayam diangkat setelah disiat-siat..masukkan kembali tulang ayam untuk menambah manis kuah)
1 paket serbuk kari daging (saya guna Baba"s)
1 sdb serbuk ketumbar
5 batang serai dihiris*
2 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
2 batang serai diketuk
1 ketul gula batu (optional)
1/3 cawan minyak masak
3 tangkai daun kari
2 cawan santan
2 liter stok ayam
10 - 15 keping tofu kering bulat (puff tofu)
1 paket bebola ikan
5 keping fish cake
1 keping asam keping
garam dan pati kube ayam secukupnya
Blend semua bahan bertanda * dan gaul bersama rempah kari dan serbuk ketumbar
DIRECTIONS:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan rempah bersama daun kari , serai yang dititik sehingga naik baunya
2. Masukkan stok ayam dan renehkan sehingga mendidih
3. Masukkan santan, asam keping garam, gula dan pati kube ayam
4. Renehkan sehingga mendidih dan masukkan bebola ikan, fish cake dan puff tofu
5. Kecilkan api dan biar direneh.
Cara Menyediakanya
Dalam mangkok letak sedikit bihun dan sedikit mee kuning
Curahkan kuah bersama fish ball, fish cake dan puff tofu
Letak hirisan isi ayam. kerang rebu, taugeh dan kacang panjang rebus.k
Sudukan Cili oil
NOTES
Boleh diletakkan telur rebus atau udang jika suka
Recipe Source :- PATYSKITCHEN
@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You
Snak/kudapan yang cukup mudah dan tidak memerlukan banyak bahan untuk menyediakanya, cuma kulit popiah yang disiraan dengan cili. Jika suka ikan bilis, kacang tanah mahupun kacang gajus boleh digaulkan sekali. Cara penyediaanya ditunjukkan dengan step-by step.
Selamat Mencuba..!!!
Popiah Gunting Bersira
YIELD: 4 JarPREP TIME: 30 minutes COOK TIME: 45
INGREDIENTS
1 paket kulit poppiah size besar
1 biji telur ayam dipecahkan
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Untuk Siranya
15 tangkai cili kering direndam
3 ulas bawang putih
5 sdb gula
1 sdt air asam jawa
1/ c11n bijan yang sudah dipanggang
garam secukup rasa dan sedikit kube pati ayam
DIRECTIONS:
Popiah digulung dan digunting mengikut gambarajah
Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan angkat dan sejukkan
Untuk Membuat Sirannya
1. Panaskan minyak dan tumis cili pes tadi..biar 5 minit
2. Masukkan gula dan garam
3. Masukkan asam jawa.
4. Biar agak pekat sedikit dan padamkan api
5. Sejukkan seketika..baru masukan popiah yang digoreng tadi gaul rata dan masukkan bijan...sejukkan baru masuk dalam balang
NOTES:
Recipe Source :- PATYSKITCHEN
@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You
Cara mudah menyediakan sarapan pagi, cepat ringkas dan paling utama berkhasiat dan sedap. Roti tortilla diisikan dengan scrambled eggs, white kidney bean, salad dan sos mayo.
Saya sertakan disini cara mengisi dan menggulong burritos ini melalui link you tube. Bagi yang baru..video dan link di bawah mudah di ikuti.
Untuk intinya boleh dimasukkan api sahaja, daging,ayam, sayuran, kekacang dan yaang biasa diguna ialah lebihan lauk semalam.
Scrambled Eggs Burritos
YIELD:1 cup PREP TIME: 5 minutes COOK TIME:
INGREDIENTS
6 biji telur
1/2 cawan susu
50 g feta cheese,
10 g butter
200 g white kidney bean
1 genggam salad rommaine
5- 6 keping roti totilla
mayo, garam dan lada sulah secukup rasa
DIRECTIONS:
1. Pukul telur, susu dan keju. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa
2. Panaskan mentaega dan masukkan telur sambil dikacau...angkat
3. Susun salad ditengah-tengah roti tortilla...masukkan secara sama rata telur dan kidney bean.
4. Letakkan sos (saya guna mayo)
5. Gulung dan lipat tepi..boleh dihidang bersama sos tambahan.
6. Sila lihat link ini untuk cara-cara melipat burritos :- http://mexicanfood.about.com/od/techniques/ss/burritofold_2.htm#step-heading atau
Recipe Source :- PATYSKITCHEN
@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You